Apa Khabar di Sana ?
Bismillah,
Firman Allah,
"Wahai
orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang
bahan bakarnya adalah manusia dan batu" [Surah al-Tahrim, ayat 6].
Dah 10 bulan duduk
di Jordan. Apa khabar Malaysia? Bila mata tak bertentang mata, hati pun tak
bertentang hati. Ceh, hati bertentang
hati ? Menyedari hakikat diri sekarang di Jordan, bukan lagi di Malaysia dan
menyedari hakikat pada tarikh 14/9/2012 baru ni, jasad ni dah memulakan
pengembaraan vesi terbaru di bumi kinanah, Jordan. Terlampau sibuk dengan
urusan dan hal sendiri, sampaikan lupa kabare orang di sana, di Malaysia, atau lebih
spesifik lagi, keluarga saya di sana.
Memang Skype tak
boleh termiss hatta seminggu, kalau tak nanti mak rindu. Ceh berlagak. Tapi dah
lama tak dengar khabar yang betul-betul serius dari sana.
Hari tu, dalam
bulan 3, dapat khabar yang Cekngoh, dah pulang ke rahmatullah, meninggalkan
seorang suaminya, dan 5 orang anak. Mak saudara yang sangat prihatin, sangat
concern dengan keluarganya, hatta dengan saya sendiri. Teringat last sekali saya
jumpa dia di airport time nak terbang ke Jordan. Terkejut bila dapat berita,
Cekngoh dah pulang ke rahmatullah tempoh hari. Sungguh, hidup ini terlampau
singkat untuk dinikmati. Cekngoh pergi kerana sakit hati, dan jugak sebab
keengganannya untuk pergi ke hospital sebab, TAKUT. Tapi semua tu memang takdir
Allah kan,
Lepas tu, dapat
berita Kak Aten dah kahwin. Tahniah Kak Ten. InsyaAllah, hingga ke syurga :)
Woot. Jiwang. |
Tadi baru je
telefon Kak Erah, tetiba Kak Erah bagitahu berita yang agak mengejutkan.
Sejak duduk di
Imtiaz, tak lepas-lepas dengan peristiwa makhluk halus. Sejak form 5, sejak
histeria tempoh hari, seakan-akan ke mana-mana sahaja saya jejakkan kaki, tak
sah kalau takde timbul isu ini. Tapi alhamdulillah sangat-sangat, Allah tahu
saya tak kuat kalau Allah bagi ujian tu kat Jordan ni. Dulu waktu di Imtiaz,
terpaksa jadi bomoh rambang. Main redah je. Dah kawan dan junior panggil kita.
Saya pun dengan yakin sekali menibai bacaan-bacaan yang dah ada dalam kepala. Baca
habis satu Manzil, sampai orang yang kena berteriak tak sudah. Dalam hati kata,
HA, MENJADI KOT. Lepas sorang, sorang lagi yang kena, sampai dekat 20 orang
dari asrama yang kecik tu kena rasuk. Allahu musta'an je waktu tu. Tapi
disebabkan diri ni tak kena, teruslah menibai lagi. Tibai, tibai, tibai, nah
ambik kau. Masa trial SPM, orang lain dah senyap dari segala gejala ni, saya
pulak yang terkena bisanya. Sungguh, sangat menderita semua tu, walaupun bukan
histeria. Sampai result trial pun gedebuk-gedebuk. Tapi last sekali alhamdulillah sembuh jugak.
Bila sampai kat dQ
pulak, tetiba, adik beradik seusrah pulak yang kena sihir. Dan disebabkan takde
orang jugak nak menolong waktu tu (sebab dekat dQ selama ni takde pun gejala
ni), saya pun sekali lagi menibai. Tapi kali ni, kena beware sikit, takut yang
dulu berulang semula. Setiap kali dia kena, call ustaz, alhamdulillah Allah
tolong, walaupun tak sembuh sekurangnya bolelah redakan untuk satu malam.
Sungguh dia sangat
kuat sehingga Allah menguji ke tahap itu. Saya kenal dia sangat hebat dalam
hafazan. Tasmi' 10 muka sehari pun boleh. Tapi bila time dia kena, semua benda
dia tak ingat. Sampaikan solat dia tak sedar, puasa tak sedar, aktiviti harian
semua tak sedar. Bila dah 2 hari tak sedar, dia pun start tanya orang, kat
mana, apa dah jadi dan sebagainya. Lagipun dia ni nampak benda ghaib tu, time
orang bacakan, dia nampak makhluk tu kena bakar, nampak bomoh. Manusia tu bila
dah kejam, macam-macam dia boleh buat. AllahuAllah. Alhamdulillah, sekarang dia
dah mula sembuh.
Disebabkan dia,
saya pernah terfikir untuk ambik ijazah dari Darussyifa'. Tapi tergendala sebab
nak berangkat ke Jordan ni hah.
Tiba-tiba pulak
Kak Irah call tadi, kata Kak Seha kena kacau.
Saya bukan
dilahirkan dalam keluarga yang tinggi didikan agama. Biasa-biasalah orang kata.
Saya pun pernah mengalami penyakit alergik sekolah agama. Sekolah yang saya
letak list paling akhir dalam senarai sekolah saya nak pergi waktu darjah 6. Saya
masuk Imtiaz sebab dalam nama sekolah Imtiaz, takde agama pun. Sekolah Menengah
Imtiaz Kuala Berang. Naah. So saya dengan suka hati dan senang lenang angkut diri
ke sana, kemudian dimarahi ustazah kerana bawak benda tak boleh pakai kat sana.
Haha. Memories. Tapi alhamdulillah Allah masih sangat Penyayang kekalkan saya
kat sana 5 tahun walaupun memberontak setiap hari nak balik.
Kadang-kadang
duduk dalam satu family besar, rasa macam Ghuraba' pun ada. Tapi kadang rasa
jahil sebab tak tahu macam mana nak sampaikan kepada keluarga yang lain. Tapi
alhamdulillah, at least diorang hormat apa yang saya pegang.
Lama tak jenguk
keadaan diorang, tanya khabar sikit-sikit. Skype dengan mak pun nangis mengadu
macam-macam. Hishh.
I know my sister
well. Dan saya jugak rasa macam ada something wrong tapi tak tahu lah jadi
sampai macam sekarang. Dan kakak saya pulak cakap, semua orang tunggu Syidah
balik ni. Hadeh, balik pun apa boleh buat? Tapi maybe diorang tak tahu menda ni
tak boleh buat main.
Saya yakin, ada
sesuatu yang Allah nak ajar dalam family saya yang agak sepi dalam bab-bab
agama. Rumah tak hidup, solat jemaah kadang-kadang, Quran ada yang baca ada
yang tak baca. Mungkin, Allah nak mengajar sesuatu yang bermakna. Keluarga
sahabat dekat dQ yang kena sihir tempoh hari, family dia pun berubah
drastically. InsyaAllah, bukan sia-sia Allah menurunkan ujian.
"Apakah
kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke dalam syurga sedangkan belum datang
kepada kamu (ujian) sebagaimana orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu
mereka ditimpa kemelaratan, kesengsaraan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan
orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya
pertolongan Allah? Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Surah Al-Baqarah : Ayat 214)
Buat keluarga yang
sangat disayangi di Malaysia, bersabarlah dalam menghadapi ujian Allah. Dan
mintaklah kesabaran daripada Allah. Allah kata, takkan masuk syurga selagi tak
diuji. Hidupkan rumah kita yang sepi tu. Allah nak harmonikan dengan ruh Islam
nampaknya. Jangan pening lalat fikir macam-macam, dan akhirnya tak buat
apa-apa. Ikhtiar. Maryam dahulu hendakkan kurma, Allah suruh dia goncangkan
pohon walau sedikit sebagai isyarat, IKHTIAR. Jangan sedih-sedih, Allah ada.
Dan jangan lupa tunggu baliknya Syidah dari Jordan ni. Wah tak shabar-shabar
dan takut juga rasanya. Lagi 48 hari.
FUH.
Ni macam nak kena
singgah Darussyifaa' terus ni. Kehkeh.
لا يكلف الله نفساالا وسعها
ReplyDeletesahabat ana ini sgt dikasihi n dicintai Allah. Betul. Insya-Allah ada hikmah yg Dia tetapkan untuk kalian. kuat sokmo ye ^^