Sabar Itu Anugerah

First post selepas pulangnya daripada kursus yang banyak mengajar erti kesabaran. Fuh..

First impression, masa mula-mula dapat jadual kursus, alhamdulillah. Sekurangnya ada lah jugak pengisian tu kan. Ada bacaan al-Quran pagi-pagi sejuzu' sehari. Pastu ada kuliah Maghrib, solat berjemaah. Ok lah,

Tapi, masa menghadapi tu, memang diri saya merasa tidak ok.

Tinggal di bi'ah luar, tidak berdepan dengan tarbiyah yang selama ni tersedia di depan mata, memang sangat amat mencabar. Saya akui, kadang-kadang rasa macam tersungkur jugak dengan bawaan bi'ah ni, tapi terpaksa la buat-buat gagah. Buat-buat tak terkesan dengan bi'ah yang baru sahaja diperkenalkan ni.Dan, tinggal di bi'ah ini, mengajar untuk mengaplikasi apa yang telah dikutip dahulu di tempat tarbiyah terulung, Darul Quran JAKIM. Dan memanglah, mengutip sangat mudah nak dibandingkan dengan aplikasi tu. Time dapat tarbiyah dulu, kadang-kadang terima dengan sambil lewa dan tak menghargai. Sebab tarbiyah macam wujud di sekeliling. Tapi bila dah terasing dengan tarbiyah mulalah mencari-cari macam orang sesat. Memang stress kalau kita cari benda yang tak jumpa-jumpa kan? Oh ye, saya akui, sangat stress di bi'ah ini walaupun muka nampak ceria semacam.

Time awal-awal, memang merasa diri agak kuat. Tapi lama-lama, rasa walaupun sikit-sikit, adalah terbawa-bawa dengan apa yang telah terjadi di sekeliling. Paling menggerunkan di sini, ikhtilat. Seriously, memang perit berdepan dengan sesuatu yang bukan daripada dunia kita. Bila fasi suruh duduk dalam group, memang tak tenang dah. Pastu suruh pulak buat logo kumpulan, moto dan segala bagai tu, lagi la tak senang duduk. Apakah? Rasanya lebih ok keadaan kalau group tak mix banin dan banat kan? Tapi, takpelah, takkan kita nak bagi semua orang ikut kita punya style kan? Finelah, teruskan je apa yang dah jadi.Tapi, bila kena teruskan buat kerja dalam group, memang rasa macam nak keluar je dari dewan tu. Rasa nak ambik mic nak umumkan je apa perasaan masa tu. Tapi bersyukurlah jugak, sebab Allah dah takdirkan untuk duduk dalam group yang baninnya sangat pasif. Shhhhhh... Ngeh3. Alhamdulillah. Semua ambik pengajian Islam, so, agak ok kot. Disebabkan segala bagai aktiviti percampuran yang agak merunsingkan kepala, saya sangat berharap supaya kursus ni boleh tamat sesegera yang mungkin. Seriously, memang kepala bertambah rungsing bila 'Kahwin Muda' menjadi hot topic yang meletus dalam kursus ni. Hey, dah jadi macam luah perasaan nampak.


Joy And Sorrow
Submitted by the-scattered-pearls

Perkara seterusnya yang banyak menekankan diri saya sewaktu kursus ini juga adalah, solat jemaah. Masa first tu, takdelah sampai tension bila banat tak pergi surau sangat. Tapi bila dah sangat ramai yang tak pergi, cuma tinggal room-mates je, adalah rasa kesal tu. Kadang tu, berjemaah seorang diri dengan banin. Mak aih, malu. Bukannya ape, bilik tu punyalah 'BESAR' nak solat, ditambah pula dengan kedudukannya yang sangat strategik di tepi tandas yang pintunya kadang terbukak sendiri time solat. Ia cukup memberi suasana yang tidak sejuk mata memandang time solat. Macam senang je syaitan nak keluar masuk kacau dari tandas tu time solat. Ngeh3. Pastu, semakin hari, semakinlah kesal bila kadang tunggu banin untuk berjemaah, takde sorang pun yang datang. Paling sedih, waktu Subuh. Asal datang area pukul 5.40, tunggu punya tunggu, sampai pukul 6 lebih tak datang-datang. Pernah sekali dah buat jemaah dengan banat, tapi tiba-tiba banin sampai dan buat jemaah baru area pukul 6 lebih. Terpaksalah mufaraqah. Sangat sedih. :'( Tapi takpela, banin punya bilik besar kot. Diorang berjemaah dalam bilik.

Jadual kata ada bacaan al-Quran pagi-pagi. Tapi hakikatnya first-first je ada, lepas saehari dua, terus takde banin pun yang datang untuk ketuai bacaan. Kata ada kuliah Maghrib, tapi seriously, hati saya maybe dah berkarat sebab dah tak terima tazkirah lebih 30 hari. Huhu. Masa kat bumi barakah dulu, setiap hari memang akan ada.  Ya Allah, sangat menyesal sebab dulu macam tak hargai semua tu. Tazkirah pun, dah ditunggang tebalikkan menjadi ceramah politik.

Time last-last tu, sangat sedih sebab banyakk peristiwa yang terjadi. Sedih dengan perangai banin yang tak boleh diagak. Malas la nak membangkitkan cerita yang tak seronok untuk didengar. Tapi seriously memang sangat banyak menumpahkan air mata sebab diorang. Hey, bayar balik! Heh. Tapi takpela, mungkin terjadi salah faham, atau saya sendiri yang bersalah. Memaafkan lebih mulia kan? Cuba menenangkan diri.

Tapi saya taklah kata yang semua benda dekat kursus tu menensionkan saya. Alhamdulillah, saya jumpa sahabat-sahabat yang sangat baik, yang sanggup tenangkan saya bila aktiviti yang sama berulang. Credit to Mirae, yang telah menjadikan saya sesensitif ini. Ngeh3. Memang pergaulan agak tak terjaga tapi, benda yang sama harus saya lalui bila berdepan dengan dunia luar nanti, so, semua ini i.Allah, adalah practice jugak. Maybe saya rasa benda ni terlalu menyerabutkan coz memang sangat tak biasa dengan keadaan ni. 6 bulan di dQ, rasanya pernah sekali je kot berkomunikasi dengan banin, tu pun sebab jadi AJK makanan time Majlis Khatam. Tu pun hanya kerana nak ambik senduk dari banin tu. Haha. Melampau ke ? Tapi sebab takde pengalaman, semua ni bagi saya adalah luar biasa. Harap maklum.

Here VS Here After
Submitted by Muhammad Siddique 

Time semua ni terjadilah, saya belajar untuk merindui dQ tahap yang tak boleh nak cakap macam mana. Sangat amat. Rindu bi'ah yang saya rasa selamat daripada anasir luar. Rindu bi'ah yang kalau air mata  tumpah tu, bukanlah sebab yang sangat duniawi macam denkat kursus tu. Sampaikan saya boleh terluah pakai mic masa dekat kursus ni. Haha. Oh ye, Mirae, nilah kenangan manis yang saya maksudkan tu. Hehe. Btw, ni la text die. Saya takdelah sampai nak mention nama Mirae direct dalam tu. Kan tak pasal-pasal semua jatuh cinta.

" Perkara terbaik yang Allah telah hadiahkan untuk saya adalah peluang utnuk ke darul Quran JAKIM. Walaupun persinggahan saya bukan dalam tempoh panjang tapi saya dapat terlampau banyak ibrah yang patut saya syukuri. Bersahabat dengan para pencari Allah, sangat menakjubkan. Terasa manisnya berukhuwah kerana Allah, saling mengingati ketika alpa, berlumba-lumba berbuat kebaikan, dan sangat mengajar semangat tadhiyyah dalam bersahabat. Sungguh, Allah sangat pemurah menemukan saya dengan sahabat-sahabat yang selalu membawa saya kepada-Nya. Suasana Quran di darul Quran, mustahil akan saya dapat di tempat lain. Dan saya akui, mustahil saya lupakan darul Quran. Walaupun saya terpaksa tinggalkan bumi barakah untuk sampai ke sini, namun saya percaya pada hikmah yang Dia selitkan dan pada keputusan istikharah-Nya yang dudah Dia jawabkan. Dalam hadith Nabi ada menyebutkan tentang orang yang mendapat naungan 'arasy Allah nanti adalh orang yang berkasih sayang kerana-Nya. Juga, saya takkan lupa kata-kata Imam Ghazali, "Indahnya ukhuwah bukannya pada manisnya pertemuan dan tutur kata,tapi pada istimewanya doa seorang sahabat terhadap sahabat yang lain. InsyaAllah, bukan Nokia je yang connecting people, doa pun boleh connecting people."

Ayat last tu memang pakai ayat falsafah Mirae. Tapi agak memalukan sebab mic tu bergegar-gegar macam kilat sabung-menyabung. Haha, dah la face banin dalam group. Sampai kertas pun tak boleh nak pusing sebab tangan  memang terketar sangat. Time cite pasal dQ je eh terketar, masa kat situasi lain tak pun. :p

 Bila call sahabat-sahabat kat dQ, diorang pasti akan confirm cerita benda yang best-best kat dQ. Time tu jugaklah rasa macam nak pinjam pintu Doraemon nak pergi dQ. Sampai kadang tu buat benda pelik-pelik. Masa dalam kelas pun boleh je dengan selamba keluar untuk menangis. Haha. Budak dQ, saya tak pasti la korang faham ke tak apa yang saya rasa. Time tengok iklan dalam TVAlHijrah - Tadarus al-Quran pelajar Daaarul Quran pun nak nangis. Tahu tak berapa kali saya pergi pantai dan tulis Darul Quran kat pasir? Pastu buat-buat shoot gambar, hakikatnya hanya Allah tahu perasaan waktu tu. Gambar-gambar yang sempat shoot kat dQ tu pun boleh membuatkan saya menangis lagi. Saya pun dah rasa kesian dnegan room-mate saya yang terpaksa mendengar luahan hati. Hey, dQ, dQ, dQ, takde menda lain ke? Hehe. Tapi memang saya rindukan dQ sangat-sangat. *Nampak tak gambaran perasaan ni macam mana? Tolongla faham. :p Kadang tu sampaikan saya terfikir betul ke tak keputusan saya untuk tinggalkan darul Quran tu. Time tension dengan banin tu, malam tu macam dah boleh redha je, tapi bila call Mira Faihah, sejak bila pulak budak ni pandai buat orang sedih ye. Tapi memang cayalah Mira, kalaulah awak tengok betapa teruknya wajah saya malam tu. Haha. Tapi masa tu bukan tension dengan banin tu da, tapi terlampau rindu dQ. Masuk dewan masa raptai tu, semua orang tengok sebab muka sangat pelik. Tapi, pandai-pandai la cover. Semua orang ingat saya nangis sebab tension lagi dengan banin tu kot. Ngeh3.


Bila fikir balik, rasa macam sangat menyesal tinggalkan darul Quran yang sangat best. Betapa kalau saya masih stay dekat darul Quran, banyak mana mutiara yang boleh saya kutip kat sana. Banyak mana masa yang saya boleh spend dengan Quran. Banyak mana masa saya boleh habiskan di masjid dQ tanpa gangguan anasir-anasir luar. Kalau nak baca Quran tu, bacalah sekuat hati, sebab takde orang pun yang akan kesah. Kalau diceritakan kat sini, memang banyak sangat.


How our prayer will be answered?
Tapi,

Sampai sekarang, saya masih berpegang dengan istikharah saya i.Allah. Walaupun memang sangat payah  menghadapi hari-hari yang monyok, tapi apa yang Allah dah tentukan ni, kalau boleh saya nak teruskan saja, dengan cara yang sehabis baik. Maybe banyak hikmah yang terselindung yang saya tak nampak lagi. apa yang sibuk diperhatikan adalah keadaan diri saya sahaja. Fikir negatif, memang nampak negatif.

Mungkin jugak Allah simpan hikmah tu, sampailah kat Jordan nanti. Dia nak suprisekan dengan tarbiyah di bumi kinanah tu pun, boleh jadi.

Untuk kita-kita yang dah keluar dari bumi tarbiyah, mula mengatur langkah sendiri, mempersiapkan diri seorang diri, kadang-kadang rasa terkapai-kapai, ingatlah, Allah takkan hilang. Allah yang menjaga kita dan memberi tarbiyah semasa kita di bumi tarbiyah dulu, adalah Allah yang sama yang akan menjaga kita bila kita keluar dari bumi tarbiyah itu. Kita, sekarang perlu kuatkan diri, cari wasilah untuk kita dekatkan diri kepada Dia. Walau dengan cara apa sekalipun. Memang, kita takkan rasa seronok masa diuji. Kadang, rasa putus asa pun ada. Tapi kita hanya ada jiwa yang Allah bagi ini untuk dikuatkan. Kalau kita menyerah, maka kita akan dikuasai anasir luar yang boleh memudaratkan iman kita. Teruskan mencari jalan-jalan, wasilah-wasilah yang mungkin boleh membantu kita untuk pergi kearah-Nya. Mungkin jugak Allah nak suruh kita jadi mujaddid bi'ah kita sekarang. Walaupun sekadar dakwah bilhal, tak mustahil perkara ni jadi pemangkin untuk orang lain jugak untuk buat baik. Daripada seorang pelajar yang hanya tahu menadah telinga menerima tarbiyah, kita berdepan dnegan masayarakat luar yang mungkin memerlukan tarbiyah dari kita. I.Allah, walaupun sikit, pasti ada orang yang dibukakan hatinya. Saya akui, di sini saya jumpa mereka-mereka yang sangat ingin berada dalam duni tarbiyah walaupun bi'ah mereka, tidak mendidik mereka untuk berada dalam bi'ah iitu. Bersyukurlah kita walaupun sekejap Allah hadiahkan bi'ah itu, namun kita tetap Allah hadiahkan. Tetiba je rasa jadi orang yang tak tahu nak bersyukur.

Pape pun, teruskanlah berdoa dan mintak dengan Allah. Masa Ramadhan nilah, kita nak topupkan doa kita secara maksima. Kuasa doa bukan main-main, sebab tulah Rasulullah sebut doa senjata mukmin. Mari kita mintak kekuatan dengan Dia, sebab untuk kuat tu, Dia yang berikan. Lastly dan sangat penting, bersabarlah. Sabar tu memang anugerah. Sebab bukan senang manusia nak bersabar. Sabar dengan bi'ah yang kita hadapi sekarang even kita rasa memang tak kuat sangat. Sabar, sabar! Ujian ini, memang Allah anugerahkan kepada kita untuk Dia ajar kita macam mana caranya untuk berSABAR! Sabar dalam kuatkan diri walaupun kita rasa macam sorang-sorang. Wawa sedihnya.


La tahzan


Terima kasih untuk sahabat-sahabat darul Quran yang sudi call dan jugak terima call walaupun kadang-kadang lepas dapat/terima call, saya akan ulang aktiviti yang sama. Rasyidah, SABAR! Tapi, seriously, korang memang menguatkan. Terima kasih sahabat. Saya sangat mengharapkan doa kalian. Tak sabar jugak nak jumpa nanti, i.Allah!

Hidup ini satu tarbiyah, walau kat mana-mana pun, even kita tak terima tarbiyah yang sangat direct macam dekat dQ, kita terima tarbiyah yang membuatkan kita sentiasa mencari-cari Dia.

Sabar itu anugerah yang Allah kurniakan untuk orang yang layak sahaja.

Allah,
Aku mohon untuk terus sabar!


Comments

  1. syidah... :)
    kuat ekk...
    banyak benda yang kita kena belajar dlm dunia ni..

    iAllah, Allah akan sentiasa menguatkan awak..
    Yang penting, jangan jauh dr Dia :)

    ReplyDelete
  2. kak malin.. ^^
    Sy sentiasa mem0h0n untuk kuat.
    Betul, byk sgt benda y masih belum belajar,

    ~Kak Malin selalulah survey jugak sy ye.
    Nasihtkan sy kalau nmpak sy jauh dari Dia ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi