Allah knows best

Dulu, masa senior masuk dQ, Kak Aisyah Zul, memang banyak dia cerita benda-benda best tentang dQ. Tapi, masa tu, nekad la, tak nak masuk dQ sebab nanti kalau dapat apa-apa atawaran, tak boleh keluar dQ. Tapi, time keluar permohonan untuk masuk Persijilan dQ, ramai sangat orang yang mintak, so, just cuba nasib untuk mintak jugak.

Then, bila layak untuk temuduga dQ, memang sangat confused untuk pergi atau tak. Sebabnya, kalau dapat nanti, mesti sayang nak tolak. Tapi lepas istikharah semua, Allah kuatkan hati untuk pergi je interview tersebut. Punyalah susah nak melengkapkan borang dQ yang secebis je maklumat yang dia nak tu. Tapi masa tu lah orang lain cakap, bila susah-susah ni, i.Allah ada sesuatu yang bermakna yang akan Allah selitkan.

So, time nak pergi interview, ada terfikir jugak nak buat yang sambil lewa atau nak buat yang terbaik. Tapi, bila teringat satu Hadith Qudsi ni, Allah kuatkan lagi hati untuk buat je yang terbaik dulu.

"Sesungguhnya Aku menyukai apabila seseorang itu dia bekerja, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh"

Time interview dengan panel darul Quran, memang line clear la. Dapat surah Yusuf, mukasurat 239 kot, tak pastilah, tapi yang flamma sami'at bimakrihinn. Tapi tu lah kan budak Imtiaz ni, memang dah pernah hafal so, semua macam burung kakak tua je baca ayat-ayat tu. Teringat pulak pesan kak Azizah dQ, orang lancar Quran ni baca Quran macam burung kakak tua. Lancar di mulut, tapi, hakikatnya tak faham apa yang sebenarnya di baca. Zapppp... Tersentap.!

Nak dijadikan cerita pulak, giliran Imtiaz K. Berang ni dah yang last2. So, masa tu panel ttu dah nak keluar untuk solat Zuhur. Dan tiba-tiba dia tengok ada tiga orang lagi kat luar.

'La, ade lagi, mari la masuk tiga-tiga sekali'

Wah, terlopong kitorang. Aku, Madi dan Dah. Sebelum tu dah bincang kat luar, tak pe lah kita redha je kalau dapat overseas dan terpaksa lepaskan. Medic UIA lagi bagus lah. 

Masa interview, memang panel tu nak cepat. So, dia just tanya nak ambil kos apa dan berapakah peratus kebarangkalian [betul x ni?] untuk masuk program ni. Nama dah nak buat yang terbaik, pulak tu masa tu baru je lepas bincang dan setuju lah dengan UIA. 

'100%'

Fuh, memang tak boleh bla la dengan jawapan tu. Dan lepas tu baru rasa, kalau lah dapat dQ ni, confirm ke nak pergi?

So, lepas tu istikharah lah lagi. Biasalah istikharah aku ni, tak pernah nak tengok dalam mimpi, ada bunyi bisikan kat telinga ke, cuma kadang-kadang Allah kuatkan perasaan tu ada lah. Tapi masa tu, serius, ,mimpi pun takde, nak dengar orang bisik 'DarulQuran' kat telinga macam kes Madi tu pun memang tak de. Nak kata feel pun, sekejap ya, sekejap tak. 

Then satu hari, pihak dQ call Sabrina mintak dia punya result Trial dan photostat IC. Masa tu, memang dah give up, ni confirm-confirm tak dapat sebabnya aku memang tak hantar dua-dua jenis barang yang dia mintak tu. So, dengan confidentnya, 

'Result interview dQ ni adalah jawapan bagi istikharah-istikharah yang telah aku buat selama ni'

Kenyataan ni pun buat memang masa tu, tak tahu la nak pilih mana satu. 

Time result interview dQ keluar, tak tahu hari apa sebenarnya keluar. Kebetulan time tu, duduk kat lab, bukak-bukak je tiba-tiba keluar website dQ. Pengumuman 'Semakan Temuduga Program Pensijilan DQ-UIAM'

Acuh tak acuh je taip no IC sebab rasa macam confirm-confirm tak dapat. Tapi bila keluar je keputusan tu.! ya Allah jantung yang kat dalam ribcage rasa macam dah jatuh kat hujung kaki. Tiba-tiba je Cg. Rusiati merangkap PKHEM muncul kat belakang dan peluk aku. 

'Awak ni Syidah, tak hantar slip result Trial dengan potostat IC awak, nasib baik cikgu hantar' [budak Imtiaz, boleh bayangkan?]

ya Allah mau tak tersentak masa tu. Ustaz Zul pulak muncul kat belakang,

'Ha, dapak dQ Rasyidah ? Gi ah, tepak tu tenang je. Budok-budok ngaji je khije an'

Lepas tu terus teringat kenyataan istikharah tu. So, tu lah keputusan muktamad. Allah dah takdirkan aku untuk berpeluang merasai kehidupan di bumi barakah Darul Quran. memang tak pernah terlintas pun sebenarnya nak masuk dQ ni. Tapi tu lah, Allah knows best.

Dan dekat Darul Quran, memang banyak sangat benda baru yang aku belajar yang kalau nak listkan memang jenuh gil nak membacanya. Bersyukur sangat Allah hantar dekat bumi ni walau rasa macam tak layak nak duduk kat sini sebenarnya. Ramai lagi yang menangis-nangis nak masuk dQ, sedangkan aku yang masa dapat tahu keputusan tu pun tak tahu nak pergi ke tak.

Allah is with us
Dan sekarang ni bila dah dapat result, serius, aku benar-benar TARADDUD. Kemungkinan besar kaki ini akan melangkah keluar dari bumi yang teramat aku cinta [cewah] ni tak lama lagi. result SPM tu pun, aku rasa macam betul-betul Allah nak tolong. Aku memang tak layak dapat tu, except for BM. Fuh, satu-satunya A- tu. Padahal ni lah subjek terawal yang aku target untuk A+. Tapi tu lah, Allah rancang semua ni.

Walau sekarang ni, orang duk provoke aku sebab nak keluar dQ.

Tak rasa zalim ke, orang kat luar sana menangis-nangis nak masuk dQ, kita nak keluar selamba dek je.

Tapi, tak rasa ke tu semua takdir Allah. Kan dah kata tadi, Allah knows best. Allah yang takdirkan aku di dQ dan Allah takdirkan jugak yang aku maybe dapat sesuatu yang lebih menjamin hidup aku kat luar sana. Aku tak pernah berniat untuk keluar dQ atau ambil hak orang sebelum ni. Kalau nak kata, sia-sia je hantar aku kat dQ ni, lagilah tak, sebabnya dah banyak sangat benda yang aku belajar kat sini dan tak mungkin benda tu aku akan dapat kat tempat lain. So, kalau tanya aku lah, habis tu, stay lah dQ, tak de ambik hak orang lain. Jawapan aku akan tetap sama, bahawa aku tak pernah nak decide kan takdir aku. Aku dah istikharah dan aku nampak jalan untuk aku sambung kat lain lebih cerah daripada aku stay dQ.

Tapi serius, bukan senang nak tinggal dQ. Bukan senang nak lepaskan benda yang kita sayang. Masa tak dapat mana-mana offer lagi pun orang dah seguni aku nangis. Nanti kalau betul nak keluar tak tau la nak nangis satu lori ke satu kolah.

Tapi, sekali lagi, Allah knows best.

Kalau dQ dan UIA tempat terbaik bagi aku, Allah takkan bagi aku peluang untuk mana-mana scholarship. Yayasan Terengganu ke yang baru lepas interview semalam. Atau pun MARA yang sikit lagi Pos Laju nak tutup, baru hantar dan selamat kot sampai hari ni kat MARA, i.Allah. Tapi tu lah, aku cuma mencari yang terbaik untuk aku. Untuk kehidupan kat sini dan kat sana. Kalau lah bekal taqwa tu banyak lagi dekat dQ, aku memang harapkannya. Tapi kalau aku boleh bekalan taqwa tu banyak lagi dekat Jordaan/Mesir, aku prefer tu lagi lah.

Sekarang tinggal doa, dan tawakkal. Dan, usaha untuk interview MARA nanti i.Allah.

Yang penting,

Allah knows best.








Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi