Kata Dia

Saat dia berbicara,
Bertutur tentang aku,
Diam aku terkesima,
Bukan mengagumi dia,
Tapi akan berkuasanya Tuhan,
Menganugerahkan ilham.

Aku diam lagi,
Tahu dia bertutur secara bijaksana,
Tahu dia memendam 1001 rahsia,
Tahu dia merahsiakan daripada semua,
Akan hatiku yang kelam.

Tiba-tiba dia diam sementara,
Mengkhabarkan cerita,
Akan dugaan yang bakal menimpa.

Aku kelu lagi tanpa bicara,
Berfikir, ujian ataupun bala?

Lantas dia berkata,
Jadikan Allah itu tunjang,
Tempat berpaut tatkala dibawa arus,
Moga tidak sesat terus,
Dibawa sempitnya jiwa.

Aku hembuskan nafas,
Berharap perginya bersama keluh kesah,
Aku ingatkan hati,
Bukankah 'la yukaliffulllahu nafsan illa wus'aha'?
Dan ingatlah akan doa selepas ayat ini,
Aku ingatkan lagi hati,
Mungkin Allah mahu pasakkan diri,
Berpegang terus kepada Dia.

Hidup,
Penuh suka duka,
Penuh penipuan,
Penuh gurau senda,
Betullah negeri akhirat itu lebih beerti,
Buat mereka yang bertaqwa.

Moga Allah terus membimbing,
Kerana bimbang aku jika lalai mengingati-Nya,
Hanyut dalam dunia ini.

Bimbang aku,
Terlampau mengeluh akan panasnya matahari,
Akan lebatnya hujan,
Sehingga aku berlalu dengan kesedihan,
Meninggalkan pelangi yang baru sahaja menyapa.

Allah, aku mohon terhindar,
Akan hidup tanpanya hikmah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi