Menggali Ilmu

Bismillah.

" Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya setelah mereka kembali agar mereka dapat menjaga dirinya"
Al-Baqarah : 122

Terngat ayat ni, waktu ditekankan oleh ustaz-ustaz PhD. Ayat ni mengatakan, bahawa golongan yang telah melepaskan diri mereka untuk tidak menyertai medan perang, mereka telah diberi peluang oleh Allah untuk menjadi golongan yang harus 'memperdalam pengetahuan agama mereka'. Maka perjuangan kita menuntut ilmu haruslah sama sebagaimana mereka yang berjihad di medan perang. Dengan kata lain, tidak boleh mereka yang berusaha sedaya upaya untuk berjihad di medan perang, tapi kita leka dalam menuntut ilmu. T.T

Alhamdulillah, Allah telah membuka seluas-luasnya pintu untuk menggali ilmu sedalam-dalamnya di sini. Sekali lagi, keinginan menjadi perkara yang sangat penting untuk diketengahkan. Even bertittlekan budak Medic, kos yang paling penuh masanya terisi dengan kuliah-kuliah, kerana credit hournya yang sangatlah lain nak dibandingkan dengan credit hour budak-budak dirasat. Harap maklum. Tapi, kalau duk dengan buku-buku yang tebalnya berinci-inci tu, tanpa nak dedahkan diri dengan perkara lain, tersangaaaaaaaaaaaaatlah rugi.

Yang pastinya, bukan senang nak mencari ilmu di sini. Seriously, sabar kena tinggi, mujahadah kena tinggi, dan semuanya kena tinggi ~


“Dari Anas bin Malik berkata, telah bersabda Rasulullah saw : “barangsiapa  keluar (pergi) untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah sehingga kembali (HR. Tirmidzi).


Bukan senang nak cari kelas talaqqi Quran, 

Hari tu, lepas tanya Kak Nani pasal jalan nak pergi ke Markaz Tartil Quran, dah bertangguh berminggu-minggu sebabkan terlampau banyak masyaqqah, exam la, cuti la, dan berbagai lagi alasan. Tapi last sekali jadilah.

Tepat pukul 9.45, Dibah dan terjegat depan jisir, dengan cuaca sejuk, angin melambai lagi men bai-bai, dan jugak water vapour yang suhunya macam ais yang baru lepas cair. Okay, over. Lepas tu, Aisyah pun nampaklah akhirnya batang hidung. Terus bergerak untuk tahan teksi, dan dalam 10 minit jugak nak tunggu teksi.

Dan akhirnya, jumpalah satu teksi. Dah elok bergerak tiba-tiba pemandu teksi pulak buat hal. Dah la banyak sangat kes dekat Jordan semenjak empat menjak ni, punyalah berpeluh takut masa tu.

Dah ditanyanya macam-macam dan yang paling cuak.

" Awak ada boyfriend ke ?"

" Eh takde."

" Ha habis tu awak jadi girlfriend saya boleh, pastu jadi guru English saya jugak, boleh?"

Dush.

" Eh, saya ada boyfriend, orang Malaysia"

" Takpe, dia bukan tahu pun"

" Eh, die tahu, die ada kat sini, orang Malaysia tapi belajar Jordan" Sumpah tipu.

" Awak jadi je la, saya ada banyak duit, (sambil keluarkan duit untuk tunjuk), lepas ni awak balik jamiah, kita pergi makan kat restoran eh, saya belanja"

Dan paling tak boleh blah bile dia dah hulurkan tangan untuk salam. Aduhh. Nasib baik kental lagi sorok tangan bawah buku. 

Punyalah cuak naik teksi pakcik tu, Dibah dah siap-siap nak call orang kalau pakcik tu buat apa apa lagi. Nasib baik tak jadi pape, agak-agak la kalau nak gurau pun pakcik oi.

Tak sangka pulak zauj Kak Nani tak tahu Markaz kat mana, buat malu je call untuk bagi arah kat pakcik tu.

Sampai kat duwar je, pusing-pusing tak tahu nak pergi mana. Last sekali tanya polis, pun tak tahu. Pastu call Kak Bad pun, tak angkat, pastu call Kak Nani pun, phone off sebab ada kelas.

Maka, kami pun berjalan mengikut kehendak hati time tu, sampai la jumpa orang yang boleh tunjuk jalan ke tempat tu. Last sekali, sampai ke Musolla Ramadhan Linnisa' pulak. Dan penghujung ceritanya, kami tak dapat pun pergi untuk hari tu. Balik pergi jamiah terus.

Minggu ni pulak, katanya ada demonstrasi dekat Duwar. Tapi disebabkan geram dah bertangguh berkali-kali, last sekali pergi jugak.

Alhamdulillah, dimakbulkan doa.

Be patient

Hari tu, Allah permudahkan segalanya dan akhirnya dapat juga untuk bertemu dengan penjaga markaz tu, dan beliau dah setuju untuk buat kelas untuk kami bertiga. Alhamdulillah. :)

Cuma talaqqi bersanad bertembung dengan kelas Chem hari Isnin :'( Mohon ada keajaiban lagi sebab Ummu Hanan tu setuju untuk tanya Sheikh Huzaifah pasal kami bertiga. Allahumma amin..

Lepas tu, kelas talaqqi Sheikh Solah. Memang sejujurnya, rasanya memang separuh je paham. Walaupun Sheikh dah cakap fushah tapi entahla, memang tak dapat nak pick up lagi, sebab Sheikh dah biasa cakap laju, mostly, orang-orang lama, faham. Kalau nak faham lebih pun, tafsir je lah. Sebab banyak ayat Quran. Hehehe.

Kadang rasa jugak letih sebab kadang kadang kelas habis sangat lewat sampaikan 6.15 petang baru sampai rumah, dan terus pergi kelas Sheikh pukul 6.30. Kadang rasa letih sebab tak semua apa yang sheikh cakap faham. Lagi, kadang terasa banyak juga benda yang masih tak di study. Tapi, moga Allah menilai usaha ni dan satu hari nanti Allah akan bagi kefahaman tu. Orang lain mungkin akan cepat faham sebab kelas fully dalam Arab. Tapi budak Medic, fully English. Jugak untuk ambik keberkatan Sheikh Solah yang berfikrah Syed Qutb ni. Bersihnya wajah dan banyaknya ilmu Sheikh moga boleh mengalirkan keberkatan kepada mereka yang mengikuti kelasnya.

Photo

Kasyamsi Liddunya.

Medan untuk megenal Arab-arab yang baiknya extreme. Walaupun kami ni jenis yang Arabnya tergagap-gagap, orang cakap ammi pun tak faham, tapi nasib baik ada orang yang sangat baik macam Batool, Tasnim, dan akhawat yang join Halaqah Kasyamsi Liddunya.

Alhamdulillah, walaupun 3 orang lagi akhawat Medic tak dapat nak join kelas talaqqi dekat Duwar, tapi medan Kasyamsi Liddunya mengajar mereka bertiga untuk mnegenal hafalan al-Quran.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Moga nanti Melly, Atin dan Ilah boleh jadi Hafizah ye :)

Walaupun nampak macam usrah, tapi lebih menarik sebab Batool sangat pandai terangkan cerita tu untuk fahamkan kami. Dan kemudian, sabar lagi untuk dia menunggu untuk antara kami untuk terangkan kepada akhawat lain untuk fahamkan dalam bahasa Melayu semula.

Mohon Batool jangan bosan dengan kami. Walaupun hakikat, dia hanya menolong sahaja. Menolong untuk mentafsirkan cerita, menolong untuk mentasmi'. Dan dia bukannya mendapat apa-apa benefit dari kami. Huhuhu.

Make me strong. 

Galian ilmu baru bermula. 

:)

Masih rindukan bi'ah dQ sebenarnya. :'(

Amman, Jordan
10.11 p.m , Selasa, 20 Nov 2012


Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi