She

Bismillah.

Aku mencapai telefon. Meskipun hanya telefon cikai, yang dibeli sejak kejadian rompakan tempoh hari, telefon ni tetap dapat bertahan walaupun dengan ribuan jatuhan yang melanda. Aku mendial, namun tiada jawapan. Kesal. Namun aku gagahi langkah juga untuk pergi ke Duwar Qubah itu. Hebat tak ayat novel? Haha. Tak lulus. Maklumlah BM A-.

Post ni khas dicoretkan untuk sahabat yang sedang berada juga di Jordan. Sama-sama berjuang di bumi Allah sebagai seorang hamba namun pelik, tidak menuntut di mana-mana universiti. Ye lah orang datang Jordan ni dengan satu reason je, nak sambung belajar. Tapi kawan saya yang seorang ni, datang Jordan sebab ada juga misi dia yang tertentu even dia dapat je tajaan Yayasan Terengganu untuk sambung Dentistry kat sini. Tapi dia lebih rela untuk datang dengan satu agensi yang bernama, GISB.



Dulu di Imtiaz, memang sangat rapat dengan beliau. Dia bijak, dia baik, dia tenang. Lengkap package. Exco Disiplin sekolah. Hebat perwatakannya. Yakin dan berani. Perwatakan yang saya masih tercari-cari, mungkin masih bersembunyi di dalam diri sehingga ke saat ini. Ya, saya respect dia. SPM pun dapat flying colours. Dapat best student siap.

Saya berlagak cool je depan dia. Walaupun dalam hati ada hutan. Sampai je dekat tempat dia tu, terus bagi salam banyak-banyak kali. Last sekali ada orang bukak. Sebelum tu sempat jengok Mat'am diorang, Mat'am Nur Muhammad. Alhamdulillah, akhirnya susuk tubuh tu dapat saya lihat setelah sekian lama berpisah. Acece. Tak sangka. Semakin kurus, dan semakin berseri, ada seri pengantin gituu. Acewah. Nampak muka dia, bahagia campur takut. Dia pun tak henti-henti sebut takut.

'Keif hal (walaupun hakikatnya cakap Melayu)'

' Entahlah, jasad sihat. Ruh tak sihat.'

'Tak sihat kenapa?'

'Entah, banyak dosa'

Dalam hati berbisik, ruh aku lagilah tak sihat. Sempat bertanya apa ahli jemaah mereka buat kat dalam sana, sebab dari tadi bunyi suara macam mengaji. Katanya berselawat. Oh, selawat. Tanya punya tanya, akhirnya dia cakaplah kalau kat rumahni, selawat non-stop. Ada shift tertentu. Seorang habis sesi dalam 1 jam setengah, tukar orang lain pulak. Giliran dia pukul 2.00 pagi rupanya. Terdetik sedih dalam hati, kalau diri ni, boleh kira berapa kali selawat satu hari. Betapa sikitnya. Huhu.

Rasa macam tak boleh jadi dapat share sikit je dengan dia. Bila ajak dia pergi Arabella Mall dan akhirnya penjaga dia bersetuju, excited bukan kepalang. Alhamdulillah, mungkin Allah nak panjangkan pertemuan ni.

Betul, ramai orang cakap jemaah ni sesat. Jemaah sesat akhir zaman. Bila ramai postkan video power Kaabah yang entah pape. Syiah moden dan segala bagai. Namun kadang-kadang jantung tak stay in place dekat middle mediastinum bila terfikir benda ni. Sebabnya, ada kawan sendiri yang dah join gerakan ni. Rasa nak korek lagi.


Kindness is a language which the blind can see and the deaf can hear.Website | Facebook | Twitter

Bila start tanya dia soalan common sebelum masuk ke soalan yang rare punya, muka dia sentiasa cool dan macam takde feeling pape. Ataupun dia pun pandai berlakon macam saya yang buat-buat cool walaupun jiwa berkeceramuk dengan pelbagai persoalan.

'Macam mana hidup kat sini, seronok tak?' soalan yang agak rare dimulakan.

'Alhamdulillah, seronok dapat kenal negara orang'

'Em, biasanya aktiviti-aktiviti awak kat sini apa?'

'Aktiviti? Under GISB ke? Kalau under GISB ni, dia lebih banyak tekankan amal-amal ibadat, banyak suruh manusia buat benda untuk dekat dengan Tuhan'

'Kenapa awak asyik tekankan hal-hal ibadat je? Kalau semua orang atas dunia ni nak buat macam awak buat, sapa uruskan dunia ni? Macam Syidah ni, ambik Medic, tak dapat pahala lah dia?' tu dia si Munira dah berbunyi. Dussh, kakinya disepak oleh diriku. Soalan sungguh, terlampau direct tanpa disekat oleh penapis meskipun yang berjaring besar.

'Eh, saya tak kata yang bidang-bidang lain tu tak perlu. Syidah ambik Medic, perlu lah, kan Fardhu Kifayah, tapi saya, Allah dah letak dalam ni, dalam GISB. So, saya akan teruskan dengan jemaah saya ni. Orang-orang jemaah saya akan teruskan usaha nak bangunkan Mat'am dan sebagainya.'

Perkara-perkara tu, saya tak pelik pun. Boleh je diorang nak buat Mat'am ke Supermaket ke Gigamarket ke, laman sosial GISBBook ke. Tak kesah. Tapi pelik time jemaah diorang terlampau mengagungkan pengasas jemaah ini, Abuya Asy'ari. Dulu masa kat Imtiaz, ada dia sebut tentang Abuya Ash'ari. Tapi tak pulak terasa pelik sebab dia just cerita yang Abuya seorang insan yang sangat beriman kepada Allah dan that's normal. Tapi hari ni, dengar cerita tentang jemaah diorang menganggap Abuya, lebih dari segalanya. Semua benda mintak dengan Abuya.

Varieties color the world.

'Tapi saya ada dengar pasal tawassul dengan Abuya'

Tiba-tiba dia senyum menggoda. Maybe dah boleh agak kot soalan apa yang saya nak ajukan pada dia bila tiba masanya tu. Walaupun takut jugak nak bercakap dengan dia ni, tapi tangan tak henti-henti menggapai ayam ala-ala KFC tu tak ingat dah nama dia. Dan jugak rancak minum Vanilla Shake dari Oxygen Juice tu. Mai Irbid je boleh pekena Oxygen Juice ni.

'Apa awak dengar tentang tawassul?'

'Emm. Saya dengar la sikit-sikit orang kata tu orang kata ni, tapi nak tahu lah sendiri dari awak'



'Tu lah, kami GISB memang guna tawassul'

'Sebab apa?'

'Sebab kita ni, hamba Allah yang hina, banyak sangat hijab dosa-dosa kita untuk sampai kepada Allah doa-doa kita tu'

Ya, memang manusia tu banyak dosa. Dan maybe je, doa kita tak sampai kepada Allah sebab hijab yang made of dosa tu. Tapi wajar ke, letak nama Abuya dalam doa, melebihi segala? Sedangkan sahabat dulu pun tak pernah letakkan nama Rasulullah dalam berdoa. Lantas, soalan tu mencurah-curah ke arah beliau.

Tawassul yang disyariatkan dan dilarang. Sini

Memandangkan Abuya dah meninggal, kes mereka ni dah boleh masuk tawassul yang dilarang. Tapi bila saya cakap tu, cakap ni.



'Tak, awak tak faham. Kalau awak rasa apa yang rasa, mesti awak percaya. Buktinya, saya rasa bila saya berdoa dengan guna Abuya, saya rasa permintaan saya tu lebih cepat dimakbulkan.'

'Ya, betul. Saya tak duduk dekat situasi awak. Saya tak dilahirkan dalam keluarga yang dah sertai GISB dari dulu lagi. Dan kalau saya dilahirkan dalam keluarga macam awak, tak mustahil saya akan join jugak. Tapi saya percaya, kita kan ada wahyu dan akal untuk berfikir, takkan kita nak ambik bulat-bulat je. Kita tak boleh kata, bila perkara yang kita buat tu asyik menjadi, tanda redha dari Allah, kalau tak kaum-kaum yang terdahulu, bila diorang non-stop sembah berhala, ada ke Allah nak jadikan bala tu on the spot. Diorang still lagi boleh kemewahan, buat apa yang diorang hendak dan sebagainya.'

'Tapi kalau benar salah, sebab apa, jemaah kami ni bertahan sehingga hari ni? Siap tersebar ke seluruh dunia. Global, global.'

'Sebab tu saya kata, awak tak boleh tengok dari segi tu, boleh jadi Allah nak tengok dulu macam mana golongan awak ni, bila Dia uji macam-macam'

Setelah macam-macam hujah, dan saya kira saya hanya mengulang point yang sama.

Last sekali dia cakap.

'Syidah, awak jangan bimbangkan saya..'

'Saya tak bimbangkan awak pun, saya tahu, jemaah awak lagi hebat dari kami dari segi amalan. Saya yang belajar Medik ni hah, berdepan dengan buku yang bertimbun-timbun, kadang-kadang terleka pulak dengan urusan dunia. Ibadah pun kadang-kadang terganggu.'

'Tapi, awak pun sendiri tahukan, kita nak percaya satu perkara tu kena ada bukti yang kukuh, kena ada reason yang kuat. Kita ada akal yang Allah bagi kan untuk kita fikir. At least awak cari kesahihan hadith pemuda Bani Tamim tu, ataupun hadith yang awak bagitahu kat saya tadi. Cari sumber dia. Jangan percaya melulu je. Lagi satu saya harap lepas ni, awak boleh take note apa tohmahan yang orang dah lemparkan kepada jemaah awak ni. Ambik semua, pastu cari hujah balik nak patahkan apa yang dah diorang kata. Kalau kita benar, kita tak takut kan?'

No response. Mungkin dah puas kut dengar celoteh aku yang bertubi-tubi dari tadi. Dah rasa macam masuk Ustazah Pilihan je sebentar tadi. Masa dalam teksi pun, dia senyap je. Sampai lah kitorang hantar dia kat pintu masuk bangunan over bangunan GISB tu, sempat dia mintak maaf kalau ada silap.

Mereka hidup sederhana, dia tak pernah singgah Arabella Mall pun, saya yang dekat Amman ni pun, dah 2 kali singgah, siap sempat beli jam. Duit bulanan pun 5-6 dinar je untuk orang bujang. Kita sampai beratus dinar. Rumah pun, kecik kongsi ramai-ramai. Tapi tetap mereka teguh dengan pendirian walaupun masyarakat luar mengasak dengan pelbagai cara.

Mungkin cara kita yang tak sewajarnya dan juga yang tak berhikmah, jadikan diorang tak cukup nak percaya dengan hujah-hujah kita.

Awak, saya rindu awak yang dahulu. Dulu time kat Imtiaz, awaklah yang jadi sumber inspirasi saya nak belajar sebab saya ni malas sangat. Tapi hari ni, saya memang terkejut dengan perubahan awak yang super duper maksimum tu. Saya tahu awak bijak, awak pandai, dan saya harap awak akan dapat satu turning point untuk kembali. Sekurangnya dengar apa yang kami nak sampaikan. Bukan mengurung dalam rumah, anggap orang kat luar ni semua salah, tak nak dengar langsung and so on.



Saya tunggu, satu hari nanti. :'(


Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi