Kembara

Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)

Life = Only He knows it.

Pejam celik, pejam celik, dah sebulan senget-senget diri ini berada di tanah berkat, Jordan. Walaupun sangat banyak ujian dan cabaran yang melanda, namun alhamdulillah, diri yang lemah ini masih boleh menguatkan langkah melangkah. Acece.

Melihat kepada ayat tadi, benarlah, bahawa Allah yang mengetahui kunci ilmu ghaib. Allah mengetahui dan sedang merancang yang terbaik walaupun kita sentiasa mengeluh, [mungkin saya sahaja] untuk mempertikaikan tentang takdir yang telah Allah tentukan. Mengeluh itu, mengeluh ini, tapi Allah masih sangat penyayang memeberikan saya peluang untuk merasa lagi nikmat Allah yang pelbagai dan unik di atas muka bumi ini. Kadang terasa bodoh, mengeluh sedang yang merancang itu mengetahui segala-galanya.

Ya Allah, maafkan, ya diri ini memang selalu silap. Selalu. Sangat :'(

Kenapa kembara? Kerana saya merasa hidup saya seolah-olah seperti kembara. Rasanya semua merasa hidup masing-masing seperti kembara.

' Aku yang terus berlari-lari tanpa henti dalam kembara, kadang terjatuh tersepak batu, kemudia mempersoalkan mengapa manusia meletakkannya di situ, kadang juga aku terasa aku telah mengambil jalan yang salah dan sesat, tanpa sedar bahawa ada sinar yang masih tidak aku tembusi di sepanjang jalan itu '

Betul, saya sentiasa memandang hidup saya negatif. Memandang takdir Allah itu tidak kena dengan hidup saya. Betullah, apa ilmu manusia nak dibandingkan dengan ilmu Allah.

Siapa kita hendak menyoalkannya, sedang Nabi Ibrahim yang disuruh menyembelih anak, ibu Nabi Musa yang disuruh menghanyutkan anaknya ke sungai itu tidak sesekali menyoalkan tentang mengapa Allah menyeru mereka begitu. 

Semenjak hari pertama menginjak tanah Imtiaz Kuala Berang, perkataan 'nak pindah' memang tak pernah lekang dari mulut. Tapi, Allah tak pernah pula memakbulkan doa tersebut. Makanya, orang yang tak pernah tahu Imtiaz itu sekolah agama bahkan tahfiz, kerana nama Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang yang tidak terselit perkataan 'agama' di dalamnya, akhirnya berjaya menghabiskan 5 tahun pengajian di situ. Dan sejujurnya, manusia ini memang allergic dengan sekolah agama satu tika dahulu, teringat dulu waktu Tc Rushidah tanya sape yang berminat nak isi borang sekolah Sheikh Malek, dari jauh kedengaran suara sumbang berteriak.

" Tak nak tudung labuh ! " [ Yakni pemilik suara sumbang itu adalah saya ]



Dan kemudian Allah hantar pula diri ini ke darul Quran. Bukan sikit perkara yang saya belajar di sana, dan rasa dahulu yang mula-mula menyesal masuk program Pensijilan hilang serta merta. Bila dah istikharah banyak kali, tetap Allah nak bentangkan dalam mimpi ataupun tergerak hati yang amat sangat, last sekali dalam keadaan yang serba salah, masuklah jugak ke darul Quran.

Time akak akak dQ bagi talk sehari sebelum balik untuk ambil result SPM, senior ada suruh tulis peratus untuk stay di dQ dan tak kemana-mana walaupun dapat tawaran lain. Masa tu, hati memang tekad, takkannya keluar dQ, rasa macam nak tulis 100% tapi takut terover, tulislah 85%. Eh, banyak la tu. 

Dan dah beristikharah tiap-tiap malam, tetap Allah tak tunjuk dalam mimpi ataupun gerakan hati yang kuat. Tapi last sekali tak tahu macam mana boleh memilih untuk meninggalkan dQ.

Keputusan yang bukang senang, bahkan sangat susah, untuk meninggalkan sesuatu yang sangat berharga demi mengejar sesuatu yang mash tidak dapat dijanjikan nilainya. Tapi, setelah hati dikuatkan, akhirnya sampai juga di bumi kinanah ini, bumi Jordan.

Tak terbilang berapa kali aksi menangis terjadi tatkala sebelum meninggalkan dQ. Sungguh, hati saya terasa seolah-olah masih di situ, kerana kehidupan di sana sangatlah aman damai tanpa gangguan anasir anasir luar yang maha banyak. 

Dan setibanya saya di sini, saya masih merungut tentang mengapa Allah mentakdirkan semuanya seperti ini. Melihat dari sudut negatif, tanpa melihat dari susut positif. Semuanya hendak disesalkan. Mengapa begini, mengapa begitu? Saya menganggap, seolah-olah Allah itu ada di darul Quran sahaja. Sedangkan saya tidak memikirkan hikmah mengapa Allah melepaskan saya dari bumi barakah sana untuk sampai ke sini ?

Door of happiness!
So true. Sobs. T.T

Bukankah Allah itu sebaik baik perancang.

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat suka mengeluh.Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah," [Al-Ma'arij 70:19-20]

Mengapa tidak Allah menangguhkan sahaja untuk saya ke sini tahun hadapan, dan menghabiskan dahulu pengajian di sana?

Kerana kalaulah ke Jordan saya pada tahun hadapan, maka tiadalah lagi University of Jordan. Kerana ambilan tahun ini adalah pertama dan terkahir.

Mengapa Allah takdirkan saya di sini, bukan sana?


Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. 
[as-Saff, 61:13]  


Saya rasa seolah Allah sedang menjawab-jawab doa saya dengan balasan yang bertubi-tubi.
Dulu, waktu di dQ, sentiasa berdoa, jika sekiranya ada ilmu yang lebih baik di bumi Jordan itu, sampaikan diri ini ke sana.

Maka betullah, dengan dua mata yang ditambah dengan spec photogrey ini , saya membuka mata dan melihat, banyak reasons mengapa Allah menjadikannya begini.

Keasakan Melayu di JUST menjadikan suasana Jordan pupus dari hari demi hari. Lorong ni Melayu, kelas ni Melayu dan semuanya dipenuhi Melayu. Melayu, Melayu sedang kami di sini, di Jordan, bukan Malaysia. Meminta bantuan Arab, bertanya Arab lagi syok dari berhubung dengan Melayu. Merasa diri dihargai kerana Arab yang baik selalu memberi pertolongan tanpa diminta.

JUST walaupun menawarkan kelab menghafal Quran, tapi yang sudah menghafal tidak dibenarkan lagi untuk join kelab ini dek kerana asakan orang berpusu-pusu hendak menghafal juga Kalamullah. Sudah tentu jika saya di sana, memang takde can la nak tasmi' balik.

Tapi di Amman ini, dah ada seorang sheikh yang sudi mentasmi balik walaupun masa agaklah semput. Tapi berbaloi, kerana kelab di JUST menawarkan sheikhah untuk tahap paling atas.

Madah-madah yang diwajibkan di sini, yang sangatlah pelbagai, bahasa Arab I dan II, nizam Islam, thaqafah Islam, tarikh Urdun Palestin, even safety [ni tak boleh tahan] menambahkan lagi ilmu yang cetek.

Sheikh-sheikh yang penuh di sini dan paling menarik, kelas talaqqi bersama Sheikh Solah A.Khalidi yang sangatlah mulia hatinya sudi buat kelas 3 kali seminggu, memang sangat membantu mereka yang nak menambah ilmu direct dari sheikh yang menggunung ilmunya.

Ustaz-ustaz yang sambung phd kat sini pun, tak kurang ilmunya yang mencurah-curah. Selalu je program di Amman gempak sebab ustaz kat sini. Ustaz Farid ravi pun ada tau ! kiki.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah ala kulli hal ya Allah.
Sebenarnya memang banyak sangat perkara yang Allah nak hadiahkan di sini, cuma perlu belajar untuk sentiasa menggunakannya di jalan yang paling baik.

Maka saya harus belajar untuk bersykur, bukannya mengeluh dengan iman yang dikatakan megikut bi'ah.


Sesungguhnya orang yang mengatakan: "Rab (Tuhan) kami ialah Allah," kemudian mereka istiqamah (menetapkan pendirian), maka tidak ada ketakutan atas mereka dan mereka tidak berdukacita.
[al-Ahqaf, 46:13] 


ya Allah, aku sentiasa buta melihat hikmah yang engkau janjikan itu maafkan aku :'(
ya Allah, benarkan aku menjadi kreatif mengurus masa, menfokus dan men'grab' sebanyak mungkin ilmu di sini.

Doakan pengembaraan ini !

Doa itu kuasa :)



Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi