Teguh

Bismillah.
Terlejut dapat panggilan daripada Athirah. Ketakutan sampai bunyi macam nak menangis.

"Kak Syidah, macam mana ni, akak tu dah ada depan pintu rumah kitorang, kak syidah macam mana ni. Takut sangat. Ramai takde kat rumah ni.."

"Eh Tirah rileks, jangan takut. Awak buka je pi tu, layan dia macam awak tak tahu pape. Jangan buat tahu sangat, awak cool je"

Dan sebelum tu.

"Syidah eh, aku dok tahu nok wak gane ni, aku nok wak gane ni. Ye dok massok nasik lemok dapor tu. Lepah ni pukul 7.30 ye kata nok wak liqa' doh syidah gane ni. Mg mari sini buleh dok?"

Tarik nafas, hembus nafas. Tarik nafas, hembus nafas.

Hatta senior pun boleh lagi diajaknya berkali-kali masuk usrah, nikan adik yang baru je kenal bumi Sweileh semalam tu. Hailah. Dahsyat semangat ni. Berkobar-kobar laksana api. Tapi api yang memakan jiwa lain.
Sebelah pihak berkata, perjuangan kita kerana Allah, bersabarlah. Perjuangan memang benar menyakitkan. Sabarlah, Rasulullah dulu sungguh banyak ujian yang diterima waktu nak sebarkan dakwah. Kita hidup memang kena berjihad di jalan Allah. Rela korbankan diri kita, wang dan sebagainya.

Sebelah pihak lagi berkata, sebab apa terlampau memaksa? Kalau orang tak suka jangan sibuk nak suruh orang join sekali.

Dulu dakwah Rasulullah, yang menentang baginda adalah kafir yang tak nak dengar cakap. Takkan nak disamakan dengan Muslim yang jugak memperjuangkan Islam kot. Hatta Rasulullah tak memaksa dalam memilih Islam, inikan memaksa menerima tarbiyah yang kita bawa, meskipun kata kita tarbiyah kita adalah tarbiyah terbaik, yang mengubah manusia. Bukan paksa, pujuk, berbudi sehingga mengharapkan orang lain berjasa motif kita. Benar, mungkin tarbiyah anda baik, tapi tak semua orang boleh terima fikrah tu, tak semua boleh terima cara ajakan tu, tak semua boleh terima pengisian tu. Justeru jangan memaksa mereka memilih.

Bukan melarang mebuat kebaikan, tapi muhasabah balik cara berdakwah tu. Jangan terlampau sibuk kita cari mad'u, sampai lupa tujuan dakwah sendiri. Kan ke, hikmah dan mau'izah hasanah. Yang ramai pekakkan hati buka telinga tu, sampai bila nak tahan. Nanti lama-lama pecah yang kat dalam tu. Ambik cawan, terbalikkan. Tuang air. Tumpang kat bawah. Basah. Tak dapat pape. Malah makin teruk keadaan. Sama macam tak buka hati, takde maknanya pun. Curah banyak-banyak, tak masuk pun dalam hati tu.
Kita semua terlampau banyak kekurangan. Muhasabahlah dalam menyampaikan dakwah.

Saya melihat satu fenomena di Jordan ini apabila datangnya pelajar-pelajar baru maka ada pihak yang berebut-rebut untuk mempengaruhi mereka mengikuti fikrah tertentu dengan belanja makan dan sebagainya sehingga kadang-kadang menyusahkan AJK SPB yang ditugaskan sebelum ini.

Nasihat saya, tarbiah yang anda ikut selama ini mengajar utk anda jadi mukmin yg setiap tindakan dan perkataannya tidak menyakiti mukmin yang lain tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Tunggulah sehingga kerja-kerja penempatan pelajar ini selesai jika ingin kempen fikrah masing-masing. Tak perlu terburu-buru jika benar fikrah yang anda bawa itu solid dan relevan kerana manusia yang hebat itu seperti logam yg tetap bersinar walaupun diselaputi tanah. Tindakan terburu-buru menampakkan anda sendiri tidak yakin dengan fikrah yang anda bawa mempunyai hujah yang kuat dan utuh sehingga anda takut "si dia" akan dikebas orang.

Ingat setiap hati yang anda lukakan tanpa alasan yang benar perlu dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah. ini pasti tidak diajar oleh jemaah/usrah anda.

-Ustaz Rozaimi.-

"Manusia yang hebat itu umpama logam yang tetap bersinar walaupun diselaputi tanah"

Biarkan mereka memilih, cara membuang tanah yang diselaputi itu. Jangan memaksa, dalam menentukan medium mereka. Ajak tak sama dengan dengan paksa, ataupun berbudi bersebab.

Bukan kerana kita tiada tentangan, kita sentiasa betul. Bukan kita pandai perang mulut sebut hujah, kita yang paling benar. Bukan kita bebas buat program, semua benda bermanfaat. Ambil contoh, ambil ibrah, ambil pengajaran. Yang buruk kita tolak, yang baik kita ambil.

Program yang sudah disenaraikan berbagai objektif itu, bukan nak ditenung oleh pihak atas semata-mata. Tapi tanggungjawab dan amanah kita untuk menyelesaikannya. Maka kita yang melaksana, perlu buat sehabis baik, tatkala mulut kita laksana bertih jagung mengata orang. Kalau betul pengisian kita seposen dua, tak perlulah kita naik angin tatkala pihak sebelah sana sibuk promote mereka sendiri. Manusia kan sentiasa mengiginkan yang terbaik. Persoalannya, kita terbaik ke?

Jangan siakan masa yang kita ada dan dapat. Guna sebaiknya. Pengisian perlu betul bermanfaat untuk kita. Bukan sekadar horay-horay, bergelak ketawa, sembang isu semasa Jordan kawin, lepas tu balik program. Come on. Mereka di sana dah turun bukit, kita baru mendaki 10 langkah. Bayangkan, dalam keadaan tentangan yang nyata, jiwa yang tidak mahu, masih mampu mereka memberi tarbiyah. Kita dengan segala peluang yang diberi, mensiakan. Kata kita jangan berat sangat, nanti orang tak suka. Eishhh, yang ramai dah terpaut dengan tarbiyah pihak sana tu, tak ke sepanjang masa mereka mengisi masa program dengan roh dakwah.

Jangan malu melihat kesalahan kita. Jangan sibuk mencari alasan, untuk kata kita benar. Pandang langit, ingat kita kerja kerana Allah. Bukan hadaf kita untuk capai segala jawatan atau duduk bergambar dengan tersengih dan dalam hati mengatakan, yeah! Aku pimpinan. Sebaliknya hadaf kita dalam menyampaikan dakwah yang terbaik, buat kebaikan ummah. Kadamg kita kena duduk menyendiri, cari kesalahan yang masih ada, istighfar. Baiki.

“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Fussilat : 34

Oh, janganlah jadi perugi sangat. Nanti lama lama orang lari. Cermin diri.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi