Tuesday, February 26, 2013

Nikmat dan Musibah

Bismillah.

Hari ini, catat sikit, 26 Februari 2012.

Usai berjumpa dengan Prof Ikram semalam, dikhabarkan beliau untuk pergi semula ke Markaz Thaqafi hari ini. Dan alhamdulillah, Allah permudahkan hari ini untuk bertemu dengan Ummu Fathimah, insyaAllah sheikhah yang akan bagi kami sanad ghaibi, setelah tertunggu-tunggu sejak hari pertama melangkah ke Markaz Tarteel dulu. Dek kerana kesibukan Sheikh Huzaifah, maka terpaksa kami menunggu, sehingga hari ini.

Dan alhamdulillah, Allah pertemukan juga kami dengan orang tersebut. Tersentuh hati waktu first time tengok wajah Ummu Fathimah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dan beliau langsung tak uji pun untuk kami lulus atau tak. Terus beliau terima, dan setuju untuk ke abdali insyaAllah setiap hari Sabtu untuk tasmi'. Moga Allah permudahkan segalanya.

hijabiz:

“You must convince your heart that whatever Allah has decreed is most appropriate and most beneficial for you.”—Imam al-Ghazali 

Usai sujud syukur selepas Solat Zuhur, kerana berita itu, rasa tenang, dan terus bangun untuk berangkat ke Markaz Lughah. Bila nampak beg takde atas rak kasut, terus pergi dekat yang lain dengan yakinnya, diorang dah ambik beg tersebut. Tapi bila diorang cakap diorang tak ambik.. dan tengok sekeliling dah takde pun beg tu..

Rasa gelap sebentar dunia. Semua benda ada dalam tu. Dompet. Phone. Hawiyah. IC Malaysia. Duit. Buku. Dan menyayat hati. Quran merah yang dari form 1 guna. Ya Allah, tahu tak betapa hancur dan luluhnya hati masa tu. Rasa pecah berkeping-keping. Rasa macam kena siat pun ada. Waaaa. Terus nangis on the spot. Tanpa rasa segan silu dengan orang Arab di sekeliling. Sampaikan ada yang sibuk tanya kenapa, kenapa?.

Ya Allah, masa tu, Allah je tahu. Tak tahu nak describe macam mana kesedihan tu. Rasa macam lemah semacam, nak baring, tidur, lupakan semua masalah. MasyaAllah.

Tapi waktu tu jugaklah kawan-kawan datang bagi semangat. Mereka pulak yang berusaha pergi sana pergi sini, smapai tak masuk kelas Arab. Terima kasih sahabat. Kalau korang takde masa tu, confirm saya dah tumbang tanpa sebarang usaha dekat musolla maktabah tu.

Bila tanya security, dia suruh tengok CCTV. Bila dah tengok, orang ulang banyak-banyak kali, dia marah pulak. Ya Allah pak cik saya tengah tensen pak cik tensenkan lagi. Fifi pulak nampak orang yang curi beg tu. Kecik-kecik, pakai tudung putih. Tapi nak detect sapa memanglah payah.

At last tak pergi pun kelas English hari tu. Tensen sampai kepala pun jadi tak berapa nak straight dan agak senget. Balik rumah cari pulak guna Phone Tracker bagai tapi memang still tak boleh nak detect.

Dan dari tadi duduk call minah Arab tu, siap hantar mesej pelbagai. Kejap dia tutup phone, bila dah boleh angkat dia letak pulak. Siap boleh hantar mesej, saya baca pun rasa nak menangis dah. Tak tahulah minah tu tak rasa kesian sungguh.

"Miskin ana. Ana ajanib. Ana ma fi nuqud. Ana ma fi fulus walau qalil. Ana ma fi walidain hunna fi urdun. Miskin ana. Miskin ana. Miskin ana."

Tak cukup kesian lagi ke kata-kata ni?

Tapi minah Arab tu memang takdelah nak respon langsung. Rasa makin remuk dicanai-canai hati ni.

hijabiz:

Seek for Him before you seek others..<3 



Ingat hari tu masa bagi forum. Nilah salah satu, cabaran. Cabaran yang ditetapkan Allah. Yang tak pernah kita sangka-sangka ataupun diketahui. Bercakap senang bila dah menimpa. Remuk iman diuji. Masih mampu bertahan ataupun tidak.

Saat inilah sedar sejauh mana keyakinan dengan Allah, setinggi mana husnu zhon diletakkan kepada-Nya. Sungguh, sewaktu ditampar dengan ujian, hanya bibir yang boleh melafazkan. Come on, ada hikmahnya. Tapi hati berteriak, kenapa? kenapa?. Ya Allah, iman ini, rumit halnya. Bukan sekadar indah di kata, senang melafazkan, tapi bukan senang mengaplikasi.

“Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin. Sesungguhnya setiap urusan baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberikan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur, dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar. Maka kebaikan baginya” (Riwayat Muslim)

Ya Allah, mukminkah aku ?

Kadang terasa terlampau lemah, perkara sebegini sudah tidak mampu bersabar. Sabar. Sabar. Sabar.



Akhirnya, Quran sudah kuning warnanya, sudah terpisah kulit dan isi, sudah berbentuk oval di penjurunya itu hilang. Quran yang selama ini menyaksikan, pahit manis pengalaman menghafal Quran, Quran yang menjadi saksi sakitnya menjaga hafalan. Hari ini, tinggal kenangan. Pencuri ! Aku sayang Quran tu!

Phone yang mak bagi sempena result SPM haritu pun, lesap.

Ya Allah berikanlah kesabaran ! Kenapa kadang-kadang hati keras mengucapkan redha?

# Sabtu ini, akan mulanya langkah baru dalam satu lagi misi penghafalan Quran. Moga nanti, akan menjadi bekas di dalam hati, supaya al-Quran ini bukan sahaja dihafal malah diamal.


ALLAHUMMA YASSIR WALA TU'ASSIR.

Dark
Submitted by ohhsoosem

1 comment: