Sunday, July 29, 2012

Eh, Saya Tak Layak.

Bismillah.


Menghadapi Ramadhan di rumah yang cukup perfect sekali keadaannya, memang agak payah untuk istiqamah. Untuk tambah amal setiap hari, sebab ade je, perkara lain yang menambat hati. Ya Allah, aku bermohon untuk Ramadhan ini memperbaharui hati. Huhu.


Entry ni dibuat sebab apa yang dah berlaku kepada seorang sahabat ni. 


Betul, kadang-kadang kita merasa tak layak untuk mentarbiyah ataupun berdakwah. Kita rasa, ilmu yang tak cukup, iman yang tidak kuat, dan kadang-kadang rasa diri tak boleh bumikan apa yang kita dakwahkan dan pesankan kepada orang lain. Tapi, itu tanggapan awal kita. Bila kita dah masuk situasi sebenar, keadaan menjadi lain. Keadaan yang lain telah sedikit sebanyak mempengaruhi diri untuk memadam perkataan tak layak tu. Kadang-kadang, perkara tu jadi terpaksa.


Prepare yourself




Hakikatnya kat luar sana, masih ramai yang perlukan sesuatu. Sesuatu yang mereka tak tahu yang perkara tu sangat istimewa dan akan menjadi indah bila dah dapat. Mereka rasa dunia yang mereka lalui selama ni indah, tapi hakikatnya ada yang lebih indah daripada tu.


Dulu, sebelum sahabat ni jejakkan kaki ke tempat dia berada sekarang, dia pernah cakap yang, dia tak boleh, tak kuat, tak mampu dan semua alasan yang negatif. Tapi sekarang, hum.. dah jadi mujaddid da. Alhamdulillah, kadang-kadang perkara yang kita tak sangka, selalu terjadi. Perkara yang kita rasa buruk, padahal buruknya kerana kita yang 'merasa', padahal di sisi Allah perkara tu baik. Sepertimana umum telah mengetahui firman Allah yang cukup terkenal dalam Surah al-Baqarah tu. Dan seriously, saya sangat bangga dan kagum dengan sahabat saya tu. Sekarang dah pandai jadi imam terawih. Acece. Pandai bagi nasihat lagi.


"Aku nak tanya kau ni, macam mane kau boleh istiqamah"


"................."


"Macam mana kau boleh kekalkan kau punya tudung labuh tu, even sekrang ni berlambak fesyen-fesyen tudung?"


"................."


Kalau dulu, beliau memang allergic dengan usrah. Selalu ponteng, buat tidur lah. Tapi sekarang, dia sendiri yang mencari usrah. Untungla join ISMA. Hehe. 


Sahabat saya ni kata, dulu, masa ada depan mata, tak hargai, tapi bile dah hilang, mula la mencari-cari. Nasib baik cari, kalau tak cari?


Dan bila saya survey fesbuk, saya jumpa ramai lagi kawan-kawan saya yang ke arah gaya seorang mujaddid. Ada yang ramai-ramai tu, dia sorang je yang pakai tudung labuh, dia sorang je yang tak mengadakan pergaulan yang agak bebas. Walaupun sistuasi ni macam tak di expect dulu, ia sudah pun menjadi kenyataan sekarang ye.


Seriously sahabat-sahabat, kalian hebat dan menkagumkan saya.


Bila kita seorang, boleh jadi Allah bantu kita untuk jadi lebih kuat. Sebab kita masih lagi tahan, stabil dan tidak bergoyah-goyah untuk pertahankan kita punya prinsip. Prinsip yang kita akan selalu menjaga Islam dan Iman dalam diri kita. Susah-susah kita garap sebelum ni, takkan nak disia-siakan begitu sahaja kan? Dan secara tidak langsung, mereka yang melihat kita, terkesan dengan perbuatan kita. Betul macam kata seorang sahabat, awwalu da'wah, da'wah bilqudwah. Sesetengah kebaikan, kita tak boleh buat sorang-sorang even niat kita just untuk baguskan kita punya amalan je. Contohnya, solat jemaah. Kalau tak nak ajak orang lain buat baik jugak, buatlah solat jemaah sorang-sorang. Nada perli.


Paradise of Delight


So, sape kate tak layak ? Semua orang layak dan patut menyebarkan agama Allah ini tau.




Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallhu 'anhuma bahawasanya Nabi saw bersabda:
"Sampaikanlah kepada orang lain , ajaran yang berasal daripadaku, sekalipun hanya seayat belaka. Percakapkanlah tentang kaum Bani Israel, yakni kaum Yahudi, dan tidak ada halangan apapun. Dan barangsiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka baiklah ia menempati tempat duduknya dari neraka."

- (Riwayat Bukhari)


Dari Abu Hurairah ra, katanya, "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda;
"Barangsiapa yang ditanya mengenai sesuatu ilmu, lalu ia menyimpannya; yakni tidak suka menerangkan yang benar, maka ia akan diberi kendali - dimulutnya- besok pada hari kiamat dengan kendali dari neraka".
- (Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud, Termizi dan Termizi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan)


So, takde sebab untuk kita kata tak layak untuk sebarkan agama Allah kan? Tak kira la betapa sikitnya ilmu kita, tetap ada peluang untuk kita cucuk jarum dan ajak orang ke arah kebaikan. Islah nafsak, wad'u ghairak. Selain kita perbaiki diri kita selalu dan selalu, kita seru jugak orang lain. Sebab kadang-kadang tanpa kita sedar, kita pun akan terkesan dengan apa yang kita peringatkan. Memang, dulu selalu je terfikir tak nak ambil tahu pasal orang lain, nak islahkan diri sendiri je. Tapi bila fikir-fikir balik, proses pengislahan diri tu boleh terjadi masa kita seru orang lain kan?
Tapi jangan lupa,

"Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu berkata perkara yang tidak kamu lakukan?" 
As-Saff, al-Quran


Semoga kita selalu menjadi di kalangan orang yang beruntung, yang boleh mengislahkan diri dalam masa yang sama memperingatkan orang lain jugak.

Teringat kata-kata seorang pemimpin di darul Quran.

" Bila orang tanya mana mahasiswa/wi darul Quran? Mahasiswa/wi sedang duduk di masjid, mengulang al-Quran sorang-sorang, tanpa mempedulikan orang lain. Sibuk tambah amalan sendiri, dan pandang sebelah mata tentang masayarakat di luar. Nak masuk syurga sorang-sorang?."

Memang berbisa beliau menghaburkan kata-kata. Fuh.

Bukan mahasiswa/wi darul Quran saja, tapi kita semua yang memegang tittle khaliifah Allah di muka bumi.

Dan last, kata-kata yang sangat menjentik dari Imam Hasan Basri.



InsyaAllah, sikit pun kita memperingatkan orang, besar ganjaran yang Allah bagi kalau dia buat apa yang kita serukan.

2 comments:

  1. Situasi yang sama macam saya pernah lalui... Dulu, ilmu agama ada di hadapan mata, tetapi saya persiakan. Sekarang, bukan main susah nak cari majlis ilmu agama. Sehinggakan terpaksa mencari sendiri dari sumber luar. -Nyesaltaksudah- hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ke mira seorang yang commit dengan segala bagai benda ni ? hehe. tapi alhmdulillah, Allah sedarkan, kalau Allah bagi hanyut, lagilah parah kan ?

      Delete