Bukan Allah Yang Hilang

Entry ini memang diwujudkan khas untuk memperingati 5 tahun senget-senget masa yang dihabiskan bersama Quran.

Masa yang berlalu tanpa sedar, last sekali dah sampai ke penghujung. Sampai masa untuk berpisah dengan masa yang Allah kurniakan bersama Quran. Err. Bukan, tapi masa yang 'ditetapkan' bersama Quran.

Walaupun perjalanan hafalan nampak menyeksakan dan memeritkan, tapi terlampau banyak perkara manis yang tak mungkin saya dapat lupakan. 

Imtiaz yang memberi permulaan kepada perjuangan ini, walaupun dalam keadaan yang semput-semput, berjaya memberi bekas yang sangat amat kepada saya dan Quran. 

The patient

Masa first-first start hafal, memang serba tak kena dan tak reti. Sebab takde sebarang asas dan untuk membaca sahaja pun, agak tunggang-langgang. Masuk Imtiaz, belum pun sempat khatam mengaji. Sampai juzu' 12 je pun. Teringat lagi, time kecik-kecik time mak cerita ada orang yang dapat hafal satu Quran, dengan slumber dan steady saya mengajukan soalan, "Dia gila ke mak?" Kau kata aku gila ye. Dan ingat jugak time smua orang kat sekolah rendah lulus ujian hafazan, saya adalah satu-satunya orang yang tak lulus sebab tak ingat 3 Qul. Tak tahu la nak cakap macam mana. Nasib baik al-Fatihah ingat waktu tu. Tapi, nilah orang panggil aturan Allah kan? Perkara yang tak pernah saya impikan dan bayangkan pun dalam hidup, tapi last sekali jadi kenyataan. Syukur yang tidak terkata.

Tapi, walaupun perjalanan hafalan ni berlaku sehingga tahap ketidakikhlasannya sebegitu rupa, Allah yang sangat penyayang dan pemurah tu masih sudi berikan saya waktu untuk bersama dengan Quran even masa Form 1 memang nak pindah sangat. Dan dalam keadaan nilah, saya belajar untuk dapatkan teknik sendiri untuk menghafal. Belajar mengulang sendiri. Belajar curi masa sendiri. Belajar cari semangat yang dah hampir-hampir luntur. Walaupun masa Form 1, saya bolehlah digolongkan dalam golongan yang lembap hafalan, sebab dalam masa setahun dapat 6 juzu' je. Masa tu, kedudukan memang last-last dalam form. Tapi,  tak tahulah macam mana, last sekali dapat khatam ketiga dalam form masa Form 3. Time tu, memang tak tipu, semua orang macam terkejut. 

Bukan nak cerita kelebihan ke apa, tapi just nak bagi sedikit inspirasi untuk sape-sape yang terdetik dalam hatinya untuk menjadi penjaga Kalamullah. Kalau just tengok diri dalam cermin, pastu sebut tak mampu, tak mampu, tak mampu, sampai bila pun takkan jadi. Cubalah dulu, tengok kemampuan kita setakat mana. Ala, kalau saya yang sangat lemah ni pun boleh, takkanlah korang yang hebat tak boleh kot? 

Lepas khatam Form 3, sambunglah mengulang untuk dua tahun seterusnya. Alhamdulillah, khatam awal, boleh ulang banyak lagi. Then lepas tu, sangat tak sangka Allah bagi peluang sekali lagi untuk masuk darul Quran pulak. Kat sini, banyak belajar betulkan bacaan. Dan, kat sini jugaklah, tamatnya masa yang sangat fix dengan Quran.
Memang.

Sangat rindu bi'ah yang sentiasa menyeru untuk kita jaga Quran. Nak ke tak nak, memang kena dan wajib. Dulu, selalu mengeluh bila masa kena provide lebih untuk Quran dan jugak tekanan yang asatizah bagi untuk mantapkan diri dengan Quran.

Bila,

Kena pukul dengan Ustaz Nazif sebab tak jaga bacaan sampai senyap satu musolla.

Kena pindah banyak kali halaqah tasmi' sebab banyak buat kes. Ha, ye ke?

Tak lulus insentif hafazan sebab nak dapat fulus. 

Ustaz Zul jerit-jerit dalam musolla suruh panjangkan masa menghafal.

Kena kejut dengan ustaz ustazah bila tertidur time kelas tasmi'.

Kena berdiri atas kerusi makmal depan parking kereta cikgu sebab tak mengulang.

Kenangan manis dnegan arwah Ustazah Marini, sangat banyak mengajar erti bond dengan Quran.

Kena penuhkan ruangan ATB sebelah kanan, pastu mulala menipu baca sendiri padahal ustazah suruh baca dengan kawan.

Kadang sakit perut makan nasi kunyit khatam yang dah basi.  

Selalu menangis lepas tasmi' dengan Ustaz Faez sebab tak boleh ikut tajweed.

Jealous dengan Asmaa' sebab dia boleh tasmi' banyak-banyak dan ikut tajweed.

Time suara jadi macam angsa masa hari khatam dengan Ustaz Rasul sebab ter'push' sangat. Heh.

Tapi sekarang, seriously sangat rindu masa yang fix dulu. Kalau boleh, nak flashback balik waktu-waktu tu. Waktu yang sekarang baru sedar bahawa ia sangat berharga. Rindu kalam-kalam asatizah yang sentiasa bagi semangat. Rindu buku tasmi'. Rindu nak tengok tulisan tangan ustaz dalam buku. Rindu nak dengar 'tet..tet..tet..' Ustaz Rasul. Dengan kata yang paling pendek, sangat rindu suasana Quran tu!


So, korang yang masih berada dalam bi'ah tu, manfaatkanlah. Sebab nanti bila dah takde, memang confirm akan rindu.

Sekarang bila dah berjauhan dengan masa-masa tu, memang kena pandai bahagi masa untuk commit dengan Quran. Agaknya, dah cukup masa yang Allah bagi tu, untuk aplikasi ke dunia luar ni. Dan yang jelas, bukan senang. Bukan senang time orang lain borak-borak, kita nak buka Quran dan mengulang. 

Tapi, saya sangatlah bersyukur Allah bagi jugak bi'ah ni. Alhamdulillah, sekarang, bila dah keluar, saya nampak sangat banyak ibrahnya. 

Have you?

Bila kita rasa yang diri kita memang kena commit dengan Quran, rasa beban tu ada kat bahu kita, kena pandai jaga dengan cara macam mana pun. So, bila masa free, terus bukak Quran dan mengulang. At least, kita ada satu reason yang sangat perkasa sebab apa kita buat macam tu. So, time orang lain buat benda lain, kita boleh la jugak tambah pahala di samping tunjuk qudwah yang baik.

Saya rasa sepanjang perjalanan hadapi hidup yang penuh ranjau ni, ceh, ayat novel  sangat banyak yang Allah dah smoothkan sebab Quran sendiri. Walaupun ramai orang tanya dulu, tak sibuk ke nak commit akademik sekali dengan hafazan, tapi percayalah, akademik tu akan mengikut Quran sendiri. Seriously, tak pernah terlintas walaupun sesekejap kerdipan mata, waktu saya jadi sempit sebab Quran, makin luas tu, adalah.

Bila kita belajar benda baru, even benda yang di luar agama, kalau dalam agama tu lagilah, senang je kita nak kaitkan dengan ayat yang kita dah hafal. Tak payah nak bukak Quran dan cari ayat satu persatu, sebab ayat tu dah ada dalam kepala. Heh. tak rasa syok lagikah?

Ni memang tak boleh lupa. Hehe. Bila orang tanya kos apa. Saya sangat girang gembira bila tengok reaksi mereka lepas jawab soalan tersebut. Seakan agak tidak percaya. 

Cuma pesan kepada diri sendiri,


Even dah keluar dari bi'ah tu, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Walaupun dulu ada  habuan depan mata kalau tak commit dengan Quran, sekarang ni habuan tu akan terserlah di akhirat sana. Kalau tak jaga dari sekarang, kalau dah lupa nanti, mulalah menyesal. So, peganglah tanggngjawab ni. Tanggungjawab sebab dah setuju untuk jadi penjaga kalam-Nya lima tahun yang lepas.

Kat mana-mana pun nanti, ingatlah, jaga Quran sentiasa. 

Bi'ah saja yang hilang, bukan Allah yang hilang.!

Rasyidah, takarrara!

"Sesungguhnya kami yang menurunkan peringatan (Quran) itu, dan Kamilah yang menjaganya"
Al-Quran, Al-Hijr


*Tetibe teringat kata seorang ustaz yang suruh pakai satu mushaf saja sebab mushaf tu akan bagi kita lebih banyak kenangan. Tapi memang betul, mushaf saya sekarang memang boleh flashback kenangan-kenangan dulu dengan sangat menyeluruh. Heh. 

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi