Kalam Murabbi

Bismillah.

Alhamdulillah, walaupun hari tu dah sempat singgah Imtiaz untuk buat Intro dQ, tapi hari ni sekali lagi Allah izinkan untuk lawat sekali lagi tempat yang dah mengajar macam-macam erti hidup. Dan hari ni, adalah lawatan last untuk tahun ini. Masih adakah peluang untuk tahun hadapan.? Waaa. Amin, ada insyaAllah.

Sekolah dah banyak berubah dari segi fizikalnya, dari segi rohani, waLahua'lam. Dengan galeri bola tamparnya, dengan pondok-pondok ilmu yang semakin menambah dan yang paling tak tahan, banner budak-budak SPM 2011 siap dengan muka sebijik dan keterangan lanjut pasal diri. Memang la nak suruh orang Imtiaz rindu kat kita semua. Ngeh3.

Okaylah, tak payah nak mengayat-ayat. Masuk je bilik guru perempuan tadi, memang ramai sangat muka-muka yang tak dikenali, iaitu cikgu baru yang menghiasi dunia Imtiaz ini.

Masa first masuk pagar dan tumpang kat cafe kejap, Ustaz Zul tiba-tiba belanja air. Hehe, rezeki jangan ditolak. Ustaz Zul, ustaz yang sangat dikagumi, sebab beliaulah yang selama ini mencorakkan tarbiyah dalam bumi Imtiaz, beliau yang paling banyak mengubah sistem Imtiaz daripada duniawi ke arah ukhrawi. Ustaz yang tak pernah lelah dan jemu jadi warden walaupun tahu ustaz letih sangat. :'( Ustaz ada tanya dah keluar dQ ke belum tadi. Huhu. Ustaz, maaf sebab takde peluang nak masuk musabaqah seperti yang dijanjikan baru-baru ni. Agak-agak ada  peluang masuk lepas graduate nanti tak ? Haha.




Cikgu Azyan, selaku guru Bahasa Melayu, menyambut kedatangan kami dengan girangnya. Acece. Bajet lebih. Cikgu, dulu yang banyak introduced buku-buku menarik dalam kelas dan juga banyak motivated kami semua untuk berjaya dalam SPM, hari ni rasa macam tak percaya akan jumpa balik tapi dalam keadaan yang lain sangat. Cikgu sempat lagi pesan, belajar baik-baik, dan semua-semuanya lah.

Pastu proceed dengan Ustazah Madiana, dengan soalan ustazah yang bertalu-talu tapi seriously seronok melihat respon ustazah bila kitorang jawab ustazah. Ustazah masih cool macam dulu, teringat betapa coolnya ustazah masa denda budak-budak dalam kelas tasmi'. Memang boleh buat sinonimlah ustazah dengan Ustaz Zul yang cool sangat.




Ustazah Zuraida, selaku ustazah PQS yang dah banyak berubah jadi cool sangat sekarang, hehe. Ustazah pesan belajar leklok dan jugak berterima kasih dnegan kuih raya even kuih raya tu Ya Munira yang bawak. :p Tc Su, yang sangat banyak berjasa, menolong, membantu menghidupkan jiwa dan segala bagai,  terima kasih sangat-sangat, teacher sangat banyak membantu kitorang berjuang dalam SPM. Macam la tc baca kan ?

Dan rasanya, pesanan paling bermakna sudah tentu jatuhnya pada, Jeng Jeng Jeng. Ustazah Nizam la.

Sangat rindu dengar nasihat ustazah time dulu-dulu  ustazah, Ustazah yang sangat banyak motivated kami semua. Dan masa tu, kami biarkan saja ustazah mengungkapkan kata-kata emasnya.

"MasyaAllah, sukanya ustazah tengok kamu semua pergi bumi anbiya' tu. Ustazah pun dah lama nak pergi sana, tapi sampai sekarang tak kesampaian lagi. Ustazah sempat duduk kat Yemen, tapi tak pernah melawat Jordan.




Kamu semua, belajar baik-baik kat tanah anbiya; tu, jangan siakan peluang yang Allah dah bagi. Bukan semua Allah pilih untuk ke sana. Nanti kamu, yang perubatan tu, belajarlah sungguh-sungguh tapi yang tu memang kamu akan pegang, akan graduate dengan semua tu, tapi ustazah nak kamu manfaatkan segala ilmu yang Allah dah curahkan kat bumi tu. Nanti, kamu beli buku-buku, kitab-kitab, belajar kat sana. Jangan siakan bahasa Arab kat sana. Ustazah nak tengok nanti kamu pakai mu;jam je. Bukan pakai kamus BA-BM tu. Quran, dah semstinya jangan tinggal. MasyaAllah, doktor hafizah, tak boleh tinggal Quran. Nanti kamu datang balik kat sini, kalau ada rezeki ustazah nak tengok jadual kamu dekat Jordan. Jangan siakan waktu senggang kamu.Masa ni, beljar, masa ni murajaah, masa ni topupkan thaqafah.

Tapi, duduk kat sana, duduk anbiya' pun, belajar Medic pun, beljar Usul Fiqh ke, hafizah ke, tak hebatlah kalau tak qiamulail. MasyaAllah, bangun malam. Qiam. Ingat Allah, di sepertiga malam. Sebab kat situ, terletak kekuatan kita. Ingat ye.[ Rasa macam tak tambah smiley. Nah. Ingat ye, :) ]

Em ustazah baru je tulis ni.

Nabi saw bersabda, “Allah turun dari ArasyNya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepad para malaikat yang menjaga langit pertama, “Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hambaKu yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya”. Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdal untuk kita berdoa kepada Allah swt.


Mula-mula doa, kemudian keampunan dan kemudian maghfirah. Harap maklum, ustazah tulis hadith ni dalam Arab okay. Ustazah kan kamus Marbawi. Ngeh3.

Ustazah tak nak mintak apa-apa pun, ustazah nak mintak doa je dengan orang yang belajar macam awak
semua ni. Nanti masa dalam kapal terbang tu, doakan ustazah banyak-banyak ya."

Ya Allah, rasa macam berbunga-bunga hati, pastu macam ditambah pulak baja dan siraman air bunga dan segala bagai, okay melampau! bila ustazah nasihat macam tu. Ustazah memang sangat hebat dan cool. Bila ustazah cakap, bibirnya memang takkan lekang dari senyuman, takkan tertinggal kalimah masyaAllah, subhanaLlah, alhamduLillah, dan sebagainya.

Waaaa. Istidraj!!!

Teringat dulu masa ustazah ajar taukid, [Bahasa Arab Tinggi],  kalau contoh dia

' Wallahi qad faza ahmadu ', ustazah tanpa segan silu ubah,

' Wallahi qad maatat Ustazah Nizam '

MasyaAllah, ustazah sepertinya macam tak takut sungguh mati tu, dan macam tak sabar-sabar untuk tunggu saat tu. T.T

Okay dah.

Ustaz Asyraf sempat lagi pesan barang bundle Jordan. Hihi. InsyaAllah ye ustaz.

Ustaz Fahmy banyak jugak pesannya, tapi banyak berunsur cara-cara untuk bawak makanan ke sana. Okay ustaz, sangat berguna. :)


Sungguhla, guru-guru ni yang telah didik sampai ke tahap ni. Yang dah banyak menanam banyak benda dalam hati, dan menyuburkannya juga. Betullah, tanpa semua guru ni, siapalah kita semua ya. Sebab tu lah betapa pentingnya adab terhadap guru tu, sebab guru memang sangat banyak berjasa dalam hidup kita. Sampaikan Imam Syafie tak pernah lunjurkan kaki ke rumah Imam Malik.

Ha, ni gambar dalam frame yang bagi kat cikgu tadi. Baca tau kata-kata tu.


Ya Allah, berapa hari lagilah kaki ni nak tinggalkan tanh tumpah darah, dan memijak tanah anbiya' tu. Rasa, memang bercampul gaul macam Biskut Famous Amos. Tak tahu nak ertikan macam mana. Sedih, takut, suka, gembira. Aduh.

Ya Allah, kuatkanlah.

Edited version.

From Tc Nazilah, selaku cikgu Bio yang sangatlah supporting sampaikan Imtiaz haru-biru bila tc tinggalkan Imtiaz. Nasib baik tc pergi masa batch kami dah pergi kalau tak, demam la kami masa SPM rindukan teacher. Acece. :)

good luck belajar di Jordan..sentiasa belajar rajin2..ingat tujuan kita sebenar ke sana...sentiase fikirkan harapan diri sendiri, ibubapa , guru2 dan org2 yg disekeliling kite...siape tahu kite yg di pilih Allah dpt g Jordan ni...ingatlah pesanan dan nasihat yg telah byk diterima..mana tahu Allah mungkin uji kite di bumi Anbia' itu...
p/s: jgn lupe doakan kebahagian tcer dgn mendapat zuriat yg soleh atau solehah mcm kamu semua..yg boleh belajar di bumi Imtiaz, yg boleh menghafal Al-Quran, yg juga boleh belajar medic di bumi Anbia itu...

lot of luv,
Tcer Nazilah


Speechless, terharu T.T


Comments

  1. assalamualaikum...
    cik rasyidah....

    dont be suprise..tcer always bc blog awak...bie dah bace atau sedang bace blog awak...rase rindu tcer pd bumi imtiaz terasa menggunung...

    just drop here to wish u:
    ~good luck belajar di Jordan..sentiasa belajar rajin2..ingat tujuan kita sebenar ke sana...sentiase fikirkan harapan diri sendiri, ibubapa , guru2 dan org2 yg disekeliling kite...siape tahu kite yg di pilih Allah dpt g Jordan ni...ingatlah pesanan dan nasihat yg telah byk diterima..mana tahu Allah mungkin uji kite di bumi Anbia' itu...
    p/s: jgn lupe doakan kebahagian tcer dgn mendapat zuriat yg soleh atau solehah mcm kamu semua..yg boleh belajar di bumi Imtiaz, yg boleh menghafal Al-Quran, yg juga boleh belajar medic di bumi Anbia itu...

    lot of luv,
    Tcer Nazilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa teacher........... mata dah bergenang :'(
      sejak bile tc jadi sweet sangat ni ? saye kenal tc nazilah yang sempoi dan lawak. :)
      thanks sangat teacher.
      rasenye saye patot edit balik dan masukkan pesanan teacher kat dalam post ni.
      Rindu sangat teacher masa lawat 'kampung terfemes' dalam bilik guru hari tu. tapi rasanya takde orang boleh gantikan tempat tc sampaikan tc su letak barang banyak2 atas meja y kosong tu supaya takde orang boleh duduk situ. nobody can replace you :)

      ~ teacher, doakan tau !

      T__T

      Delete
  2. salam syidah., selamat di bumi anbia. kalau ade mase take2 la picture setibenye disana,, nk tgok juge,, sharing is caring right.,=D... cece,, menunggu saat untuk terbang.. sabar ek.. hoho.. k syidah.. kalau ade rezeki. ambe gi klia nak lambai2.. hehe..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm nik :) doakan la selmat tiba di sana ye ^^ i.Allah, nanti sy update dalam ni. hehe. menunggu saat utk fly dan tidak sabar ? itu tidak benar sama sekali. huhu. takot la nik. okay nik, saya tunggu kat KLIA tau ! hari Ahad. ~

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi