Ujian satu pentarbiyahan

'Dan ada di antara manusia, mereka berkata mereka beriman kepada Allah, tetapi apabila mereka diuji, mereka mengatakan itu merupakan azab Allah, tetapi apabila datangnya pertolongan daripada Tuhan mereka, mereka berkata sesungguhnya kami bersama mereka. Dan tidakkah Allah Maha Mengetahui hati-hati segalanya?'  Al-Ankabut.

Sepanjang 17 tahun senget-senget aku memegang tittle hamba Allah kat dunia ni, dah macam-macam benda yang aku lalui. Dari lahir sampai sekarang. Dan sekarang, walaupun dah bertemu dengan macam-macam benda  atas dunia ni, masih tak dapat jadi hamba Allah yang betul-betul commit atas apa yang dipertanggungjawab atas diri ni.

Astaghfirullah.

Dan sampai sekarang jugak, dah macam-macam jenis manusia yang aku jumpa, dan macam-macam jenis cerita   yang aku dapat korek daripda mereka-mereka ni. Dan, betullah, hidup manusia takkan boleh lari daripada perkara yang tak asing lagi, UJIAN. Ujian, salah satu cara penyukat keimanan.


'Adakah manusia itu layak mengatakan mereka beriman sedangkan mereka belum diuji?' -Al-Ankabut.

Btw, ada sorang akak ni pernah cerita dalam Liqa' Asar, ayat ni turun sebab masa tu Rasulullah macam putus asa dengan ujian yang baginda terpaksa harungi semasa nak sebarkan Islam.

Dan, aku sangat kagum dengan cara masing-masing menghadapi ujian yang Allah hadiahkan. Makin banyak manusia bersabar, makin banyak pahala yang manusia ni akan dapat. Kadang-kadang, bila manusia ni sendiri yang mintak nasihat daripada aku yang sangatlah tidak sebarapa ni, rasa malu pulak nak jawab, sebab aku yakin kalau aku duduk kat situasi dia, aku takkan mampu membumikan apa yang aku akan cakap pada dia. Rasa macam tak layak, nak memotivatekan orang yang lagi kuat pada sendiri. rasa macam fahamla sebab apa tulis post ni. Hehe.

Misfortune

Seriously, bila orang cite macam-macam rasa macam tersentak-sentak hati sebab fikirkan kuatnya dia Allah nak uji macam tu. Tapi kat muka, buat cool sangat. Ada yang cite pasal masalah keluarga, masalah benda-benda ghaib, masalah hafazan, masalah bisikan-bisikan, masalah aqidah pun ade, masalah dengan kawan. Eh, jangan guna masalah, guna ujian. Lebih comel.

Tetapi kalau nak difikirkan, bila time susah-susah la, manusia memang memerlukan Allah, time tu lah paling kerap nama Allah tu keluar kut mulut, walaupun dengan spontan. Masa menangis-nangis tu lah, banyak berdoa, mintak Allah bagi kekuatan untuk harungi semua ni. Tapi, bila time senang, kadang-kadang rasa macam lupa kat Allah. Lupa kesenangan tu pun daripada Allah. Pernahlah terbayang, kalaulah, time kita senang-senang tu, time rasa macam malas je nak pergi beribadat tu, malas nak buat amal kebajikan tu, tiba-tiba Allah tarik nyawa. Astaghfirullah. Tapi sampai sekarang, Allah begitu sangat amat penyayang . Kalau nak kena bilang berapa kali dah terleka dan berapa kali Allah masih berikan peluang ~ masya Allah.

Do you have time?

Kalau rasa perit dengan ujian, apa kata kita belek balik sirah-sirah Rasulullah. Macam mana betapa hebat ujian-ujian yang Allah dah berikan kepada rasul-Nya ni tapi ada ke Rasulullah nak surrender? Kalaulah macam tu, tak Islam kita hari ni.

Macam mana Rasulullah tu.

Diuji dari awal baginda nak sebarkan Islam. Banyak sangat ujian baginda harungi kalau kita nak kira. Kalau nak difikirkan, salah satu reason Allah hantar Rasulullah kepada bangsa Arab sebab, bangsa Arab ni paling keras, paling degil dan keras kepala. Beerti, kaum Arablah yang akan bagi paling banyak tekanan kepada Rasulullah.

Tapi, tengoklah baginda, baginda hanya pernah teresak-esak sahaja menangis sebab semua ujian ni. Teesak-esak. Kita, dijentik sikit dah menangis riuh sekampung. Ni aku lah kut. Hehe.


Tapi, tengoklah, sebab Allah sayang sangat kat Rasulullah lah, Dia hadiahkan begitu banyak ujian kepada Rasulullah kan ? Ujian tu tengok iman. Iman kuat, banyaklah ujian.

Pernah Ustaz Faez bagitahu, sebab apa ada Rasul Ulul Azmi dan ada yang tak. Sebab iman Rasul-rasul Ulul Azmi ni  lagi hebat daripada rasul-rasul lain. Dan peringkat Ulul Azmi pun lain, sebab ape, Nabi Ibrahim tak boleh capai taraf Nabi Muhammad. Dengan erti kata lain, sebab apa Nabi Ibrahim tak boleh jadi Nabi Muhammad. Tu lah, sebab taraf iman Nabi Muhammad lagi tinggi dari Nabi Ibrahim.

So, untuk yang menerima ujian, jangan risau, Allah pilih je orang yang dia bagi ujian ni. Allah pilih orang yang mampu untuk hadap ujian tu, dan orang yang kuat imannya.

So, jangan sedih-sedih kalau Allah nak sayang. Hehe.

Doakan iman kita semua dalam keadaan yang baik-baik, stable dan kental bila diusik anasir luar.

Rabbana afrigh alaina sobran wa twaffana muslimin.

^__^


I believe


Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi