Jaga Hati, Jaga Diri.

Bismillah.

7 days, a week, 168 hours, then 5 members will only left in this house.

Entahlah nak rasa sedih ke, gembira ke. Sedih nak tinggal family, sedih nak tinggal mak sorang-sorang. Sedih kalau dah memang tahu penat mak bertambah. Tapi gembira jugak nak balik sana sebab nak lepas dari segala benda ni. But I admit it, lagi sedih kot, dari gembira.

Alhamdulillah, Allah makbulkan jugak nak jumpa sahabat seperjuangan dQ. Even tak jumpa ramai pun, sebab tak sempat. Huhu sedih. Tapi alhamdulillah, seriously, nikmat tu terasa. Walaupun saya yang paling aktif bercerita pasal Jordan dan segala bagai, tapi still, saya dapat banyak input sebenarnya. Jumpa korang tanpa sebarang kalam pun dah dapat aura tu. Aceceh.

Bi'ah memang makes differences kan? Duduk sebentar dengan korang macam ijlis bina, nu'min sa'ah dah. Hehe.

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal salih). ( az-Zukhruf : 67)

Moga-moga :)

Rasyidah, takkan duduk sana tak nak duduk dalam usrah langsung. Bajet kuat sangat ke. Budak dQ sampai sekarang pun at least ikut satu usrah tahu.

Entah, sampai bila nak hidup macam ni dekat Jordan. Memang banyak kaki-kaki yang mengejar-ngejar, sampai kaki yang berlari tak cukup kaki-kaki nak berlari. Tahle kasut Jordan tapak keras. Muehehe. Tapi, sampai bila lah kaki-kaki ni nak stop and begins to hug them. Uhuk. Tak tipu, saya menipu dalam berusrah. Tak bawa hati. Tak bukak hati. Kadang-kadang je bukak. Bila sampai part yang tak seronok, slow-slow hati pun turunkan penghijab hati. Huhuh. Setakat ni, pengisian memang tak ngam dengan diri. Ingat lagi time tak matured dulu buat gedik pergi jumpa Kak Liza. Adeh, bikin malu saja. Penat je fikir pasal benda ni kan. Tak habes habes lagi.

Pasti ada hikmah mengapa Allah tarik nikmat dQ, dan hadiahkan nikmat Jordan ni. Pasti ada. Ya, pasti ada.



Peluang paling dekat dan paling boleh dimanfaatkan adalah kami berenam sendiri. Walaupun tak dilabel sebagai usrah, tapi sebenarnya kita dah macam satu usrah. Cuma perlu ada pengisian yang perlu ditambah. Supaya keluarga kita boleh jadi keluarga yang terus-terusan membuahkan iman. Ukhuwah kita jadikan satu wasilah untuk kita kumpul ilmu. Ilmu untuk mencukupkan bekal taqwa kita. Yeah doktor ummah. Go go go. Ngehs.

Sem baru ni,kena bawak semangat baru.  Ceh, ayat sama setiap kali sem baru muncul. Semangat muncul, tapi usahanya sekejap macam mata kejam celik kejam celik. Tapi sem ni dijangka walaupun takde semangat pun kena bergiat aktif dengan dengan Pharmacology Microbiology Biochemistry Community Medicine Pathology. First time ambik subjek Medic sebanyak ni. Selama ni paling banyak dua subjek pun dah terkapai-kapai kelemasan. Kelemasan kerana kemalasan. Moga logy-logy ini boleh dihadam laksana loji air. Hekhek.

Walaupun tatkala subjek Medic menhumbam(ayok, cemana ejaan?) diri ke arah situasi yang tak disangka-sangka, tapi subjek nilah yang menjadikan diri semakin belajar dari kehidupan yang singkat ini. Sesungguhnya benar, manusia ini sebaik-baik kejadian. Sungguh benar, manusia bertawakal diberikan rezeki Allah melalui jalan yang tidak disangka-sangka. Sesungguhnya, ayat Allah dalm surah az-Zumar, la taisu min rahmatillah itu perlu diaplikasi sepenuhnya ke dalam kehidupan. Sesungguhnya, manusia memperoleh apa yang diusahakannya. Sesungguhnya, la yukalifullahu nafsan illa wus'aha. Sesugguhnya untuk meninggalkan maksiat itu benar menghidupkan hati menerima ilmu. Sesugguhnya Quran ini sungguh mendidik diri dengan ilmu logy ini. Dan banyak lagi sungguh.

islamsymphony:

"O Allah! I disobey You and You conceal me. I forget You and You remember me. And when I’m back to You, You accept me. O Lord, forgive me!”

(Photo by Julien Coquentin)

Rasa excited nak terima junior seramai 40 orang. Bertambah lagi excited dapat tahu ada budak-budak generasi tubik dQ. Boleh buat reunion. Hehe. InsyaAllah, kita bina terus-terusan generasi ini hingga ke akhirnya. Supaya dapat bangunkan generasi doktor ummah yang benar-benar bergiat aktif untuk ummah. Bukan doktor-doktor yang sibuk dengan logy sahaja, sibuk dengan istilah penyakit berpatah-patah perkataan sahaja dll. Kelebihan yang Allah bagi, manfaatkan. Masa yang Allah bagi juga, manfaatkan. Teringat dulu cerita doktor Naqeb tentang generasi awal Medic Dentistry JUST. Jauh dengan sekarang. Moga generasi kita bertahan lama ye. Walaupun fizikal nampak sedikit kuno, orang kata tak nampak budak Medic, tapi biarlah hati kita up-to-date.

Hari tu time pergi Konvensyen Bidadari. Ada dua part yang betul-betul exciting. Satu part Ustazah Fatimah Syarha, time dia sharing pasal 'Kebebasan Wanita di Zaman Risalah', sampai saya terobses dengan buku Kebebasan Wanita karya Abdul Halim Abu Syuqqah, 6 jilid kesemuanya. Dan sekarang masih terfikir-fikir macam mana nak angkut bawak Jordan. Orang dari Jordan bawak Malaysia, ni dari Malaysia bawak Jordan. Perlunya wanita yang betul bersungguh tegakkan hak wanita dan tahu apa yang wanita boleh dan tak boleh buat.

Second part, time Wardina. Tersentuh bila dia cakap :

"Tadi bila Ustazah Nazirah share pasal keadaan orang sekarang yang terlampau memuja mereka yang penuh dengan kehidupan duniawi, saya sangat terkesan. Macam mana ummah sekarang boleh tergila-gilakan artis-artis yang terlampau duniawi. Dulu waktu saya jahiliyyah, kawan dengan artis-artis, nothing saya dapat. Kawan-kawan yang ridiculous, cakap pasal hiburan, mengumpat, dll. Saya tak boleh nak ungkapkan macam mana saya nak bersyukur bila saya boleh stick kat jalan ni"

Sedetik, sebak dia keluarkan kata-kata. Merasa gelapnya jahiliyyah, menyebabkan terlampau sayang untuk dia keluar dari cerahnya iman. Mereka lebih menghargai jalan yang mereka sudah temui. Sampaikan Wardina boleh buka satu kelab usrah. Berusaha mencari jalan pulang walaupun seperit mana. Walupun ilmu setitis dua. Sedangkan kita yang tahu sebaldi dua, tak menghargai apa yang ada.

“Allah adalah wali/penolong bagi orang-orang yang beriman, Allah mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan menuju cahaya. Adapun orang-orang kafir maka penolong-penolong mereka adalah thaghut, yang mereka itu mengeluarkan mereka dari cahaya menuju kegelapan-kegelapan. Mereka itulah para penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (QS. al-Baqarah: 257)

Semoga Allah kuatkan roh dakwah dalam diri-diri kita.

Post ni memang berliku. Kejap belok kanan kejpa belok kiri kejap straight. Tak nampak hala tuju. Sebab tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Sebab tu asyik sesat jalan. Hihi.

islamographic:

For the sake of ALLAH!

*Pengintip blog berpesan, jaga hati, jaga diri. Terus-terusan mengintip, kadang saya lemas tanpa diintip. Ngee.





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi