Ahlan Wasahlan Tibb !

Bismillah.

Alhamdulillah, telah diberi peluang oleh Allah untuk mendengar sedikit taklimat daripada senior JUST, Saudara Naqeb dan jugak Kak Izzaty. Memang tak dapat nak dinafikan perasaan memang sangat malas sebab dah kali berapa senior dari JUST yang datang bagi taklimat. Sebab memang teringin nak mendengar taklimat dari mahasiswa Perubatan University of Jordan. Tapi memang nak kena padam segala persepsi tu lepas dengar pencerahan daripada kedua mahasiswa Irbid ini kerana telah jelas membuat kami terpaku.

He hears them all

Terlampau sibuk hendakkan pencerahan dari warga UJ sehingga tak sedar bahawa memang takde pun orang akan bagi tu. Menyahut cabaran sebagai generasi pertama Malaysia merangka perintis pelajar perubatan di UJ ni. Fahamlah bahawa kehidupan ini, akan dimulakan sendiri,, sepertimana juga warga JUST pernah menjadi perintis beberapa tahun yang lalu. Sepatutnya, take it as a advantage. Sebab ada kelebihan jugak menjadi perintis. Pencorak suasana pelajar perubatan di sini :)

So, memilih perubatan sebagai bidang yang ingin diceburi, juga kos yang paling sangat digilai oleh pelajar Malaysia zaman sekarang, bukanlah seseronok yang diduga. Melalui pencerahan yang diberikan tersebut, barulah faham yang medic bukanlah sekadar satu bidang yang dipilih untuk digelar doktor satu hari nanti. Tambah lagi, memilih medic di sini, di Timur Tengah, di bumi Syam.

Tapi banyak-banyak perkara yang senior ni cerita, dengan segala bagai cerita mengenai logy-logy tersebut, paling menarik adalah ini :

Sebelum masuk ke dalam kuliah, even sebelum pilot start engine kapal terbang lagi, kena bersedia dengan tiga silibus.

Negativity
Submitted by Amal

Silibus pertama, silibus yang telah ditawarkan untuk semua pelajar perubatan. Perubatan yang kosnya amatlah tinggi di Jordan ni terutamanya di JUST, sem pertama pengajian dah mencecah RM 17,000. Ha, tu baru sem pertama. Dan harap maklum, yuran akan semakin bertambah pada setiap semester. So, hargailah yuran yang dah dibayar dengan wang yang sebanyak itu dan jangan gatal nak ponteng kelas. Memang kena study sungguh-sungguh, try faham apa yang Dr cakap. Sebab memang, kalau kat JUST pun Dr tak fully cakap English, inikan pula UJ. Study sungguh-sungguh, ingatlah perubatan ini bukan senang. :p

Silibus kedua, silibus yang diri kita sendiri tentukan.Means, apa yang kita nak jadi stelah berkelana sejauh ini ke bumi Syam. Maka, semata-mata doktor yang bersijil sahajakah kita? Itu memang perlu ditentukan sendiri. Memang ambik medic di Timur Tengah ni, takde nak struggle seperti di Malaysia sana. Kelas, setiap hari cumalh 3 jam dan kalau ada extra pun, 2 jam untuk lab. So, hendak disia-siakan sahajakah masa di sini ? Banyak sangat peluang untuk buat lebih daripada Medic di sini, ataupun nak membazirkan masa menonton Tonton ataupun koreandrama sekalipun.

Silibus ketiga, merangkap silibus yang paling menakutkan. Silibus yang Allah hadiahkan. Iaitulah silibus di mana Allah mahu mengajar kita dengan perkara yang unexpected. Allah memberi ujian, sampaikan kadang-kadng kita terasa futur di tengah jalan. Atau dengan kata yang lain, ujian. Ujian putus asa, ujian kewangan, ujian keluarga di Malaysia yang nun jauh, ujian kesihatan dan bermacam lagi. Ramai students di Malaysia yang sangat kuat sehingga Allah meguji dengan kematian ahli keluarga tanpa sempat nak jenguk. MasyaAllah, T.T

Prison

Mahukah kita menjadi doktor-doktor yang biasa sahaja ataupun mahu menjadi yang luar biasa? Doktor yang boleh mengubat bukan sahaja fizikal, malah mental. Memahami pesakit yang ditimpakan di atasnya itu adalah ujian dan kafarah dosa, menenangkan pesakit dengan sunnatullah ketika berada dalam ujian, menegakkan syariat Islam ketika mengubat dan bermacam lagi.
Kata Dr Muhaya,

" Paling butalah di antara orang yang buta pabila dia tidak merasa takjub dengan kebesaran Allah tatkala mempelajari ciptaan Allah yang paling hebat "



Comments

  1. eh, kuliah 3 jam ja? isk2. Kak malin dari pagi sampai petang.. T.T tabahlah wahai diri~

    ReplyDelete
  2. kat UJ ni tak 3 jam pun. hehehe. banyak jam la jugak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi