Saturday, September 15, 2012

Hidup Di Sini ~ Yang Memerlukan Kekuatan

Bismillah.

Post pertama setelah meninggalkan bumi Malaysia dan telah selamat sampai di bumi kinanah Jordan. Alhamdulillah, dengan selamatnya Allah telah menyampaikan diri saya dan kawan-kawan yang lain untuk terus berjuang di bumi yang diberkati Allah ini.

Bumi Syam. Allazi barakna haulahu. Bumi yang telah dijanjikan oleh Allah untuk Dia menurunkan barakah ke atas bumi yang penuh rahmat ini.

Sejujurnya, bukan senang untuk mengambil segala macam barakah di bumi ini. Perlu kesungguhan, perlu semangat dan kekuatan, barulah dapat memecahkan tembok kejahilan dalam diri untuk menghidupkan roh ilmu dan iman. Tapi, it's depends on how strong our desire is. Kalau nak, insyaAllah dipermudahkan.

Sejujurnya jugak, hari-hari permulaan di sini, bukanlah senang untuk dihadapi. Sekarang masih di rumah transit, belum dapat rumah sewa kerana di Amman ini, untuk mencari rumah sewa adalah perkara yang agak sukar. Dengan air yang hanya dibekalkan 2 meter untuk 7 orang selama seminggu, keadaan cuaca yang berubah, panas terik yang mengkering-kontangkan tekak, kadang rasa macam nak demam, ada yang hidung berdarah. Dan budak Islamic Study yang telah beralih tempat ke Yarmouk, meninggalkan kami budak-budak Medic dan Dentistry di sini. Tak lupa Yayasan Terengganu yang masih sweet membuat kejutan demi kejutan buat kami di sini. Juga usia yang baru setahun jagung, terlopong bila tengok tok-tok Arab speaking Ammi, takut kena tipu dengan tok Arab dan bermacam dan berbagai lagi.

Shukr

Tapi, kan bersama kesusahan itu ada kemudahan? Walaupun rasa agak tegang untuk hadap semua tu, tapi Allah dah selitkan kemudahan insyaAllah. Alhamdulillah akak senior sangatlah baik sampaikan sudi belikan kami bermacam makanan, sudi masak, sudi supply beras, beli KFC, syawarma, setelah tengok kami seperti cannibal yang kelaparan. Ngeh3. Melampau ke ? Dan yang lain tu, cubalah untuk survive sendiri. Memang awal permulaan ni, adat kot kalau dah jadi macam ni. Nanti kalau dah adapt, insyaAllah kheir semuanya. Tapi yang jelas, berada di tempat yang jauh ni, memang kena kumpul segala kekuatan yang ada. Memang tak boleh nak manja-manja, nak lotek-lotek, sebab semua kena survive sendiri. Dan pergantungan pada Allah, sangat penting. Kerana Dia yang menghadiahkan kekuatan tersebut yang kita impikan. Kena pandai-pandai buat gagah walaupun dalaman agak lemah.

Relief

Bila survey macam mana persekitaran di sini, alhamdulillah peluang nampak masih agak cerah untuk akhowat join kelas tafaqquh dan talaqqi oleh syeikh kat sini. Alhamdulillah di University of Jordan ini, berkumpulnya senator-senator, doktor yang sudah klasik dan memiliki ilmu tahap gunung Everest. Cuma setakat ini, syabab yang lebih menggunakan ruang tu. Syabab memanglah sangat-sangat beruntung. Hari tu time presiden PPMA berucap satu nama sheikh pun tak dapat nak pick up. Haha. Tapi tahunya, anak Sheikh Said Hawa di sini tau!

Dengar jugak tentang kasyamsi fi dunya. Usrah yang budak-budak Arab yang baik gather dan diorang buat perkongsian ilmu dalam tu. Tapi nak join, kena la mantapkan Bahasa Arab dulu.

Banyak benda yang boleh diambil di sini. Takkanlah Allah saja-saja je nak hantar belajar kat Jordan ni 6 tahun. Takkan la nak rugikan masa kat sini. Tapi memang, perlu dengan kesungguhan dan kekuatan yang amat tinggi. Sebab tak ramai yang betul nak struggle untuk dapatkan segala bagai tu. Mungkin nanti boleh tubuhkan persatuan yang guide Huffaz ni. Dan alhamdulillah, memanglah budak medic kat sini sangat ciput dan setakat ni tak boleh la nak bayang lagi situasi dalam kuliah nanti bila Dr bagi arahan dalam Arab. Buat permulaan ini, kiranya kami hanya mengangguk-angguk tanda menghormati Dr tersebut. Tapi, sini ada., Tuan Nur Aisyah dan Adibah Syakirah. Hihi. InsyaAllah, akan kami struggle untuk dapatkan mana-mana syeikh atau syeikhah yang sudi nak dengar bacaan kami.

Suffering

Apapun cabaran yang melanda kat sini, badai sekalipun, petir mahupun, selagi Allah itu ada, takde pape yang perlu dirisaukan. Oleh itu, tak payahla dirisaukan. InsyaAllah, dengan Dia, semuanya okay. Susah la macam mana pun, tapi bibir boleh lagi tersenyum dengan rahmat ujian-Nya. Perit lagi ujian, kuat lagi kebergantungan kepada Allah.

Kepada yang membaca, saya pohon agar disertakan doa kepada kami, supaya semangat yang sedikit ini boleh terud dikuatkan, boleh terus dikentalkan kerana ujian hari ni takkan sama dengan ujian hari esok. Pasti ada lagi perkara yang masih dijadikan rahsia di sisi Allah dan kami hanya menanti dengan segala bagai persiapan iman. Mohon doa, agar kami tidak akan sekali futur di tengah landasan perjuangan ini.


Dua

~ Sejak bila ayat macam agak berbunga berbuah ni ? :p

Sweileh, Amman
Jordan.
7.13 a.m






4 comments:

  1. acik,all the best.insyaAllah,everythings gonna be fine :) tolong kirim salam rindu ke Diba.korg be strong okay?

    ReplyDelete
  2. Syidoh.insyaAllah Allah akn prmdhkn sglenye. :)jgn lupe tau jge kak ya tu. nthen lau blk malaysia kbo la ye.hurm.minggu dpn insyaAllah ktorg ramai2 nk p dftr utk ambk lesen. hehe. nnti bile syidoh blk bole la nk drive ke rmh syidoh :)

    ReplyDelete
  3. amin madi :) i.Allah, sonok la da dapat lesen. sy nanti nak ambik lesen kapa terbang biar dpt terbang ke Malysia pergi dQ. ngeh3. madi jgn lupe doakan sy tau ^^

    ReplyDelete