'The Precious Gile' Soft Skill

Bismillah.

Agaknya dah memang takde tajuk lain yang nak ditulis. Tapi ni seriouslah. The Precious Gile Soft Skill. And the soft skill ialah, bercakap di hadapan umum. Satu soft skill yang perlu dimiliki oleh insan yang mahu menggelarkan dirinya sebagai da'ie yang serba boleh, selain menterjemah usaha dakwahnya melalui medium yang sangat hangat seperti facebook yang terkenal dengan butang share, ataupun twitter dengan retweet, dan blog, juga quotes yang selalu saya sedut dari da'ie-da'ie yang entah dari mana. Heh.

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.”
( QS. An Nahl : 125 )

Hari tu, diberi peluang untuk jadi panel forum batch, tapi disaksikan juga oleh senior yang arif lagi bijaksana. Tapi alhamdulillah, tak sangka boleh dipilih untuk menjadi salah satu panel, sedangkan ramai lagi yang lebih lebih layak. Walaupun saya sedar memang tak layak pun. Tapi disebabkan bbeberapa asbab, relakan sahaja. Malu memang malu. Menyedari bahawa diri ini adalah budak medic yang jarang juga berhadapan dengan kitab-kitab, lecture Arab dan bermacam lagi. Duduk sebaris dengan mereka yang sangat tinggi ilmunya, membuatkan tertunduk sehingga mata menembusi membocorkan pentas. Okay over. 


Tapi, bukan senang untuk bercakap di hadapan umum. Bahkan sangat susah, Dan satu yang pasti, untuk saya yang sangat tak biasa, memang apa yang tercatit cuma, yang dapat diungkapkan ketika itu. Takde unsur tambahan yang lebih daripada tu. Dan untuk menconclude, memang untuk mendapatkan soft skill itu, diri perlu dilatih, dengan latihan yang benar benar istiqamah. Juga ditaklifkan menjadi penolong ketua batch dengan cara yang langsung tak disangka, bukan sesuatu yang di expect oleh diri saya. 

Dan juga, untuk memecahkan gelombang gabra dan ketakutan itu, perlukan semangat yang benar-benar kental dan berani, dan juga perlu bersedia untuk merasa malu. Memang payah, tapi inilah yang patut ditepis. Jika tidak, gelombang gabra akan berterusan, dan mungkin fikrah kita, ilmu kita yang kita harap dapat sampai kepada orang lain, akan membeku, tanpa diberi peluang untuk disebarkan.

sulemankayat:

“And if ye turn away He will exchange you for some other folk, and they will not be the likes of you.”
[Quran 47:38]
May Allah keep us on the straight path, Ameen

Namun tak dinafikan, bukan senang untuk mendapat keyakinan tersebut tanpa adanya ilmu yang cukup, kata-kata yang ikhlas, untuk benar turun ke hati-hati yang mendengar. Oleh itu, perlunya pembacaan yang istiqamah, menjadi pendengar juga bagi ceramah-ceramah. Percayalah dengan penyampaian yang spontan, apa yang hendak disampaikan akan menjadi lebih clear, dan menarik. 

Pengalaman di sini, yang tak sampai setahun pun lagi. Bukan senang hendak mencari budak medic yang mapu bercakap tanpa sekatan silibus dan teks. Dan secara overall, mereka yang mampu bercakap dan menembusi pemikiran yang tidak pernah terlintas, adalah golongan agamawan. Golongan yang lebih berfikir, golongan yang banyak membaca, menilai, berfikir dan lain-lain. Teringat kata-kata Ustaz Anwar hari tu, budak medic terlampau terikat dnegan sesuatu perkara, tak mampu berfikir untuk kembangkan sesuatu. Contohnya, nampak 3 medial rotators adalah pectoralis major, teres major, dan subscapularis ( ceh baru baca tadi :p) . Dan takde yang lebih dari tu. Tapi orang agamawan melihat satu nas, nampak apa yang di belakang-belakang nas tersebut. Maksudnya, tak sempitkan fikiran, untuk terima satu pendapat sahaja.

So bagaimanakah untuk menjadi seorang budak Medic yang tidak berfikir hanya setakat 3 medial rotators itu ada 3 muscles sahaja? Acece.

Saya percaya, ada jalannya. Kalau hanya agamawan yang boleh berfikir sejauh ini, hanya mereka yang mampu menjadi mereka yang mampu ke depan untuk memberikan talk dan sebagainya, rugilah golongan kami ini. 

Sungguh kagum dengan golongan yang sangat petah berbicara, menjentik hati manusia. 

Bukanlah matlamat akhir kami, untuk menjadi seorang doktor, yang bergaji tetap dan sentiasa sibuk dengan on call dan segala bagai. Bukan di masa kami study ini, semua kerja yang selain daripada akademik, harus kami campak entah ke mana, semata-mata untuk memfokuskan pembelajaran medic ni. Makanya, kami tidak mahu pulang hanya dnegan membawa ilmu medic yang menggunung, tanpa menyedut ilmu soft skill, ilmu agama dari sahabat-sahabat yang lain. Tidak wajar sekiranya, dipinggarkan kami, atas sebab kami amat sibuk. Hendak seribu dayakan? InsyaAllah ada kekuatan yang Allah pinjamkan untuk kami mengurus masa dnegan sewajarnya. Masa itu milik Allah. Andai sempit, mintaklah diperluaskan oleh-Nya :) Bukankah kami juga memegang amanah hamba dan khalifah Allah?


6 tahun di sini, moga dapat membina soft skill yang pelbagai dan terutamanya untuk memecahkan gelombang gabra, dan juga memecahkan pemikiran sempit, juga menjadi orang yang berfikir secara rasional.

 "Dan carilah dalam kurniaan yang Allah berikan kepadamu itu (keselamatan) negeri akhirat. Tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu dari di dunia." (Surah Al-Qasas, ayat 77)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi