Wednesday, April 25, 2012

Politik vs Fatwa

Wah, aktif buat post nampak ? Haha. Tah la, macam banyak la pulak idea sehari dua ni. So, sementara menunggu kekeringan idea, baik kita guna dulu masa tengah basah-basah ni kan ? [ Mende ngarut eh ?]

Back to the story.

Camni lah. Semalam, baru lepas interview Yayasan Terengganu. Sebelum interview tu, ramai sangat yang bagitahu macam-macam contoh soalan yang dia akan tanya. Ada yang kata, kena speaking la, kena perkenal diri dalam bahasa London dan jugak bagitahu kenapa kita nak ambil medic dalam bahasa London. Dan tak lupa, kena tahu banyak pasal politik. Ni lah yang paling bermasalah, memang jahil la pasal politik ni. Dia pulak suruh bagi hujah untuk pertahankan dacing. Aiseh, kalau pertahankan bulan boleh lagi kot.


So, petang tu siap sediakan teks dalam London ha. Maklumlah, bukannya expert London-London ni. Nak kena ziarah London dulu kott baru reti cakap London. Cet, alasan.


Sebelum tu, ada seorang kawan yang boleh dikatakan baik, kongsi tips lah sikit untuk interview. Banyakkan selawat, lepas tu, baca ayat 4 terakhir surah al-Fajr. Nak kena belek Quran jugak ke? Ala, ayat ya ayyatuhan nafsu muttmainnah hingga habis tu. Macam la aku tak tengok Quran. Ngeh3.


Pastu masuk la bilik interviewnya. 4 orang panel. Sorang check sijil kot, sorang doctor, sorang tanya pasal pengetahuan am kot dan last, pasal agama dan politik.

Before that, bersyukur sangat sebab masa tu, panel tu banyak tanya pasal agama. Alhamdulillah :)

Good Muslim
Submitted by Hamdhan
Berkait ke ? Haha. Tak pe, macam best je hadith ni.

Soalan pertama, Jeng3.

Ni soalan doctor tu,

 Kalau you diberi satu situation, masa tu dekat hospital ada satu je ventilator, and at the same time, you kena choose salah seorang dari berikut. First, budak age around 8 years yang terencat akal, tak boleh nak control diri sendiri dan seorang pemuda 25 tahun yang ada ibubapa yang tua dan dia mengidap HIV dan merupakan mat rempit. So, what's your decision? [Doctor ni cakap London rojak-rojak. Ngeh3]

Kitorang masuk satu group dalam 7 orang dan aku dapat nombor 4. Duduk kat tengah tu. Tapi tu lah, orang yang paling last jawab soalan doctor ni.

Dalam bilik tu, aku jumpa Kak Shahidah, kak ni tengah buat foundation kat UIA. So, dia ni macam banyak jugak la tahu pasal agama, sebab dia belajar jugak.

Soalan ni macam tak seronok sangat kut, sebab masing-masing ada pendapat sendiri yang kukuh kot.

Soalan kedua.

Dari kanan saya, sebut nama Perdana Menteri Malaysia dari pertama sampai ke enam dengan gelaran sekali.

Soalan ni memang paling tak boleh blah la. Takde orang yang boleh jawab dia punya gelaran tu. Time tu jugak baru aku tahu, PM kita ada Mohd rupanya. Ingatkan Najib saja. Haha.Ok, ni nak bagitahu lah sikit, mana tahu kalau perlu kan.

Yang Amat Berhormat - Untuk PM dan MB
Yang Berhormat - Wakil Rakyat
Yang Mulia - Ni raja-raja la.
Yang Amat Berbahagia - Bekas PM, Tun
Yang Berbahagia - Pengerusi Majlis [ Kah3, sempat lagi panel tu buat lawak ]

Then, pergilah soalan politik + agama.

Apa hukum sambut Maulidur Rasul.

Ni yang best. Masa tu lah akulah yang menguasai bilik tu, tak ketinggalan Kak Shahidah. Ngeh3. Ye lah, bukannya apa, aku belajar, diorang kalau belajar, mesti hebat dari aku punya, tak gitu?

Harus. Sebab  kalau kita tengok, dalam majlis maulud nabi, kita akan buat aktiviti yang akan mengingati kita kepada junjungan besar Rasulullah. Coontohnya, kita akan berselawat, berqasidah dan banyak lagi. kat Darul Quran tempat saya belajar, Sheikhul Azhar sendiri yang menconduct majlis tu seklaigus menyeru kami agar melakukan majlis seprti ini lain kali.

Sempat lagi dia tanya dQ tu kat mana ye. Ingat umum dah kenal dQ. Haha

Kalau macam tu, hari-hari lain kita tak payah ingat Nabi. Kenapa sahabat dulu tak buat ?

Tuan, kalau kita bukak sirah, tengok macam mana kehidupan sahabat dulu, macam mana mereka kasih kat Nabi tu kalau nak dibandingkan dengan kita. So, kita kena tengok zaman tuan, kalau kita tengok ummat Islam sekarang, jarang sangat mereka akan biasakan diri mereka untuk berselawat dan mengingati Rasulullah selalu. Jadi, sambutan ni merupakan satu cara, untuk ummat kita sekarang berselawat kepada Rasulullah.

Akhirnya tuan tu angguk-angguk.

Orang kata, nabi Muhammad lahir, sama macam oarang-orang kat luar sana, tak de lebih-lebih.

Masa ni, ramai orang jawab. padamnya api kaum Majusi...

Then, tu masa lahir, kalau masa Nabi usia sebulan hingga la baginda beberapa tahun?

Masa tu line clear. Kesempatan.

Kalau kita belek balik sirah Nabi, kita akan jumpa kisah di mana Halimatus Saadiah tiba-tiba memperoleh rezeki yang melimpah ruah sewaktu dia mengambil Nabi sebagai anak angkat. Macam kita tahu, masa dalam perjalanan untuk Halimatus Saadiah pulang ke perkampungannya balik selepas mengambil Nabi Muhammad, untanya menjadi semakin laju, dan bila pulang untanya yang tua tiba-tiba mengeluarkan susu.

Ok, apa pandangan awak bila saya kata ada ulama' besar yang mengatakan bahawa kehidupan Nabi Muhammad sama sahaja seperti Mat2 Kampung yang lain sebelum baginda diangkat menjadi Rasul.

Hum, mana boleh sama...

Kalau saya sebut nama, mesti awak terkejut.

Sape ?

Tuk Guru Nik Aziz.

Ambik kau.

Sape awak nak lawan ulama'?

Masa tu, aku dah dalam area diam. Jawapan ada dalam kepala, tapi, rasanya jawapan tu back up bulan kot. So, aku diam.

Aduh, sempat lagi dia pekena Tuk Guru ye. Hai, sensitif ni. Kalau ikut kan, kitorang kat situ mana dengar lagi hujah apa yang Tuk Guru cakap sebab mustahil Tuk Guru cakap benda yang bertentangan dengan Islam. Lagipun, 'Ikhtilaf ummati rahmah'. Kalau bagitahu semua ni confirm-confirm nama kena blacklist.

Ok fine, keep quite please.

Lepas tu, soalan pasal jama' dan qasar. Dia tanya berapa hari yang dibolehkan. So, semua macam serentak 3 hari. Tapi, aku pun menokok-nokok-nokok tambah.

Tapi, ada satu pendapat ni yang mengatakan Nabi Muhammad S.A.W ketika berhijrah di Madinah, baginda  telah menunaikan Solat Jama' dan Qasar selama 19 hari. Dan ketika Majlis Hafazan Kebangsaan, peserta dan panel-panel telah solat Jama' dan Qasar selama 5 hari.

Boleh ke kita jama' solat kalau nak tengok bola ? Ye lah, kadang orang main bola tu mana tutup aurat, kadang tak solat.

Time tu, last-last gak aku bagi jawapan.

Harus hukumnya sebab, bergantung kepada individu tu sendiri. Kalau dia pergi tengok bola, tapi dia masih jaga solat dia, masih jaga tatasusila, tak kacau orang, harus lah hukumnya. Soal aurat pulak, tak timbul masalah sebab nawaitu kita sebnarnya pergi ke stadium tu untuk tengok bola, bukan untuk tengok aurat orang.

So, dia angguk-angguk.

Apa maksud marhalah ?

Ni memang tak de orang dalam bilik tu yang boleh jawab pun. Semua kelu. Rupanya marhalah tu,

Dulu Nabi dan para sahabat travel dengan unta. Dan sampai kat satu tempat yang ada oasis mereka akan stop dan rehat. Setiap kali hentian tu la dikenali marhalah. Satu hentian, 1 marhalah. Tu lah sebabnya, timbul banyak pendapat bagi istilah marhalah. Ok, dapat ilmu jugak, alhmdulillah.

Then, ni la isu sebenarnya. Orang kata syarat jama qasar tu tidak boleh yujuan kita untuk maksiat. So, kalau Perhimpunan Bersih macam mana?

Ni serius, aku memang kena senyap. Sebab takut kalau cakap, keluar benda yang tak sepatutnya. Dan masa tu, dari tepi, orang jawab, haram, sebab perhimpunan bersih tu haram. Dia pun tanya, setuju ke tak dari tu. Semua setuju, tapi masa giliran aku, setuju tak ustazah ? Haha. Ambik kau, boleh pangkat ustazah sekali. Tapi, nasib baik jugak, boleh cover line buat-buat malu. Padahal, tak nak jawab soalan.

Masa tu, ikutkan nak jawab.

Saya boleh bagi pandangan, tapi saya tak boleh memberi fatwa dalam hukum Allah. Hukum Allah bukan mainan. [ Bayangkan perasaan orang lain kalau kata-kata ni diucapkan ]

Act, sebetulnya, betul ke Bersih tu maksiat? Kan kita dituntut bersuara kalau kita punya pemimpin tak jalankan pemerintahan mengikut Islam. Itu isunya sebenarnya. Sebenarnya bersih bukan maksiat, so dah tentu dibolehkan solat Jama' dan Qasar. Tak tahu sangatla pasal bersih, cuma tahula yang benda ni menuntut pilihanraya yang suci tanpa penipuan kan ? So, agak-agak la kalau nak jawap ni, canfirm-confirm time tu jugak kena hambat keluar dari bilik tu.

So time tu, agama vs politik, which one goes first? Mestilah agama kan. so, memang tak berani nak bohong ke ape masa tu.

Tu lah citenya. Orang sekarang terlampau agungkan politik sampai agama jadi nombor 2. Ye lah, kuasa, sapa tak nak kan? Kalau nak contohi Rasulullah dulu, tak pernah baginda letak agama tu, jadi nombor 2, sebab agama Islam tu sendiri yang jadi pengasas bagi siasah zaman Rasulullah dulu. So, yang pandai agama ni, tolong lah tegakkan kebenaran yang sebenarnya. Tolong sedar pemimpin kita sepatutnya kena arif tentang agama, kalau tak, macam dalam sabda Rasulullah, takut mereka ni akan mengeluarkan fatwa-fatwa yang karut-marut dan salah.

So, kena doa yang terbaik untuk dapatkan scholarship YT. Amin...

Trust Allah’s plan
Trust Allah. Always.


4 comments:

  1. Begini rupanya interview.. Haha.. Kalaulah aku, awal2 dah keluar bilik... Tak pun tetiba bertukar menjadi seorang pendiam.. Giler susah interview ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tu la, ape ra punya soalan2.. Mira kan kuat p0litik :)
      Confirm lulus interview cani. Haha.

      Delete
  2. makin ramai yea yang keluarkan fatwa golongan kera..ingat tak cikgu zul(chemistry) cakap apa.."tak nak bersih,bleh pilih yang kotor"..lau nak tengok apa Nik Aziz cakap tengok youtube,aku rasa ada sikit salah faham..kat youtube tuu pun panas giler pasal citer nie..aku blurr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatwa g0l0ngan kera ? Haha. Ada kat youtube ea? Nanti lah nak intai.

      Delete