The End (2)

Bismillah.

Hari ni, dah habislah result keluar setelah sekian lama menunggu result Anatomy yang sangat ditakuti lagi digeruni. Baru je membelek post The End (1). Semester yang semakin banyak berubah. Sangat banyak. Juga hati yang banyak berubah. Jiwa yang banyak berubah. Perangai yang banyak berubah. Manusia itu semestinya perlu berhijrah. Namun kadang-kadang diri sendiri confused akan hijrah yang dilakukan. Hijrah kebaikan, atau hijrah keburukan.



Hari ini, bahang Medic memang kian terasa. Bahang yang semakin menyala-nyala. Memecahkan dada-dada. Menguji keimanan sang hamba Dia. Akan benar redha, atau kufur akan takdir yang telah Dia tetapkan.

Ya, jalan ini, jalan yang aku pilih sendiri. Pilihan yang dahulu bercabang antara dua, Syariah atau Medic. Ya, hati prefer Shariah semestinya. Bidang yang sangat diminati. Tapi bila fikir balik-balik dari A-Z, ada baiknya ditinggalkan minat dahulu. Yang minat tu, boleh buatlah ala-ala minor.

Hari ini, hati semakin berombak-ombak. Memang tak dinafikan memang minat Medic, tapi jealous tatkala tengok students Shariah yang macam lagi syok silibusnya. Lagi syok muhadharahnya. Lagi syok kitab-kitabnya. Lagi syok ilmu yang boleh diterokainya. But you can't turn away from this journey. Maka Rasyidah, please do take this privileges, thus perform it better.

Tapi, hati ini yakin, jalan ini bukannya tersilap pilih. Benar payah, tapi alhamdulillah dah banyak Allah hujani dengan pelbagai peluang dan harapan yang masih lagi bertaburan. Walaupun kadang hati remuk, tapi dengan adanya Allah, tidak pernah tiada alasan untuk seorang hamba berhusnu zhon dengan Dia. Aku ingatkan lagi hati ini, lain syakartum laazidannakum. Lain syakartum laazidannakum.



"I had no shoes and complained, until I met a man who had no feet."

Demi Allah, maka bersyukurlah.

Alhamdulillah, walaupun sungguh dihimpit dengan macam-macam versi ujian, dan tatkala jiwa dihinggap sang putus asa, hati ni sedar dengan ujian itulah diri ini makin ditabahkan, makin disedarkan. Dengan tanggungjawab yang pelbagai rupa, diri ini makin belajar caranya utnuk hidup berdikari. Melihat hidup, bukan sekadar dengan kaca mata dunia, malah dengan kaca mata akhirat. Sungguh jika hal dunia dilihat dunia, mana amalan kita untuk kita tuai di negeri akhirat.



Hari tu, bila dah kaji materials JUST. Dengan terkejutnya tahu materials JUST senang daripada UJ. Budak JUST, senang je nak score dan ada yang setanding dengan budak Arab yang scorer. Tapi kat UJ ni, setakat ni, takde lagi. InsyaAllah akan menyusul ba'da qalil. Walaupun markah A Anatomy dikhabarkan 99. Yes, that was a very super duper mega triple shock. Rasa macam tak logik seorang manusia boleh salah sebegitu sikit. Tapi bila fikir diorang study 6 jam sehari tu, memanglah tak impossible. So, Malaysian students, anda bukan bodoh, tapi anda malas.

Last but not least,





Ni budak nerd Arab ni.

Tutup lembaran study, buka lembaran al-Quran.

Keif hal ya Qur'an ? Alhamdulillah lagi, dah diberi peluang untuk tasmi ' bersanad dengan Fatimah Hamdan dekat Abdali, dapat khirij Qaedah Nuraniah, dapat masuk Musabaqah walaupun tak menang dan sebagainya. Banyak dah Allah bukan peluang untuk take part dengan Qur'an. Tapi kadang-kadang hammassah tu, tak selalu stabil macam malam sebelum pergi Abdali ataupun malam sebelum Musabaqah. Kadang-kadang aktiviti kecil sebesar semut pun boleh melalaikan diri dari al-Quran.

muslimdaily:

Reported by Uthman bin Affan (RA): The Prophet (peace be upon him) said, ‘The most superior among you are those who learn the Qur’an and teach it.’
- Bukhari

Baru ni geng IQRaC dah tamat imtihan Niha'ienya. Dan sekaligus berakhirlah jugak kehidupan dah mujahadah di darul Quran JAKIM. Benar, pasti sayang meninggalkan bumi itu, walaupun kalian semua akan tetap berjumpa sesama kalian dan terus bersatu menggabungkan satu kuasa yang super hebat iaitu : saling menguatkan! Btw, bittaufiq wannajah bilquran wa bidirasatikum, insyaAllah, Allah yusahhil umurakum.



Tu baru cakap pasal al-Qur'an di akal, di kepala. Bukak pulak pasal Qur'an di hati. Sungguh, menyayat hati. Banyak mana dah intipati Qur'an yang betul-betul diamalkan. Banyak mana Qur'an yang dihafal bawak bekas kat hati nan dalam. Bnayak lagi ruang yang tembus-tembus dengan jahiliyyah. Masih terlali dengan bawaan syaitan walhal ia telah berjanji untuk mendatangi manusia dari pelbagai arah. Seolah-olah manusia langsung tidak kisah akan perihal akhiratnya, dan seterusnya mengabaikan kata-kata sang Iblis tersebut.

 ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِم الأعراف:17

وقال الشيطان لما قضي الأمر إن الله وعدكم وعد الحق ووعدتكم فأخلفتكم وما كان لي عليكم من سلطان إلا أن دعوتكم فاستجبتم لي فلا تلوموني ولوموا أنفسكم ما أنا بمصرخكم وما أنتم بمصرخي إني كفرت بما أشركتموني من قبل إن الظالمين لهم عذاب أليم ( 22 ) وأدخل الذين آمنوا وعملوا الصالحات جنات تجري من تحتها الأنهار خالدين فيها بإذن ربهم تحيتهم فيها سلام ( 23 ) 

AllahuAllah, hidupkan hati ini, dengan Nur al-Qur'an. Nur yang takkan malap selama-lamanya, hinggalah ke hari akhirat.

Hidup ini, keseluruhannya berkisar tentang hati. Maka benarlah sabdaan Rasulullah :

إن الحلال بين وإن الحرام بين ، وبينهما أمور مشتبهات ، لا يعلمهن كثير من الناس ، فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ، ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام ، كالراعي يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه ، ألا وإن لكل ملك حمى ، ألا وإن حمى الله محارمه ، ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله ، وإذا فسدت فسد الجسد كله ، ألا وهي القلب رواه البخاري ومسلم .

Jika hati kotor, hitam, semua benda nampak negatif, semua benda benci, semua benda nak persalahkan taqdir Allah, semua benda nak su'u zhon, maka teruslah gelap hidup ini. Hatta pengisian hidup yang sangat senang, mahupun pengisian hidup yang penuh dengan ujian Allah, semuanya akan nampak kabur, tanpa sinar.

Tapi jika hati bersih, semua benda nampak 'aksun yang disebutkan tadi, maka cerah bersinar-sinarlah hidup ini, hatta didatangi anak semut ataupun didatangi ombak ujian Allah yang sangat mencabar.

Semuanya bergantung pada hati.

Tapi hati, mengapa terlampau senang berbolak-balik? Sekejap beriman, sekejap kufur. Kadang-kadang doa yang diucapkan pun, takde sense saat hati kufur.

اللهم يا مقلب القلوب والأبصار ثبت قلبى على دينك وعلى طاعتك

Allah, aku mohon hati yang sentiasa patuh akan tarbiyah yang telah Engkau ajarkan sesempurnanya.

Tatkala hati dihujani pelbagai perkara yang mengundang resah. Gembira ditakuti menjadi penyebab sedih di akhirat.

light-up-your-life:

Allah teaches us to complain for our pain to our merciful creator, because He is the only who really knows what is inside us, and the only one who can change our sadness into happiness…
Arabic translation:
{قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ }
قال إنما أشكو بثي وحزني الى الله

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi