Quran Yang Diamanahkan

"Seandainya al-Quran ini diturunkan kepada bukit-bukit, kamu akan melihatnya hancur kerana takut kepada Allah" al-Hasyr


"Taa Ha. Tidaklah Kami menurunkan al-Quran ini untuk menjadikan kamu susah" -Taha


"Sesungguhnya Kami yang menurunkan peringatan (al-Quran) dan Kami lah yang menjaganya" -al-Hijr

Dulu, masa interview untuk masuk ke Imtiaz, tak sampai setengah page pun boleh hafal, masa tu, 4 baris je kot, walaupun diberi masa lebih kurang 1 jam. Sebabnya, langsung tak ikhlas. Serius, masa interview tu, tak tahu pun bahawa Imtiaz sekolah agama. Meskipun Imtiaz sebenarnya sekolah tahfiz. Sebab ketidakikhlasan tersebut lah kut, dapat second in-take. Tu pun masuk dalam keadaan tak ikhlas, dalam keadaan langsung tak tahu Imtiaz sekolah agama. Masa daftar, masih pakai tudung kecik yang sekadar tutup rambut sipi-sipi, bawak berlambak-lambak tudung bawal dalam beg, sarung kaki pun tak de [ sebenarnya tak kenal sarung kaki time tu, sebab tak tahu kaki aurat. Ngeh3 ], dan paling tak boleh terima, tak bawak Quran. Nasib baik telekung bawak. Tapi, sungguh, tak sangka langsung Imtiaz sekolah agama. Sebab bila tahu Imtiaz ni sekolah asrama yang agak penuh, setuju la masuk Imtiaz sebab memang takde tawaran dari mana-mana sekolah bagus. Paling bagus pun, Premier.

If you count Allah’s favour
Surah al nahl: verse 18

Hari first kat Imtiaz, memang sangat terkapai-kapai. Masa tu, ingat lagi first time tegur Munira a.k.a Ya, dalam surau.

"Awak, saya nak buat ape ni?"

"Ambik Quran tu, hafal ammayatasa alun"

"Saya tak bawak Quran awak"

"Tak pe, ambik je mana-mana."

Lepas ambik Quran tu, dengan slumber dan muka tak malunya.

"Awak, mana page yang awak cakap tadi tu"

Dan tak tahu lah Ya fikir ape masa tu, tapi dia terus ambil Quran tu dan buka mukasurat first juzu' 30 tu.

"Oh, ok, terima kasih awak."

Life is like a puzzle


Dan, tu lah permulaannya. Tak pernah terfikir pun nak hafal Quran sampai 30 juzu'. Time kat Imtiaz pun, hampir setiap hari, sebut nak pindah, sebab homesick sangat-sangat. Yang pasti, bukan senang nak hafal al-Quran. Tiap hari kut menangis kat public phone yang usang tapi banyak berjasa depan bilik Mat Saleh tu. Fuh, kenangan sangat. Bila malam yang nak dekat nak buta, dah jadi habit untuk menangis sorang-sorang sambil dirundum rasa nak berlari ke public phone tadi nak telefon mak kat rumah. Yelah, tiap-tiap malam insomnia. Tambah dengan perasaan jiwang yang selalu nak merajuk dengan kawan-kawan time kecik-kecik dulu. Bila dah besar sikit, tambah pulak dengan kerja-kerja BADAR yang sangat membeban dan paling teruk kes histeria. Terpaksa jadi bomoh yang tak tahu apa-apa sampai tempias terkena kat diri sendiri sekaligus membuat result trial ~ Fuh...

Tapi, alhamdulillah walaupun tak disangka-sangka Allah hantar kat bumi Imtiaz, banyak yang Dia nak ajar kat sini. Even belajar sikit-sikit, takkan nak serkap semua terus. Dan betapa bermakna, Dia tak hantar kat sekolah asrama penuh yang grand-grand tu. Dan alhamdulillah, Allah tak makbulkan doa yang disebut-sebut tiap hari tu. Walaupun sekarang baru nampak apa hikmah Allah nak suprisekan dengan ujian-ujian yang bertimbun-timbun dulu.

Paling penting yang Allah nak bagi kat bumi ni, Quran tu sendiri. Quran yang dalam keadaan tak sedar, telah banyak mentarbiyah diri ni.



Tapi first sekali untuk dhabit Quran, kena rajin dan istiqamah.

Kat sini, nak sharekan cerita daripada orang yang betul-betul dikagumi time kat Imtiaz dulu. Maaf ye, sudah menjadi satu habit saya, untuk memerhati orang ni. Hehe. Budak Imtiaz mesti tahu lah kalau diceritakan kisah dia ni, walau tak bagitahu sapa. Kisah sorang senior, oh akak, kalaulah baca mohon share cerita untuk peringatan semua ya. Maaf menceroboh privasi. Hehe.

Akak ni batch pertama Ulul Albab Imtiaz. Ulul Albab - generasi Huffaz la. Dan dia satu-satunya orang yang dapat khatam form 3. Ikut target la tu. Tapi, akak ni memang struggle untuk Quran dia. Ingat lagi Ustazah Hanisah cerita time kelas tasmi'. Wah rindunya. Mak akak ni sendiri risau tengok dia dengan Quran je walau  exam dah dekat. Tapi, akak ni tak pernah risau. Quran, quran quran.

Bila pergi musolla je, biasa kami-kami akan menghabiskan masa untuk berbual-bual tin kosong sementara tunggu banin iqamat. Hesy, padahal antara azan dan iqamat ni lah doa makbul. Tapi akak ni, sampai je musolla terus ambil al-Quran, bukak, baca walaupun time tu, macam ada sign-sign untuk iqamat, mic ditiup-tiup dihentak-hentak dan sebagainya.

Bila time hafazan pulak, antara Maghrib - 9.00 malam.

Biasa lah budak-budak Imtiaz ni, melepaskan penat di waktu ni. Haha. Ada yang tidur,bercakap dan sebagainya. Tapi, masih ingat lagi skill akak ni.

Dia bukak spec, tenung Quran macam nak terkam Quran tu. Nampak sangat focus. Segala bagai ujian di kanan kiri bawah atas macam tak wujud je.

Dalam kelas, kalau cikgu takde, memang takde kerja lainlah jawabnya.

Tapi, serius, usaha dia langsung tak sia-sia.

Masa form 4, akak ni wakilkan negeri Terengganu untuk kategori 1-20 juzu' untuk Pertandingan Musabaqah.

Masa form 5, wakil Terengganu untuk 30 juzu' untuk Musabaqah jugak.

Tak tahu lah betapa sejuk perut mak akak ni. Beku pun boleh jadi.

Bila orang cakap betapa untungnya akak ni dapat nikmat dan segala bagai lagi, satu je, tengok lah usaha dia setara mana nak dibandingkan kita. Kita duk fikir nak seronok. Nak lepas letih, rehat, tidur, makan, sembang. Haha. Jahat sangat tu.

Kedua, kena banyak doa dengan Allah.

Ni pulak kawan. Memang sangat kagum dengan dia boleh commit dengan ibadah dia sangat-sangat.  Start perhatikan dia ni, masa form 4. Tak tahulah orang lain perhatikan ke tak.

Malam-malam, lepas orang semua dah chow dari musolla lepas Solat Isya', biasanya dia ni memang akan ada lagi terpacak kat musolla tu. Orang yang jalan untuk pergi study ke blok akademik tu biasanya takkan sedar ada orang yang duk sujud lagi dalam musolla tu. Kalau dia ni sujud, memang sangat lama. Sebab tu lah aku kata dia ni sangat banyak mintak dengan Allah.

Dan yang ingat jugak, time bulan puasa. Biasanya, aku dan beberapa lagi budak-budak yang suka buat benda-benda pelik termasuk budak ni, akan ambil air dan kurma sekali kumpul untuk berbuka kat musolla. Dan budak ni, orang first yang masuk musolla dan akan jadi orang yang last jugak keluar musolla. Ye lah, orang lain akan terus sambar makanan kat dewan. Imam pun kadang-kadang macam tau-tau je. Tapi budak ni, akan solat 4 rakaat dulu sebelum pergi makan. Dia sorang je kot, 4 rakaat, orang lain 2 rakaat atau tak solat terus. Tapi time ni biasanya aku akan tinggalkan musolla untuk pergi makan masa dia tengah sujud last, serius sangat lama.

Dan budak ni, orang first yang khatam untuk batch Waliyyunhamim, dhabit Quran dan jugak, dapat result power SPM.

Wajarlah kan ?

Quran answer

Pandai curi masa.

Ingat dulu tazkirah yang Ustazah Hanisah bagi. Masa tu, Ustaz Musa tak datang, so, saja-saja tumpang halaqah ustazah. Sangat lama tak dengar tazkirah ustazah tersayang ni.

Ustazah kata, time kita senggang-senggang tu, masa takde cikgu masuk dalam kelas, masa sebelum start majlis ke apa-apa, masa orang duk sembang dalam surau tunggu solat, dan banyak lagi lah, kita manfaatkan masa terus dengan Quran.

Ustazah bagi analogi, contoh macam iklan. Walaupun sekejap je dia menyelinap di sebalik rancangan, tapi, kesannya tetap ada. Kalau tak, kita tak kenal Super Ring, Apollo, Chips More dan kerabat dan sekutunya lagi tu.

Kena ingat selalu kat guru-guru kita.

Sepanjang tasmi' kat Imtiaz 5 tahun, ada kut sempat dengan 11 orang guru tasmi'. Dan paling menyayat hati, Ustaz Nazif. Ingat lagi time form 1, memang banyak kes sangat dengan beliau, sampai last sekali mak dan ayah terpaksa datang menyelesaikan masalah. Fuh, dahsyat.

Tapi, lepas dapat Syahadah dan alang-alang dapat duit seribu tu, adalah kesempatan untuk bagi hampir semua guru-guru ni hadiah. Dan dalam hadiah tu, ada lah selitkan permintaan untuk guru tu sentiasa doakan kejayaan dengan Quran.

Tapi, ustaz ustazah ni sangat appreciate bila kita bagi hadiah. Lagi pun time tu memang tak de orang yang bagi. Diorang terharu kut. Hehe. Tapi tak henti cakap terima kasih dan ucap kata-kata yang menghiburkan hati - i.Allah awak berjaya dengan Quran nanti.

Dan entahlah, tapi rasanya, hadiahnya, Allah bagi Darul Quran yang tak semua orang dapat rasa. Dan kat sini, terlampau-lampau banyak belajar tentang ilmu al-Quran, ilmu tajweed, ilmu mentadabbur, ilmu i'jazul Quran, dan banyak lagi la tentang Quran.

So, selalulah ambik hati guru-guru kita sebab doa diorang ni sangat berkat. Kalau rasa buat salah, terus mintak maaf sebab takut barakah tu hilang.

Ha, saja je nak kongsi kenangan-kenangan kat Imtiaz dulu. Sambil-sambil tu flashback balik ibrah yang mungkin dah dilupakan.

Imtiaz yang sangat dirindukan, Terima Kasih ^__^.

Terima Kasih banyak-banyak Allah .

Ingat al-Quran tu bukan senang, tapi tak mustahil.

Until the end of time



Comments

  1. tengok tajuk,, 'quran yg diwaqafkan'
    semangat nak share kat fb!walaupun xbace lg..

    habis bace,, xjadi.. hee

    #kak malin suka gaya penulisan syidah.
    #amik la posisi ni tuk bbakti.
    #menyampai melalui tulisan.

    :)

    ReplyDelete
  2. Hehe. [Nampaknya sudah ketahuan]

    ~Thanks k.malin, jadi inspirasi^__^
    ~Ala, k.malin tulis, lagi mantop gitu :)

    * Doakan kita2 dpt jaga Quran baik2 ye :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi