Tuesday, June 18, 2013

Keropok Terengganu

Bismillah.

Nyet. Nyet. Nyet. Burung memanggil-manggil. Bukan burung, loceng bunyi burung. Saya pun dengan bingkasnya bangun dari katil.

"Min.. min...?"

"Mirae..."

"Hah, Mirae ?"

Cepat-cepat saya bukak pintu tu. Terkejut tengok Mirae depan mata dengan jubah hitam dan tudung kuliah.

"Ha? Mirae?"

"Kite datang kejap je ni, kite nak balik dah, pak cik tu buat ape tah dekat bawah tu. Takpelah kite pergi dulu"

Eh.. Saya pun terus ke bilik tengok ikut tingkap pak cik tu tengah buat apa. Oh, tengah gaul simen rupanya. Baba ni tak habis-habis kerja penambahbaikan rumah ni. Kesian rujul kat atas. Kehkeh.

Tiba-tiba bunyi lagi loceng. Nyet. Nyet.

Eh.. Saya pun bangun dengan girangnya sebab sangka Mirae balik semula. Eh, Mirae balik semula lah.

"Ha, rindu kite lah tu, semangat je buka pintu"

"Hehe"

Takde ra'du wa barq tiba-tiba phone menyanyi. Eh, Kak Nani ?

"Syidah, akak ada depan rumah dah ni, kenapa tak buka akak bunyikan loceng, rumah Ibtisam yang lama tu kan?"

Saya tersenyum. Bangun ambik dua naskah Quran poket kemudian dengan girangnya seranhkan dekat Kak Nani, berharap pahala non-stop melalui amal jariah, memandangkan dah berdebu selama Quran tu dengan saya.

Saya masuk semula bilik, sengih sorang-sorang, tak sabar nak makan keropok lekor dengan awok semua nanti.

cc : Flower-girl

No comments:

Post a Comment