Ohsem Sungguh Mereka

Bismillah.

Sudah berapa hari kaki ini meninjak tanah barakah ini. Dan semakin hari, semakin banyak perkara yang mengajar, menguji kekuatan, menguji keimanan dan segala macam rupa lagi. Tak sangka di ibu kota Jordan ini juga, paling banyak perkara yang menduga mahasiswa/wi di sini.

Generasi medic dan dentist Malaysia yang terawal mentasjilkan diri ke universiti yang tertua di Jordan ini. Hari pertama melangkah untuk mentasjil, dengan semangat yang baru, tiba-tiba diumumkan oleh oleh Tuan Setiausaha PPMA yuran mawazi bertukar duwali. Duwali dengan bahasa lebih mudah, yuran international untuk Non-Jordanian, untuk satu sem, 9660 dolar. Dengan translation yang lebih mudah ke RM, 30, 000. Dan ia bukan satu jumlah yang sedikit. 6 bulan untuk RM, 30, 000, sebulan RM 5, 000.00. Untuk kami yang bertajaan Yayasan Terengganu, cuma mampu tercengang dengan keputusan ni dan YT sudah menjadi bukan sebuah tajaan yang menjanjikan duit yang melimpah ruah kerana tajaan tersebut hanyalah memadai untuk yuran kami. *sigh. Kalau kami mengeluh, budak private? Budak dirasat Islamiyah? Mana nak cari RM 30,000? Sehinggakan tak semua yang berstuju untuk mendaftar atas nama yuran duwali, hanya 18 orang dirasat Islamiyah.

Pray

Ujian yang bukan calang-calang buat kami. Dan melihat situasi ini, saya mengambil teropong yang paling besar untuk meneropong reaksi-reaksi mereka. Jelaslah, ada antara mereka yang sangat ohsem. Di group UJ intake, setiap hari pasti ada yang mengepost apa-apa sahaja yang menyedapkan hati dan pedal. Meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah, melihat pekara dengan penuh hikmah, berdoa untuk melihat sebarang keajaiban berlaku. Saya memang tak boleh bayangkan jika diri sendiri mengganti tempat mereka. Saya belum cukup kuat untuk diuji sebegitu rupa. Paling menarik, ulasan dari seorang ni. Memang sangat panjang pun, kalau rasa malas tu tak payahlah nak baca. :p

‎"Ya Rasulullah, bukankah kita di pihak yang benar, sedang mereka di pihak yang batil?" Umar al-Khattab menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

Rasul SAW hanya mengiakan. "Benar."

Umar RA masih belum berpuas hati. Bahkan disoalnya, disoalnya, sehingga beliau menyebut, "Tidakkah tuan menceritakan kepada kita semua bahawa kita akan menziarahi Baitullah al-Haram dan bertawaf di sekelilingnya?"

"Benar! Adakah aku katakan di tahun ini?"

"Tidak," jawab Umar RA, barangkali dengan nada mengendur.

"Tetapi engkau akan menziarahinya dan bertawaf di sekelilingnya," sabda Rasul SAW.

Bukan Umar RA sahaja yang tidak selesa dengan keputusan Perjanjian Hudaibiyah. Asalnya niat mereka untuk menunaikan haji di tanah suci terhalang, ditangguh oleh Quraisy. 

Tanah suci yang menjadi kampung halaman tercinta sebahagian daripada mereka iaitu para Muhajirin, yang adakalanya bersenandung mengubat kerinduan mereka kepada negeri tanah tumpah darah mereka yang tiada galang gantinya. Sudah lebih lima tahun mereka tidak kembali, bahkan tiada jaminan langsung yang mereka akan dapat kembali. Kecuali...

Janji Allah, wahyu kepada Rasul SAW bahawa Islam pasti akan menang, dan lebih jelas dan speifik daripada itu lagi, mimpi baginda, bahawa baginda SAW pasti akan masuk ke dalam Ka'bah dalam keadaan aman dan bercukur rambut baginda sebagai tanda berihram. 

Alangkah bersinarnya harapan di hati mereka tika mereka mendengar isyarat daripada Allah SWT bahawa mereka bakal pulang ke kampung halaman, bahkan menunaikan Umrah dan Haji dengan aman.

Dan kini harapan itu direnggut dari genggaman mereka... tertangguh barangkalinya, sedang Makkah tinggal sekali perjalanan sahaja lagi dari mereka. Dari perjalanan yang jauh di padang pasir dengan capal yang sudah lusuh dimamah padang pasir yang bergerigis. Dengan kaki dan sendi-sendi seluruh tubuh lenguh-lenguh menuruni lembah dan pemandangan yang kelihatan serupa sahaja sepanjang ratusan kilometer perjalanan. Berjalan kaki, ya pada jarak yang melebihi sepuluh kali marathon. Lebih 500 km. Dengan matahari panas terik dan angin kering berteman debu halus padang pasir yang menyengat hidung dan tekak.

Ah... terhalang. Suhail Bin Amru, si Quraisy berlidah cerdik pandai sahaja bermain kata. Rasul SAW pula seolah melayan sahaja. Sehingga Ali RA sendiri hairan.

Bahkan bukan sahaja terhalang, antara syarat perjanjian itu, mana-mana orang Quraisy yang memeluk Islam dan melarikan diri ke pihak Islam hendaklah dipulangkan kembali kepada Quraisy.

Nun di kepanasan terik sahara, seorang tahanan dengan rantai di kakinya sedang meredah gurun dengan harapan menggunung tinggi. Abu Jandal bin Suhail namanya, beliau berjaya melepaskan diri dari dipenjara ayah sendiri dalam lokap seperti penjenayah, hanya kerana beliau beriman kepada Allah. Alangkah tingginya rasa gembira di hatinya bila mendengar kaum Muslimin sudah di perbatasan daerah Makkah, di Hudaibiyah. Inilah peluang baginya untuk melepaskan diri dari tirani sang ayah! Dan dapat bergelar seorang muslim yang merdeka!

Setibanya di Hudaibiyah dengan girang gembira, siapakah penyambut yang lebih buruk ketika itu kalau bukan ayahnya sendiri, Suhail Bin Amru? Kaum Muslimin hanya tertunduk melihat Abu Jandal meraung-raung merayu simpati, apabila mereka terpaksa menyerahkannya kembali kepada ayahnya untuk dirantai dan dipenjara kembali!

Tetapi Rasul SAW tidak akan mengkhianati perjanjian yang dimeterai.

Namun tindakan Rasul SAW, semuanya itu kerana Allah menjanjikan kemenangan. Allah menjanjikan tertunainya janji yang ditunggu-tunggu.

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا (١
"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan Yang jelas nyata," (Al-Fath:1)

Sedang para sahabat membenci situasi ketika itu.

Sahabat-sahabat sekalian,

Kerdilnya kita berbanding para sahabat Rasulullah SAW.

Kita berangkat dari tanah air dengan satu semangat, satu tekad, untuk memenuhi firman Allah:

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ (١٢٢

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).(At-Taubah:122)"

Dan sekarang, setitis percikan bunga api tempias bayangan Hudaibiyah kembali menghantui kita. Kita terhalang atau mendapat kesukaran daripada melaksanakan tuntutan ayat tersebut, setelah mengharungi perjalanan yang jauh untuk tujuan ikhlas itu.

Benarkah kita ikhlas? Itu saya serahkan kepada setiap empunya diri.

Sesungguhnya hanya mereka yang ikhlas itulah yang layak mendapat pertolongan Allah.

"Tapi sahabat-sahabat di Hudaibiyah, mereka ada Rasulullah! Mereka ada janji Allah! Kita ni, macam mana bang?"

Ya janji Allah untuk membantu hambanya yang sabar.

وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ (٢٤٩
"Dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang Yang sabar".(al-Baqarah:249)

Berapa banyak sudah kita berdoa? Ada seribu kali? Adakah kita membangunkan qiamullail? Adakah kita sudah memenuhi setiap ruang khusyuk solat kita? Layakkah kita untuk merasakan yang kita sudah cukup pengharapan kita kepada Allah?

Terpulang kepada yang empunya diri untuk menjawabnya. Selagi kita belum berputus asa, Allah tidak akan berhenti menginginkan kebaikan untuk kita.

Masihkah kita bersangka baik dengan Allah? Orang yang sedar dirinya membantu agama Allah, tiada kerugian atau kekalahan baginya, jika dia benar-benar faham. Kerana itu semua meninggikan martabatnya. Kecuali jika kesilapan itu datangnya dari dirinya sendiri. Lalu dia beristighfar dan bertaubat.

Barangkali ia juga peringatan daripada Allah untuk kita meneguhkan diri di atas landasan. Masakan tidak, kita lebih kenal diri kita. Agaknya, kalau segalanya mudah dan senang, adakah kita akan mengingati Allah sebanyak sekarang?

Jika kita inginkan jaminan dari Allah yang lebih spesifik, Rasul SAW bersabda:

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
"Barangsiapa yang Allah menginginkan buatnya kebaikan, maka Allah akan memberinya kefahaman dalam agama." (Sahih Bukhari)

Nah, yakinkah anda yang Allah menghendaki kebaikan buat diri anda? Selagi anda yakin, jangan risau, Allah pasti akan menunaikannya! 

Memahami agama ini, mungkin di institusi ini, mungkin di institusi lain, mungkin dengan cara-cara yang tidak kita sangka-sangka. Tapi jika anda yakin Allah inginkan kebaikan buat diri anda, Dia pasti akan mengurniakannya!

وَمَا تَشَاءُونَ إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ 
"Kamu tidak mengkehendaki melainkan Allah juga menghendaki" (at-Takwir:29)

Dua tahun kemudian, talbiah, takbir dan ucapan "lailahaillallah" bergema di penjuru Ka'bah. Makkah sudah disinari cahaya Islam. Dan para sahabat, mereka tertunduk bersyukur atas nikmat Allah ke atas mereka hasil dari Hudaibiyah, walau dahulu mereka membencinya. Sehingga setiap kali mereka teringat akan tragedi Abu Jandal, mereka sedar yang setiap waktu perit, pastinya akan berlalu,

kerana Allah pasti akan memenangkan agamanya.

Barangkali apa yang kita hadapi sekarang ini adalah Hudaibiyah di antara Hudaibiyah-Hudaibiyah yang akan kita hadapi dalam hidup kita.

Yakinkah kita yang Allah menginginkan buat kita kebaikan?

Yakinkah kita yang kita berada di landasan yang berada di atasnya para sahabat? Untuk memenangkan agama Allah? Jika bukan itu tujuan kita, maka tiada bezanya ujian yang menghalang daripada dugaan yang dihadapi oleh orang yang tidak beriman.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنْ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (أبو داود وابن ماجه

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari qiamat kelak." (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Ayuh, ikhlas dan padukan niat, teruskan melangkah dan berharap, wahai pemuda-pemudi, wahai pejuang, wahai angkatan saf yang disebut Allah dalam Surah at-Taubah!

Muhammad Irfan Bin Bahrin,
Exco Akademik dan Pembangunan Minda,
Persatuan Penuntut Malaysia Amman.


Melihat lagi ke sudut yang lain. Melihat persatuan yang tak senang duduk dengan EMJ yang acuh tak acuh membuat keputusan. Ye ye je nak bangkitkan zaman kegemilangan Amman. Ha, ambik kau! Okay, back to the story, ahli PPMA yang berjuang menegakkan nasib yang lain tanpa sesen pun upah. Tanpa diberi makanan free, rumah free atau apa-apa sekalipun. Dari saat kami sampai ke airport, cari rumah transit, cari rumah sewa, MHS, urusan iqamah, ambik darah, pendaftaran, perjumpaan EMJ dan segala bagai. cukuplah saya rasa kalau saya yang mengambil tempat ini, akan dihantar masuk ke wad hospital kerana asthma.

Kalau cerita pasal persatuan dan pengorbanan mereka, memang takkan habis sampai esok. Memang takkan cukup dengan terima kasih. Kalaulah boleh tanya macam mana cara untuk hargai mereka ni. Fuh ~

Ambition

Okay, UJ pulak.

Sukacita dimaklumkan bahawa kami adalh first batch Malaysia yang membawa tittle sebagai student medic dan dentist. Hehe. Dan sejujurnya, we know nothing. Dari A sampai Z. Buku, kelas, tempat dan segala bagai. Tapi, dipertemukan pula dengan Arab yang baik sangat. Kak Lina, Kak Alaa. Mereka yang sudi tunjukkan jalan ke bilik kuliah, walaupun lagi 5 minit lagi diorang nak masuk kuliah. Sudi carikan kami buku-buku senior Arab dengan keadaan kami yang tak tahu pape. Sudi photostatkan bertimbun-timbun past year exam. Sudi layan kerenah kami yang bertanya berjuta soalan. Sudi temankan kami ke hulu ke hilir walaupun di saat kami sibuk untuk tasjil. Sampaikan terfikir rupanya ada orang yang sebaik ni. Masa terserempak dengan budak medic 4th year, Kak Lina dengan akak sorang ni sampai berebut nak bagi buku kat kitorang. Inilah hikmahnya, kalau budak JUST bergantung dengan Malaysian, kitorang dengan Arabian tau. :p Haha. Tapi bila cakap " Thank you so much" dekat Kak Lina dengan muka yang seakan bersalah dan jugak maaf sebab menyusahkan beliau,

" No, no, we are Muslims right? Make du'a for me. :) "

Kassyamsi Liddunya. Untungla ada Adibah yang sangat berani pergi ke kaunter pendaftaran dan cakap Arab tunggang-langgang sebab akak-akak tu tak pandai berEnglish. Alhamdulillah, nama dah diiisi. Tapi tak tahulah macam mana situasi nak ulang Quran dengan Arabian. Nak cakap pun 'kok-kak'. Haha. Takpela, practices make perfect. Talaqqi pulak, sedang cuba mengambil tempat. Sejujurnya, bahasa memang menjadi masalah utama. Ammi dan fushah  tu macam dua bahasa yang lain. Haha.

Rasa macam dah jadi macam penglipur lara menceritakan bedtime story.

Deal gently

Hari ni, setelah bermacam ujian yang menimpa, teringat pesanan Tc Nazilah tempoh hari. Walaupun nampak macam indah je belajar oversea ni, ujiannya pun agakla indah jugak. Perlu ke menyebut ujian tu? Cukuplah hal itu pada pengetahuan Allah, cuma diri, teruslah kuat menghadapi perkara unexpected seterusnya. Moga hati yang tak kuat ni, bertambah kuat, hari demi hari.

Cuma di sini, saya memnag sangat kagum dengan mereka yang sangat ohsem membantu orang lain walaupun hakikatnya satu sen upah pun tak dapat.

Rasulullah saw. bersabda, "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendir." [HR Bukhari dan Muslim]

(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)


Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)


Nah. Malas nak mengulas lagi. Tapi cukuplah kita tahu bahawa betapa besar ganjaran untuk mereka yang sudi mengorbankan diri sendiri untuk sahabat sendiri. Mereka yang menolong, adalah mereka yang benar memahami. Memahami betap besar erti untuk menolong sesama sahabat. Walaupun tidak didengari oleh mereka, terima kasih sahabat-sahabat. :')

Alhamdulillah.
Submitted by AkuMuslim

Kepada yang membaca, pohon doa dari kejauhan mahupun kedekatan. Kerana,

Dari Abu Darda ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." [HR Muslim]


:)


Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi