Kita Milik Ummat

Bismillah.

Tak pernah mengimpikan kehidupan yang seperti ini, atau, menyangka akan mempunyai kehidupan seperti ini. Tapi saya tahu, semua yang Allah dah tentukan semakin mengajar saya erti kehidupan yang sebenar, semakin mengajar saya untuk menjadi lebih matang dan belajar untuk menghargai masa yang 24 jam itu.

Mungkin Allah nak ajar, banyak dugaan Dia bagi time imtihan awwal baru-baru ni. Markah, sungguh tak menyedapkan hati langsung. Lagilah tercabar dan remuk hati bila tengok markah budak Arab yang tinggi menjulang langit, sampaikan yang dapat 40/40 untuk Anatomy pun ada. MasyaAllah, barakallahufikum. Masa dapat result yang down, diri rasa terlebih lagi down daripada result tersebut. Takkanlah tak sedih, budak Arab yang lain semua dapat score, tapi kami ni hah, markahnya, cukup makan pun tak.

Bila analisis balik diri sendiri, benarlah, usaha belum cukup, study memang lompang-lompang, takkan nak samakan result dengan budak Arab yang usahanya tinggi menjulang tu.

Bukan ke,


وأن ليس للإنسان إلا ما سعى
“Dan bahwa sanya seorang manusia tidak akan memperoleh selain apa yang telah diusahakannya”
(QS. An-Najm : 39)

Sedar di mana salah, tapi bukan senang nak betulkan immediately :(

Sedang pulak berfikir, macam mana nak stabilkan result yang compang-camping, tiba-tiba Allah bagi amanah yang besar pulak. Tak expect langsung, akan naik jadi Timb Bendahari Agung PPMA. Lidah pun kelu nak terima perlantikan, sebab keputusan syura, bukan senang nak bantah. Dah diamanahkan, kemudian mencurah-curah tanggungjawab datang.

Tak ditambah lagi dengan tanggungjawab yang sedia ada, nak kena jaga Quran, nak kena travel tiap hari Sabtu ke Abdali, nak kena ijlis bina nu'min sa'ah, kena commit dengan usrah PPMA. 

Sampai aku terfikir, macam mana hidup Rasyidah boleh jadi sesibuk ni ?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Time, please be enough.

Mulalah merancang satu persatu, penuh dengan tampalan itu tampalan ini, saya yang susah nak ingat tarikh ni pun akhirnya ada calendar yang dah ditampal kat dinding.

Terfikir, aku bukan pengurus masa yang baik. Dulu, jadi feveret kalau sampai sekolah paling lambat, paling feverte jugak turun kelas tasmi' lambat waktu kat dQ sebab tidur sebelum pergi kelas. Tapi sekarang, tiap saat rasa sungguh berharga. Kena manfaatkan setiap detik. Sungguh, saya bukan penjaga masa yang baik, tapi semua yang Allah kurniakan dalam masa yang serentak dan mengejutkan ni, mungkin adalah latihan daripada Allah untuk saya menjadi pengurus masa yang baik. Menjadi seorang yang faham, betapa berharga tiap detik saat yang kita lalui. Terasa semakin teramanah untuk langsaikan tanggungjawab di dunia Allah sebagai khalifah-Nya. Terasa semakin dekat dengan Maha Penjaga Masa, untuk sentiasa meminta supaya dapat mengurus masa yang ada dengan baik.

Namun dengan amanah yang bertimbun, kadang-kadang terasa agak jauh daripada-Nya. Mesyuarat bertimbun, nak kena jaga hati sendiri, jaga hati orang lain, masa-masa khusus untuk Dia dah dikorbankan, kadang terlampau letih sampaikan tak terkejut qiam :( Dan lain-lain. Terasa tersusuk lagi, seperti aku hanya menggunakan waktu yang tersisa untuk mengingati Dia, padahal masa yang tersita aku gunakan untuk urusan dunia. :(

Namun, pandanglah dunia ini dengan dimensi akhirat.



Jika semua urusan dunia, adalah untuk urusan dunia, apa guna kita katakan kehidupan dunia ini untuk kehidupan akhirat? Jadi pandanglah dengan dimensi akhirat, maka insyaAllah, setiap waktu akan jadi ibadah untuk Allah. Maka sangat pentinglah mentajdidkan niat sentiasa, ikhlas keranaNya, kerana bimbang, segala penat lelah tidak bermakna di sisi Allah.

Sabda Rasulullah dalam satu hadith Qudsi :

" Pada hari akhirat itu, aku akan mengambil manusia yang paling derita hidupnya di dunia ini, maka aku akan celupkannya ke dalam syurga, maka Aku bertanya ' Apakah kesusahan kamu ketika di dunia dahulu ?' Maka dia menjawab "Tidak, aku tidak mempuunyai sebarang penderitaan di dunia dahulu. Lalu aku mengambil pula manusia yang paling banyak nikmatnya ketika dia di dunia, lalu Aku celupkannya ke dalam neraka, lalu Aku bertanya ' Apakah nikmat kamu ketika di dunia dahulu?'Maka dia menjawab, 'aku tidak pernah mendapat apa-apa nikmat ketika di dunia dahulu."



Maka begitulah, betapa kecilnya dunia ini, jika kita memandang dunia dari dimensi akhirat. Tapi, fitrah manusia, akhirat tak pernah kita nampak, tapi dunia yang menipu ni, memang sentiasa terbentang di depan mata. Maka sangat susah untuk kita menjaga diri, untuk sentiasa berjalan landasan dunia berlapikkan akhirat. Kadang-kadang hal dunia terbawa solat, belajar, sembang, berbincang sampai melewatkan solat. Memang, manusia sentiasa perlu diingatkan dengan amaran Allah, supaya manusia sentiasa takut untuk mengabaikan masa dunia ini. Kerana manusia perlu sedar destinasi terakhir bukan dunia ini, tapi destinasi terakhir adalah akhirat, dan matlamat kita syurga.

Semakin banyak beban-beban, sehinggakan diri sendiri tak sedar bahawa ujian itu dari Allah. Berusaha semampunya, usaha ! usaha ! Sampai lupa meminta. Faiza 'azamta fatawakkal 'alaAllah. Kadang usaha dahsyat sangat, tapi tawakkal tak sedahsyat usaha. Bila selesai urusan diusahakan, tawakkal di mulut, tapi bukan di hati.

Diri ini perlu sentiasa diingatkan, baik ketika senang, ataupun susah. Ada manusia ketika senang dia melupakan Allah. Ada manusia ketika susah di menyalahkan takdir dan Allah.


 وإذا مس الإنسان الضر دعانا لجنبه أو قاعدا أو قائما فلما كشفنا عنه ضره مر كأن لم يدعنا إلى ضر مسه كذلك زين للمسرفين ما كانوا يعملون  

Belajar daripada kehidupan dan pengalaman, sungguh menakjubkan. Ada hal yang tidak dapat diungkap oleh kata-kata, bahkan kalimat yang dapat menerangkannya. Semakin lama di sini, semakin banyak perkara yang dipelajari, baik ilmu mahupun pengalaman. 9 bulan di sini, rasa semakin terisi, alhamdulillah. Sentiasa berdoa dan berharap, agar sentiasa menjadi manusia yang berfikir, tentang berhikmahnya Allah menjadikan tiap sesuatu, tentang kebijaksanaan Dia mengatur alam ini. Moga sentiasa diberi ilham oleh Allah untuk menjadi manusia yang pandai memakmurkan bumi ini dan menjadi khalifah menjalankan amanahnya.

Kita sedang diproses di kilang dunia Allah, untuk menjadi produk berharga dan bermanfaat satu hari nanti. 

light-up-your-life:

Arabic Transaltion:
{أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ}


How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay, oh

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's a just bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many years, quickly slipping by
Like the Sleepers of the Cave
Wake up and make a choice
Before we end up in our graves
O God! You didn't put me here in vain
I know I'll be held accountable for what I do
This life is just a journey
And it's taking me back to You

So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they'll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation, oh

Ya Allah, aku lemah, kuatkan :'(


رحمن يا رحمن
ساعدني يا رحمن
اشرح صدري قرآن
أملأ قلبي قرآن
واسقي حياتي قرآن
،،،

لله لله
يهفو أملي لله
ولحفظِ كتابِ الله
من أولِ باسم ِ الله
للختم وللرضوان
،،،

يا نور يا نور
يا مــُـحكم يا تنزيل
لمحمد عن جبريل
من رب العرش دليل
للعالم والأنسان
،،،

تكبير تكبير
للحافظِ وهو صغير
وضـّاء العين قرير
يحملُ فجراً ليــُـنير
بتلاوته الأكوان

:'(

Hayyu Syarqi, Sweileh, Amman.


Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi