Tadabbur ~

Masa baru tasmi' Surah al-Anbiya' baru ni, ada ayat-ayat yang betul mengingatkan pasal doa. Walau nampak macam sangat simple, tapi baru sedar bermaknanya ayat-ayat ni ~

Ayat dari, 68-72

Kisah first, kisah Nabi Ibrahim,

'Mereka berkata, ' bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhanmu, jikalau benar kamu hendak berbuat' '

'Maka Allah berfirman, Wahai api, jadilah kamu sejuk dan dingin buat Ibrahim'

'Dan mereka hendak berbuat jahat terhadap Ibrahim, maka Kami jadikan mereka itu orang yang paling rugi'

Kisah Nabi Ibrahim yang memusnahkan berhala-berhala kaum Raja Namrud, kemudian dia dibakar dengan unggun api yang terlalu besar, sehingga burung-burung tidak berani untuk terbang di atas api itu kerana terasa bahangnya dari atas sana.

Tapi, kemudian Nabi Ibrahim berdoa, dan lihatlah macam mana Allah memakbulkan doa baginda.

Secondly,

'Dan ingatlah Kisah Nuh, sebelum itu ketika dia berdoa. Kami perkenankan doanya, lalu dia Kami selamatkan Dia dan pengikutnya dari bencana yang besar'

Kisah Nabi Nuh, macam mana baginda telah ditentang begitu hebat oleh kaumnya, dan bagaimana baginda bersabar dengan ujian tersebut, sehinggakan isteri dan anaknya tidak mahu mengikuti jalannya.

Tapi, kemudian dengan doa Nabi Nuh, Allah memakbulkan dengan cara-Nya yang tersendiri.

Lepas tu, kisah Nabi Sulaiman dan Nabi Daud. Memang tak arif sangat pasal kisah ni. Nak kena bukak tafsir-tafsir yang muktabar dulu [ce wah..]

'Dan ingtlah kisah dawud dan Sulaiman, ketika keduanya ketika keduanya memberikan keputusan mengenai ladang, kerana ladang itu dirosak oleh kambing-kambing milik kaumnya. Dan kami menyaksikan keputusan yang diberkahi mereka itu.'

'Maka kami berikan pengertian kepada Sulaiman, kpd masing-masing Kami berikan hikmah dan ilmu, dan Kami tundukkan burung-burung semua bertasbih bersama Dawud. Dan Kamilah yang melakukannya'

'Dan kami ajarkan kepada Daud cara membuat baju besi untukmu, guna melindungi kamu dalam peperanganmu. Apakah kamu  bersyukur kepada Allah?'

'Dan Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupan yang berhembus dengan printahnya ke negeri yang Kami beri barakah padanya. Dan Kami Maha Mengetahui segala sesuatu'

Cuma kisah kambing tu. Masa tu, sekumpulan orang telah dtg mengadu kepada Nabi Daud, tanaman mereka telah dimusnhkan kambing. Tapi, Nabi Daud telah membuat keputusan yang tidak disokong kaummya, tetapi kemudian Nabi Sulaiman datang membetulkan keputusan ayahnya tu.[ sekadar share ilmu]

Tapi nak tekankan kat sini, Nabi Sulaiman yang sentiasa berdoa kepada Allah, supaya dia dikurniakan Allah kerajaan yang tak akan ada selepas atau sebelumnya setanding dengan kerajaannya. Dan, kisahnya berdoa kepada Allah agar baginda selalu bersyukur dengan nikmat Allah.Dan lihat macam mana Allah membalasnya.

Then,

'Dan ingatlah kisah Ayub, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, Ya Tuhanku, sungguh aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau penyayang dari segala Yang Penyayang'

'Maka Kami kabulkan doanya, lau kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan kami lipat gandakan jumlah mereka sebagai suatu rahmat dari Kami, dan untuk menjadikan peringatan bagi semua yang menyembah Kami'

Kisah Nabi Ayub, bagaimana baginda lalui peritnya penyakit baginda. Pernah dulu dengar cerita pasal Nabi Ayub, dia sakit gatal-gatal sampaikan tinggal tengkorak, dan serentak anak dan isteri dia lari meniggalkannya.

Tapi, bila dia cekal berdoa, tengok macam mana Allah balas permintaanya.

'Dan ingatlah kisah Yunus, ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan menyulitkannya, maka dia berdoa dalam keadaaan yang sangat gelap, 'Tidak ada Tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang zalim'

'Maka kami kabulkan doanya dan Kami selamatkan dia dari kedurhakaan. Dan demikianlah Kami meyelamtkn orang-orang beriman'

Nabi Yunus, macam mana dia hilang sabar dengan kaumnya, dan last sekali dia ditelan ikan Nun. 

Tapi, bila dia berdoa walaupun tahu dia buat salah, kemudian Allah selamatkan jugak.

Last sekali,

'Dan ingatlah kisah Zakaria, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, 'Ya Tuhanku, jangnlah Engkau biarkan aku hidup seorang seorang diri tanpa keturunan dan engkaulah ahli waris terbaik'

'Maka Kami kabulkan doanya, dan kami anugerahkan kepadanya Yahya, dan kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sungguh mereka selalu bersegera dalam melakukan kebaikan, dan mereka berdoa kpd Kami dengan penuh harap dan cemas. Dan mereka orang-orang yang khusyuk kepada Kami'

Kisah Nabi Zakaria ni, ada sebut banyak dalam Surah Maryam. 
Ada ayat yang baginda doa,

'Wahai Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah dan rambutku telah beruban namun aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu ya Tuhanku.'

Show that you’re Muslim

Nampak tak apa yang di highlight Allah dalam ayat-ayat ni ?

Ya, doa.

Hakikatnya, kita terlalu memerlukan Allah, terlalu. Dan Allah, langsung tak memerlukan kita. Lihatlah manusia, bila ditimpa masalh, terus minta kepada Allah. Tapi kadang-kadang bila kita senang, kita pun rasa senangnya dari kita tanpa kita sedar, dan kita jadi tak mengharap kepada Allah walaupun hakikatnya semua kesenangan datangnya dari Allah.

Sedangkan nabi-nabi kat atas ni pun, meminta kepada Allah dengan sabar-sabar-sabar sangatlah, walaupun nak tengok taraf mereka ni lah seorang Nabi, kalau nak dibandingkan dengan kita. [ Jauhlah sangat....] Tapi, kita, dah doa 3 kali kata dah cukup, dah Solat Hajat sekali, jadi dah, sedangkan kita perlu istiqamah berdoa. Ya! Istiqamah. Ambil ibrah daripada kisah--kisah Nabi Allah ini. Kalau nak ikutkan, sebabtu lah Allah sekejap je makbulkan doa kita, sebabnya kita memang tak tahan kalau nak mintak banyak kali dengan Allah. Lihatlah, macam mana Allah fahamnya kita yang lemah sangat imannya ni...

Astaghfirullah....

Dan, sebab tu lah Allah berfirman,

'Mintalah kepada Aku, dengan sabar dan solat.'


Nampak sangatlah. Sebab kita memnag kena bersabar kalau berdoa. Dan solat tu pun maksudnya, doa kan? Jadi tu cara kita mintak dengan Allah.

SABAR.

DOA.

Sekarang baru aku tahu nak kaitkan ayat-ayat dalam Surah al-Anbiya' ni, dengan ayat dalam Surah al-Baqarah ni.

Cantik Allah menyusun ayat al-Quran, cuma aku selalu jadi macam burung kakak tua. Jarang sangat mentadabbur.

Astaghfirullah..

Until my last breath






Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi