Prefer Labuh ?

Bismillah.

Sedang orang lain kalut-kalut berbincang pasal flight dan segala bagai, dan sedang yang lain sudah berada di bumi Jordan. Rasanya eloklah menenangkan diri dan lupakan segala masalah. Memang sistem YT agak memberi ujian yang pelbagai, tapi insyaAllah semuanya berhikmah dan mengajar banyak perkara. Budak pengajian Islam pun dah nak berangkat esok.

Okay done. Back to the topic. Hehe. Agak sensitip ke tajuk tu ?


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)
Panjang. Seriously copy je. Sebenarnya nak highlight kan yang ni je. 
" Dan hendaklah mereka menutup belahan bajunya dengan tudung kepala mereka "
Arabic version,
' Walyadhribna bikhumurihinna 'ala juyubihinna'
Tadi baru je tengok ceramah Ustaz Don. Beliau akhirnya menjelaskan tafsir di sebalik ayat ni, tafsir yang telah dicek oleh al-Fadhil Ustaz Zahazan. 
First, walyadhribna bermaksud menutup bahagian dada. Maknanya, syarat tudung adalah menutup dada, kalau tak tutup dada, beerti bukanlah tudung.
Second, bikhumurihinna. Maknanya, tudung jangan transparent. Sebab khimar adalah sesuatu yang tidak tembus. Dan sekali lagi, tudung bukanlah kain yang boleh nampak tembus. Dan yang menariknya adalah, khimar asalnya dari khamru. Ya, khamru adalah arak. Apa kaitan arak, mabuk dengan tudung ni?
Maka menurut tafsir, dengan arak adalah sesuatu yang memabukkan sampaikan seluruh kepala akan diliputi oleh khayalan dan tidak sedar. Maka samalah seperti tudung. Tudung itu mestilah meliputi, iaitu bukan tutup depan sahaja, tapi tutup tepi, tutup bahu, dan belakang. Ha, ilmu baru kan? Memang la yang ni baru je tahu :) Alhamdulillah.
Lagi, 'ala juyubihinna. Ditekankan kalimah 'ala. Huruf jarr 'ala, bukan bi, bukan li dan segala bagai. Maknanya, di atas, bukan tudung masuk dalam. Ha, PLKN, sila ubah syarat pemakaian tudung anda. Tak cukup syarat ! Heh.
Change
Submitted by AkuMuslim
Walaupun nampak serabai dengan tudung labuh tersebut, sampaikan ada ynag kata boleh masuk dalam kuah, kalau doktor boleh masuk dalam perut patient time operation, tak boleh bergaya dan segala bagai, tapi percayalah, alhamdulillah, dengan tudung labuh tu, perasaan selamat itu akan wujud dalam diri.
Dan satu lagi kenyataan, tudung labuh akan menjadikan seseorang itu lebih gemuk daripada keadaan asalnya. Haha. Betulkan?
Tapi tulah menyembunyikan bentuk tubuh sebenar kan ? Kalau tengok orang pakai tudung labuh, memang tak boleh agak bentuk tubuh sebenar bagaimana. Bahkan orang kurus boleh nampak gemuk dengan tudung labuh. Orang kecik boleh nampak besar dengan tudung labuh. Orang muda boleh nampak tua dengan tudung labuh. Orang single boleh dipanggil mak orang dengan tudung labuh. Benarlah, hakikat yang agak menyakitkan. Hakikat dipandang, huh~
So, pakai cantik-cantik, nak nampak kurus, nak tunjuk kat sape?
Okaylah, first reason. Pakai tudung ni akan menjadikan kita berasa selamat. Percayalah. Tak kira berapa lama orang duk tilik kita, tubuh kita masih menjadi rahsia. Takde sape akan nampak apa yang terselindung dalam tudung labuh tersebut. 
Juga, orang akan pandang dan layan kita secara lain. Ni bukan nak tujuk bagus ke, warak dan semuanya, tapi cara kita jaga diri untuk selamat dengan situasi kat luar sana. Kalau pakai tudung labuh, seriously, sangat susah dan mungkin takde orang yang akan. 
" Peewwwit, pewwwit "
" Assalamualaikum, tak jawab dosa, jawab suka kat saya. Hihihihi "
Betul, pengalaman pun sudah membuktikannya. Kalau jalan, orang depan tu nampak perempuan yang agak up-to-date, mamat macho akan bertindak seperti ini. Tapi, kalau jumpa orang tudung labuh, lampu seolah-olah bertukar merah.
Stranger/Wayfarer
Kalau kita masuk situasi baru pun, contohnya Uni ke, kem ke, lelaki-lelaki akan lebih menghormati dan tak tegur atas urusan yang tak perlu pada pandangan awal mereka. Tapi, menjadi tugas kita untuk tetap jaga diri kita dalam pemakaian kita yang sebegitu. Maksudnya, diorang akan nilai sendiri akhlak kita lepas tu dan layan kita ikut jalan tu pulak, tapi at least, first impression diorang adalah bagus.
Lagi,
Kita jadikan tudung labuh tu adalah imej akhlak kita sendiri. Means, dengan pemakaian kita, orang akan judge kita macam mana, faham-faham la kan? Manusia takkan lari dari sifat menjudge manusia yang lain. Oleh itu, kita kena berkahlak macam mana kita pakai. Jadikan pemakaian itu, adalah satu guideline supaya kita boleh jaga sentiasa akhlak kita. Ayat berbelitnya.. Kadang-kadang kita kena fikir apa orang akan nilai kita bila kita berpakaian tapi akhlak kantoi. Bukan nak hipokrit, tapi ini mungkin salah satu cara kita jaga akhlak.
Reason ni dipetik dari blog seseorang. Nampak macam agak skandal tapi biarlah. Haha. 
Korang nak orang yang macam mana memandang kamu? Nak yang rock, yang gila-gila, yang macho, handsome, dan segala bagai, ataupun mahu orang yang bagus imannya?
Memang tak boleh nak sangkal, perempuan akan diperhatikan lelaki walaupun dah perfect tutup. Tapi, silalah lihat, lelaki jenis mana yang memandang perempuan tersebut. Saya tidak pandai mengulas, maka baguslah kalau rajin baca di sini. Harap rajinkan diri untuk baca ye :)
Knowledge
Submitted by AKUMUSLIM
Dan last, ini adalah salah satu jalan dakwah. Dengan cara kita pakai tudung labuh, lengkap pula dengan handsock, dengan sarung kaki dan segala bagai. Dan juga disertakan niat untuk mengesankan hati-hati mereka yang melihat kita, kita sudah cukup membuat pahala dengan dakwah bilqudwah. Sekurang-kurangnya ada manusia yang akan melihat kembali baju dan seluar yang melekat di badan dan segala bagai. Walaupun nampak mereka masih steady, tapi percayalah ada perkara yang terkesan di hati.
Memanglah. Sangat susah untuk istiqamah dengan tudung labuh. Tapi once bila dah kita selesa dengan tudung labuh, kita akan selambernya menignorekan cakap-cakap orang di sekeliling dan dengan selamba membuat hal sendiri. InsyaAllah, akan selesa satu hari nanti.
InsyaAllah, moga terus istiqamah. :)

Surah Al-Baqarah Verse 286






Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi