Aku, Mereka dan Taqwa


Sebiru dan seindah hari itu,
Aku melangkah pergi membawa memori,
Aku lihat masjid itu,
Walau kaku memberi makna beribu,
Akan erti tarbiyah, akan erti ukhuwah,

Lama aku menangisi, akan takdir ini,
Lama aku pendam akan duka ini,
Mana mungkin akan kulupakan,
Kenangan semekar bunga di sini.

Aku mengorak langkah sambil menangisi memori,
Dulu aku ada mereka,
Meraka yang mengundang taqwa,
Aku selami hari,
Hari aku dinasihati,
Hari aku memuhasabah diri,
Hari aku menyimpul ukhuwah,
Hari aku bersilibus al-Quran,
Hari aku berusrah penuh makna,
Dan hari-hari yang aku anggap pengundang taqwa diri,

Ya, aku mula merindui,
Aku mula menyesali,
Namun kunyatakan semula kepada diri,
Taqwa bukan selamanya tidak diuji,

Akhirnya masa berbicara,
Akan erti taqwa itu sendiri.

Bila aku mengamati,
Rupa-rupanya pada mereka aku menilai taqwa diri,
Aku lihat kadang taqwa itu bersinar, kadang taqwa itu sirna,
Dek kerana hati aku yang sering muqallib.

Saat taqwa diuji,
Aku kadang menyalahi diri,
Akan lemahnya hati,
Akan sikitnya pada hati ini suntikan Ilahi,

Bukan aku tidak tahu,
Dia sentiasa di situ,
Menunggu taubat aku,
Yang aku sendiri kesali itu.

Saat diuji aku tertanya diri sendiri,
Bila hati ini akan suci,
Bila hati ini akan penuh dengan ketaqwaan,
Lantas aku dengar firman-Nya,
فاتقوا الله ما استطعتم
Bertaqwalah, semampu kamu,
Walaupun sebelum itu aku gerun mendengar,
اتقوالله حق تقاته

Mereka menguji aku,
Tentang tahap sebenarnya taqwa aku,
Semakin aku diuji,
Semakin aku sedar, bukan senang taqwa itu hendak ditakluki,
Hendak dimiliki hati,
Semestinya aku akan senantiasa berjuang,
Untuk menggapai taqwa hakiki.

Allah,
توفنى مسلما وألحقنى بالصالحين





Comments

  1. hoshh. sedihnye syidah lately nie. be strong dear! semoge sedih tulah yg sentiase mengingatkn kita akan dunia yg smntara dan akhirat yg kekal slmanye

    Umat Islam harus cemerlang hari
    ini mesti lebih baik dari semalam

    Jangan buang masa
    siapa kata kita tidak boleh
    kita ada Allah maha kuasa
    kita punya kuasa tenaga
    doa sebagai senjata
    umat islam sentiasa boleh

    semangat! :D

    ReplyDelete
  2. comelnye aten :) syukran sahabat.

    sedihnya lately ni. entah la. memang hati terlampau berbolak balik kot. tah le nak dekat dengan Ramdhan dah. tak tau kenape . :'( Naseb baek ade korang. moga sisa hidup lepas ni ada ertinya, dan membawa banyak bekal utk kita tuai di akhirat sanaa. Huhu takut.

    ReplyDelete
  3. Siyes. Rase nk nangis baca... Reflect diri un ada.. Kita saling menguatkn ea ^^

    ReplyDelete
  4. kalau kita kenang suasana yg lepas, kita mmg akan jadi sangat rindu..

    Kita cuba bina suasana, tapi kita masih tak mampu..

    Inilah cabaran hidup.. kalau hidup kita sekarang masih sama dgn sebelum ini, macam mana kita nak tengok sejauh mana kekuatan iman kita...

    Selamat membina suasana yg indah dlm diri kita:') nice sajak, menyengat di hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'kita cuba bina suasana, tapi kita masih tak mampu' :'(

      semoga kita semua berjaya membina suasana yang indah dalam diri, menybarkan keharuman ke persekitarannya. alangkah.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. "Teruslah bergerak, hingga KELELAHAN itu lelah mengikutimu,
    teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu,
    teruslah berTAHAN, hingga kefuturan itu futur menyertaimu
    tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."

    go syidah go...
    " Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah Dialah Yang Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji."[35:15]
    Kita memang sentiasa memerlukan Allah, Jom sama2 kembali pada Allah, minta pada Allah kuatkan Iman kita dan tsabatkan hati-hati kita. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa say apatut hantar laporan dekat blogger.com untuk letakkan icon like dekat setiap comment kan. kehkeh. so kak tuti, 'Rasyidah Afdzal like this'

      InsyaAllah, saya pun tak tau macam mana tangan boleh tergerak nak tulis somethin sastera macam ni. kehkeh. maksud sebenar pun dah lari kut sebab nak ikut ayat sajak la kononnya kan.

      tapi hakikatnya, mmmg iman ni sungguh naik turun. :'( moga terus thabbat ..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi