As I see, I learn.

Bismillah.

Esok exam Is'af Awwali, atau dengan bahasa Mat Saloh, First Aid. Dan saya masih lagi boleh menekan-nekan keypad laptop membuat satu post yang paling baru. Haha. Oh, mentang-mentang Is'af ye. Ha, tu tak kira, yang penting saya nak tulis jugak. Eish, kalau kawan Arab tahu ni, mesti diorang geleng kepala 90 darjah 100 kali.



Semalam, lepas habis baca Doa Wehdah dengan Doa Rabitah time SWEET, tiba-tiba Cik Dibosh dapat mesej daripada Kak Nani yang kata kawan dia accident. 5 orang yang terlibat, 1 orang meninggal, kawan Kak Nani tu gugur kandungan 8 bulan, yang lain cedera, dan ada jugak yang cedera agak parah.

Balik rumah, terus bertalu-talu keluar post pasal accident ni dekat Facebook. Alhamdulillah bak kata kak Fatima al-Fihri, ikatan aqidah kita lebih kuat daripada ikatan pertalian darah. Senyum.

Beberapa bulan yang terdekat ni, saya agak dikejutkan dengan orang-orang muda yang diambil Allah. Dua orang dari kumpulan yang sangat femes dikenali dengan tagline dakwah dan tarbiyah (DnT), eh, sebenarnya benda tu memang perlu pun. Tapi dah nasib ada sebahagian orang yang alergik dengan perkataan camni dan sewaktu dengannya. Sigh. Hari tu, Inche Gabbana buat entry pasal Iman yang katanya sangat konsisten dengan DnT walaupun asalnya daripada zero. Akhirnya, dia deijemput awal oleh Allah dalam satu accident jugak. Hari ini, kami dikejutkan dengan berita Sumaiyah yang diambil Allah dalam usia yang sangat muda. Lama saya stalk profile dia, kerana saya memang stalker sejati. Entah pape. Terbukti, dia bukan insan biasa. Insan yang dipilih Allah untuk diakhiri hidupnya dengan dua kalimah syahadah. Bukan senang. Dia bukan insan yang mengenal erti tarbiyah itu dalam usia yang awal. Saya kira selepas menjejaki bumi UK, dia mengenal tarbiyah itu dan sangat menghargai dan istiqamah dengannya. Dia bercita untuk syahid, sebagaimana syahidnya insan yang berkongsi nama yang sama dengannya. Sumayyah. Syahidnya Sumayyah Romli ketika perjalanannya menimba ilmu.

hijabiz:

Everything that happen is a blessings  even you may not realize it now.. 

Lantas saya terfikir, mereka insan yang baru mengenal erti indahnya iman itu, lebih menghargai dan berusaha meningkatkannya. Namun, ada mereka yang sudah lama mengenal erti Islam, sudah berlambak ilmu dalam dada, sudah semua telinga mendengar bicaranya, sudah semua mata membaca tulisannya, gagal menghargai nikmatnya iman itu sendiri. Lantas lalai akan dunia yang sangat sementara, mengimpikan dunia lebih dari dunia akhirat itu sendiri. Sebak, memikirkan keadaan diri. :'(

Sumayyah,

"Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya" al-Insyiqaq : 6

Pergilah roh kamu dengan tenang menuju Rabbmu, moga syurga pengakhiranmu. Kami di sini akan turut menyusul selepas kamu, cuma tarikhnya belum kami dapat tahu. Allah, jika Engkau mengambil kami di saat ini, apa yang ada untuk kami bekalkan mengadap-Mu? Cukupkah sebaik-baik bekal taqwa itu? Kami, ilmu pun malas dicari, perintah pun liat nak ikut, dakwah pun sikit, ukhuwah pun tak jaga, tapi tak habis-habis sebut nak masuk syurga :'(

Allah, matikanlah kami dalam iman, pabila tiba saatnya satu masa nanti.

Teringat arwah Ustazah Marini dan Arwah Ustaz Azuwan yang juga dijemput Allah, dalam usia yang sangat muda, dan juga, husnul khatimah. Mesti kalian sudah berbahagia di sana, bukan? Sudah tamat erti perjuangan, sudah tiba untuk berhenti untuk rehat yang selamanya.



Dikhabarkan lagi tentang pasangan yang kehilangan bayinya dalam kemalangan ini. Anak itu dikuburkan di Wadi Musa sendiri. InsyaAllah, menunggu di pintu syurga. Lalu saya terfikir juga, dalam kemalangan tu, Allah tidak mengambil suami Kak Humaira'. Bukti bahawa Allah itu Maha Adil bukan? Dia tidak sekali menimpakan ujian yang tidak tertanggung kepada hamba-Nya. Setakat yang termampu oleh hamba-Nya.

Malam ni, saya scroll lagi home dekat facebook. Ramai sangat yang post susulan kejadian ni. Semua orang share notis sumbangan sana sini. Hatta kawan saya kat Malaysia pun dah pandai share perkara yang sama dengan yang dekat Jordan ni. Seolah-olah satu Malaysia tahu mengerti akan keadaan ini. Kos perubatan yang sangat mahal akibat komplikasi kemalangan, semakin sebak saya. Melihat lagi bagaimana Allah menguji iman manusia. Manusia yang tertimpa ujian dan manusia yang disekelilingnya. Bagaimana respon kita apabila melihat mereka dalam fatrah diuji.

"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah mereka (dalam segala keadaan), sama ada sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan apabila Kami hapuskan kesusahan itu daripada mereka, mereka terus membawa cara lamanya seolah-olah mereka tidak pernah merayu kepada Kami dihapuskan sebarang kesusahan yang menimpa mereka. Demikianlah diperelokkan kepada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan." - Surah Yunus : 12

Sedih, sedih. :'(

Malam ni, Nisfu Syaaban. Sebelum tibanya Ramadhan yang sangat dinanti dalam beberapa hari lagi. Sedang diri masih risau akan persediaan hati ini. Moga Ramadhan kali ini, yang sangat berbeza dengan sebelumnya, menjadi momentum untuk penghijrahan diri, la'alakum tattaqun.

 Allah seakan-akan hendak membiarkan manusia berfikir kembali. Sungguh, mati itu sebaik-baik peringatan. Peringatan, adakah taqwa yang terbekal selama ini, sudah cukup ataupun masih di cetek di dalam hati. Muhasabah. Masih banyak masa-masa yang tersisa melakukan perkara yang tidak diredhai-Nya. Malam yang masih berbaki, mari sama-sama koreksi diri, menghitung sisa-sisa hari. Alangkah untungnya apabila diakhirinya hidup kita dengan sebaik-baik penutup, Husnul Khatimah. :'(

Walaupun tidak pernah kita bersua, tapi kita tetap saudara satu aqidah kan? Dari jauh kutitipkan doa, semoga baik semuanya.

aceph:

This is how social and moral revolution sparked!

Allahumma balighna Ramadhan.

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi