Friday, May 17, 2013

Penat Kalian Benar Bermakna

Bismillah.

Currently, leaving my anatomy slides for a while. A while? Satu post a while ke ? Ngengeh. Tengoklah pengakhirannya nanti.



Entahlah genap berapa bulan sudah, kaki ni dah melangkah meninggalkan bumi barakah, Darul Quran JAKIM. Tempat yang sangat-sangat-sangat-sangat mengajar erti hidup walaupun hanya 6 bulan jasad sempat bersemadi di situ. Eh, bersemadi? Tapi, sungguh, ruh Darul Quran akan terus hidup dalam diri ini, semoga semnagat Darul Quran terus bersemadi dalam diri selamanya.

Ya, saya bukan start menghafal al-Quran di bumi barakah ini, saya start mengenal hafalan al-Quran semenjak usia 13 tahun, di Imtiaz Kuala Berang. Tak dapat dinafikan Imtiaz sangat banyak mengajar saya erti hafalan Quran itu sendiri, tapi saya tak dapat menafikan saya hanya mengenal indahnya hafalan al-Quran setelah dihantar Allah ke bumi darul Quran. AllahuAllah, betapa istimewa bumi barakah ini, walaupun dah lama meninggalkannya, tapi masih terasa ruh tersebut subur dalam diri.



Dulu, sebelum masuk dQ, memang plan fast tracklah, advance fast tack dan segala bagai. Tapi last sekali, dQ dah stop ambilan fast track kerana cases yang berlaku sebelum ini. Namun, terpasang niat di hati, hatta slow track pun tak mahu diambil kalaupun boleh, setelah merasa pentarbiyahan dQ yang cukup, cukup, cukup, istimewa.

Namun takdir ini, bukan dipinta.


Alhamdulillah, Allah sebaik-baik perancang, dapat khatam dalam tempoh 5 bulan satu kenangan yang sangat istimewa. Entah dari mana Allah mengurniakan kekuatan untuk tasmi' 1 juzu sehari sebelum perpindahan Ustaz Rasul ke kumpulan banin. Terima kasih ustaz, kalau tak kerana ustaz, memang ana rasa memang tak ada semangat nak pecut time tu. Tapi, time tu pecut, bukan ada niat nak keluar dQ, namun inilah perancangan Allah.

Bukan senang, untuk saya angkat kaki dari bumi barakah ini.

Setelah bertemu dengan sahabat-sahabat yang super hebat, saya jadi sayang, sayang sungguh dengan bumi ini. Bertemu mereka yang seolah-olah diberikan kuasa dan momentum yang sangat hebat oleh Allah. Dulu, waktu di Imtiaz, tak semua mereka yang serius dan ikhlas mengahafal. Tapi di dQ, semua insan di sini adalah mereka yang menginginkan al-Quran itu sendiri. Di Imtiaz, ada insan yang 5 tahun menghafal, namun, tak khatam. Tapi di dQ, tiada insan yang tidak khatam, walaupun 1 tahun setengah menghafal.

Saya tidak ingin mengatakan semua insan di dQ diberi ingatan yang sangat pantas oleh Allah. Tidak sama sekali. Ada yang sangat laju, ada yang sederhana, ada yang lambat. Dan masing-masing mempunyai cara tersendiri. Dan betul-betul membuatkan saya terharu, di sini, ada yang stay up setiap hari kerana Quran, ada yang bangun seawal 3 pagi demi al-Quran. Kalau bangun pukul 3 pagi, keluar bilik, memang akan ada suara-suara yang melagukan Kalamullah itu. Ya, ada! Ada yang tersengguk dengan Quran. Ada yang sanggup tak tidur atas katil takut tak terjaga. Ada yang sanggup stay masjid sampai ketiduran di lewat malam. Ada yang duduk di tepi tangga demi lampu koridor. Sungguh, saya takkan bertemu lagi degan bi'ah ini.

Mujahadah kalian, hanya Allah yang melihat, hanya Allah yang membalas. Cemburu, kadang-kadang, tidak dikurniakan semangat sekental kalian.

Dulu, saya merasakan 5 mukasurat sehari, mustahil, tapi sekarang, sungguh kalian merubah persepsi saya.

Di sana, tadhiyyah memang cukup mengajar diri. Ada yang lambat hafalan dan terpaksa durr, ada sahabat yang sanggup buat homework, sanggup basuh baju, sanggup buat apa sahaja untuk tolong sahabat sendiri.



Kalau dilistkan perkara yang cukup saya menkagumi kalian, alamatnya, tak habislah slides Anatomy ni. Ngehngeh.

Dan 18/05/2013.

Kalian akan diraikan hari ini. Beberapa jam lagi. Sungguh, sayu. Tak dapat bersama-sama menadah tangan mengaminkan doa di majlis yang dinaungi para malaikat tersebut. Tak dapat mengenakan jubah yang sama color tu dan dapat ambik gambar kenangan bersama. Tak dapat nak memegang sijil khatam daripada Darul Quran JAKIM. Tak dapat nak meraikan kemenangan setelah jerit payah pedih kita selama ni. Tak dapat nak ajak mak ayah bertemu dengan sahabat saya yang sungguh hebat. Hanya terbayang, majlis tersebut seperti mana tahun lepas di Majlis Khatam akak Pensijilan sesi lepas. Rupanya ada sebab kenapa Allah lantik jadi AJK time tu.

Cukuplah kiriman doa dari bumi Syam mengiringi kalian esok. Alhamdulillah, saya masih bersyukur dikurniakan sahabat perjuangan yang berkongsi rasa yang sama. Diboh, nanti kita sambut Majlis Khatam awok eh. Dan juga peluang kat sini yang melimpah ruah. Cuma tinggal untuk diguna dnegan sebaik mungkin, untuk memanfaatkannya. Benar, saya harus bersyukur, tapi tak dapat dinafikan kadang-kadang semangat itu luntur tanpa bi'ah tersebut.

light-up-your-life:


With legs to take me where I’d go.With eyes to see the sunset glow.With ears to hear what I’d know~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*Oh Allah, forgive me when I whine.Everywhere, in all our lives, these are His signs

Arabic trnaslation:
{وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللَّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ }

Sungguh, hilangnya kalian tiada ganti. Moga Allah pertemukan semula kita di syurga nanti.

Eh sebelum tu, tak sabar nak jumpa kalian cuti ni. Wajib singgah UIA especially untuk tebuk kalian. Hehe.

Ok, a while tu one hour.

1 comment:

  1. syidosh, doakan kita semua kuat dan mampu untuk habiskan. series, sangat jeles dengan mereka, tapi, kita makin nampak dah sikit demi sedikit hikmah Allah campakkan diri kita kat Jordan ni. :)

    ReplyDelete