Na'am, Bidayah.

Bismillah.


Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia". (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.




Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik dah 2 bulan kembara di bumi Jordan ni. Merasai kehidupan di sini, memang tidak boleh diungkapkan melalui kata. Menghadapi suasana yang berbeza, cuaca yang berbeza, masyarakat yang berbeza dan segala benda yang berbeza. Teringat dahulu pesan Ustaz Rasul.

" Entunna semua kalau dapat pergi oversea tak kiralah timur tengah ke, UK ke Ireland ke, mana-mana ke, pergilah, cari pengalaman"

Betullah, pengalaman tu memanglah sangat mahal, perlu dicari dan dirasai sendiri.

Okay, back to the story. Ya, ia mengenai Bahasa Arab. Perkara utama yang menjadi masalah besar bagi penduduk penduduk muda di Jordan ini termasuklah saya. Bukan senang untuk berkomunikasi tanpa bahasa. Bukan ramai orang Jordan yang pandai Bahasa Inggeris. So, hentam je lah, hentam asal maksud sebenar yang kita nak sampaikan, akhirnya sampai. Kadang tu, biarlah kita tak faham pun, tapi angguk tu ada. Ngeh3.

Tapi, 
Sangat sayang kalau 6 tahun di sini tapi masih tak dapat nak kuasai Bahasa Arab. Kerana al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab,  segala kitab kalau nak yang asli, memang dalam bahasa Arab. Dan sangat banyak advantages kalau nak di list kenapa harus kuasai bahasa Arab.

Hari tu, time pergi Balad, ada plan nak pegi Dandis untuk survey tengok buku kat sana. Tapi niat dibatalkan sebab pejabat pos tu macam agak jauh jugak dengan Maktabah Dandis. So, naik teksi dan cakap kat pak cik teksi tu nak pergi ke Balad.

Tapi, sedar tak sedar sampai ke tengah balad dah pak cik tu bawak. Tak tahu pulak yang pejabat pos tu jauh dari balad tu. Dan kami pun terkedek-kedek turun daripada teksi dan berjalan sambil bertanya mana pejabat pos, mana pejabat pos.

Jalan punyalah jalan, tiba-tiba, nampak sign.

"Maktabah Dandis"

Peluang keemasan, mungkin memang Allah nak suruh untuk sampai ke sini, sebab tulah tiba-tiba tersampai kami ke sini. 

Dan Maktabah Dandis tersebut, memanglah ' don't judge a book by its cover'. Sebab luarnya sangatlah entah pape tapi dalamnya masyaAllah, memang gedung ilmulah. Nak masuk lorong pun tak boleh masuk dua orang sebab memang penuh dengan buku kiri kanan. Oh, kami memang menjadi seperti rusa masuk kampung. Rasa macam dah dekat kilang kitab. Kiri kanan, depan belakang, semua kitab. Dan first time untuk melihat kitab yang selama ni tengok tajuk je dalam buku Quran dan Sunnah, kitab hadith yang bervariasi, juga tafsir yang datangnya dari ulama' yang  berbeza, buku, untuk muslimah buku untuk rijal, riwayat hidup sahabat, sirah Rasulullah tu memang tak boleh nak kira. Punyalah lama kami excited kat kedai buku tu, tapi sedarlah akan diri yang memang tak mampu untuk faham the entire kitab tu. 

Dan at last, untuk menyedapkan pedal. 


Ok please jangan gelak.

Inilah apa yang kami beli untuk sekian lama round dalam kedai tu. Jangan pandang sinis tau, ingat kisah al-Quran untuk kanak-kanak macam bedtime stories Malaysia ke? Kekeke. Jauh panggang dari api lah. Banyak sangat kisah yang tak tahu walaupun buku ni macam happy semacam. 


Bila sampai kat kaunter tu. 

" Khalas ?"

" Na'am, khalas."

" Hadza faqat? Soghir jiddan. "

" Hadza li bidayah "

" Na'am, bidayah limujtahid "

Agaklah malu. Tapi lagilah tak berguna kalau saja-saja nak tunjuk hebat nak beli kitab yang setebal alam tu. So, perlulah berjinak-jinak terlebih dahulu. Biarlah kecik pun, lilathfal pun, asalkan ada maknanya. Inilah usaha untuk memantopkan bahasa Arab, insyaAllah, 6 tahun di sini, berguni kitab dah ada dalam rumah ni. Acece.

Walaupun tak tipu jeles jugak dengan budak-budak dirasat yang dah mula membelek-belek kitab-kitab tebal , sedangkan saya dulu kini dan selamanya membelek kitab tebal Biologi Fizik, biarlah. Yang penting semuanya ilmu Allah. Dan jenis ilmu itu takkan memberi effect untuk tetap mencari redha Allah. Tak gitu?

Kelas Sheikh Solah pun dah mula. Kelas Aqidah, Tafsir, Hadith. Tapi tu lah lagi, buat masa ni, separuh je kot kalau nak faham tu. Terima kasih Sheikh, sebab cakap fushah. Terima kasih jugak Batul, Kasyamsi Lidunya, sudi cakap fushah dengan kami ni :) 

Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.


Sedang memperbaiki Bahasa Arab. Moga Allah permudahkan.

Dalam usaha menjadi doktorah yang membaca kitab ulama'. Doakan !

* Kami yakni saya bersama Dibah. Thanks a lot Dibah. :) :) :)

Amman, Jordan.
10.30, 11 Nov 2012 ~ Alhamdulillah exam dah selesai. Tinggal Nizam je. 

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi