Kuat Mereka Perlu Diqudwahkan

Bismillah.

Alhamdulillah, hari ni masuk malam yang ke-8 kita dalam bulan penuh barakah, Ramadhan. Walaupun amalan-amalan masih tak stabil dan senget-senget, Allah masih mengizinkan untuk menyucikan diri yang bergelumang dengan dosa ni. Fuh, astaghfirullah.

Alhamdulillah, walaupun hari ni tak sihat, tapi ada hikmahnya. Betullah, Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya kan? Even tadi sedih sebab macam tak berkesempatan untuk tarawih dengan Sheikh Abdul Rahman kat Masjid Kristal, Allah bagi peluang untuk terawih dekat Masjid Merbau Patah dengan Sheikh Usman. Alhamdulillah. Walaupun sempat 8 rakaat sebab memang tak tahan dengan kesihatan yang agak tidak ok, tapi tazkirah Sheikh Usman tadi sangat memberi kesan.

Sheikh Usman asalnya daripada Somalia. Ha, mesti terbayang keadaan rakyatnya yang kurus kering dan sangat menyedihkan tu kan? Tapi, seriously selama ni tengok gambar-gambar Somalia macam takde perasaan pape. 



Walaupun Sheikh datangnya dari Somalia, tapi ilmu al-Qurannya memang mantap. Seriously, langsung tak expect yang penduduk Somalia berilmu dan hafal Quran semantap tu. Sebab tengok keadaan mereka, pernah tak terbayang yang mereka sangat berilmu dan hafal Quran 30 juzu'? Tak sangka kan? 

Somalia yang berkeadaan begitu, kebulur, miskin, sakit, kotor, dan sebagainya yang tak elok, percayalah bahawa hampir 100% penduduknya mengamalkan ajaran Islam.

First-first, sheikh cakap pasal ukhuwah Islamiyah. Memang, lancar je keluar ayat Quran dan hadith-hadith dari sheikh ni. Memang mantop. Thumbs up sheikh! Heh.

Tapi part yang last tiba-tiba je, sheikh macam slowkan dia punya nada. Beliau kata ada satu perkara lagi yang nak dikhabarkannya.

Tahu tak sheikh cakap apa?

Sheikh cakap,

Kamu semua orang Malaysia, bersyukurlah Allah telah mengurniakan keamanan dan ketenteraman dalam negara kamu. Takde peperangan, takde kebuluran, takde pembunuhan dan sebagainya. Dengan kesenangan yang kamu ada ni, tolonglah, didik anak-anak kamu dengan al-Quran, didik anak kamu tentang Deen Islam.

Pendek, tapi sangat bermakna.


Rasa macam 'lepap-lepap' je kena tampar. Betullah, Malaysia memang aman. Memang bebas dari segala macam perkara yang membabitkan kesengsaran macam kat Somalia tu. Tapi, sedih sekali, orang Malaysia tak tahu bersyukur, tak reti nak amal Deen Islam tu sesyumulnya macam orang Somalia yang sangat dhaif tu. Walau dengan nikmat yang Allah bagi melimpah ruah, masih kita tenggelam. 

Betullah kan, kita manusia suka ingat Allah time kita susah, tapi bila senang kita pun, lagho.

"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpa." (Yunus 10:12.). 

Lepas tu, sheikh terus tutup dia punya slot tazkirah.

Lepas tu, seorang ustaz pulak ambik alih, maybe, sheikh tak sanggup nak ceritakan betapa susahnya keadaan hidup dia, ataupun sheikh tak sampai hati nak mengeluh dengan apa yang dia timpa selama ni.

Ustaz tu menyambung.


Alhamdulillah, saya baru pulang dari Somalia lepas lawatan lebih kurang selama 2 minggu. Kalau kita tengok negara dia ni, memang rasa nak menangis. Dalam kem pelarian, berlantaikan tanah, berbumbungkan ranting-ranting, seramai 500,00 ribu orang berteduh di bawah khemah yang sama.

Kalau kita lalu kawasan dia pakai jip, memang semua penduduk akan serbu jip kita sebab harapkan seteguk air. Tapi, walaupun dengan hidup yang sebegitu dhaif, mereka masih boleh didik anak mereka belajar Quran dan Deen Islam. 

Majoriti ibu-ibu di Somalia, walaupun kita tengok mereka macam tu, hakikatnya merekalah penghafal al-Quran. Kalau biasa kita tengok ibu-ibu ni bawa anak-anak mereka atas belakang, ketahuilah masa tu, ibu tu mengajar anak mereka Quran. Disebebabkan pembelajaran yang sangat dhaif, takde sebarang buku latihan dan sebagainya, kanak-kanak Somalia belajar menggunakan kain. Kain yang ditulis satu pembelajaran di atasnya, lepas esoknya nak masuk pembelajaran lain, kain tu basuh balik, sebab nak tulis benda baru.

MasyaAllah.

Nak banding ke keadaan kita dengan mereka? Tak payah, sebab rasanya kita boleh nilai semuanya sendiri kan? Betapa kita layak digelar kufur nikmat sebab tak hargai nikmat yang Allah hadiahkan selama ni.

Memang kita selayaknya malu dengan orang Somalia tu. Seriously, memang malu dengan Sheikh Usman. Macam mana beliau yang hidup serba kekurangan macam tu, boleh je nak belajar ilmu agama? Mesti time sheikh jejak Malaysia, dia kehairanan dengan senangnya kita dan sikitnya kesedaran kita kan? 

Weh, malu.

Dan hakikatnya, mereka lebih beruntung daripada kita. Sebab mereka kaya di sisi Allah, tapi kita kaya di sisi dunia. 

Walaupun mereka terpinggir di dunia, mereka akan dipandang tinggi di akhirat sana.

Sungguh, kekuatan mereka perlu diqudwahkan. Kesakitan mereka, perlu diibrahkan.

Mereka yang sedhaif itu, sangat tinggi kedudukan di mata penghuni langit.

Kita? 




Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi