Aku dan Jemaah

Bismillah.

Nampak tak betapa sensitif dan bisanya tajuk tersebut. Haha bajet.

Okaylah, sejujur dan seikhlasnya saya ingin menyetakan, saya sangat pening pusing lagi berputar memikirkan masalah ini. Masalah aku dan jemaah. Masalah ? Ke ? Jemaah mungkin adalah salah satu penyelasaian masalah untuk kita dalam menghadapi hidup ini. Hidup yang memang memerlukan tarbiyah supaya terus kita berjalan dalam landasan pengislahan diri dan dakwah.

Alkisahnya, baru balik daripada satu program yang dianjurkan oleh sebuah jemaah. Jemaah yang smeakin hangat diperkatakan sekarang, lebih-lebih lagi apabila menjelang pilihanraya umum-13 ini. Eheh, apa kaitan jemaah dengan PRU bagai ni ? Haha. NGO lain tak kut, tapi satu NGO ni memamng sangat besar kaitannya. Ketahuilah NGO, kerana fikrah politik kamu inilah saya jadi pening dan kusut-masai sebegini. Kusut-masai?

Kalau tak kerana fikrah politik kamu, saya akan seredha-redhanya menyahut seruan kamu itu.

Ingat hari tu time program.

" Kalau belon yang aku terima ni, belon aku, aku tak nak jadi sebahagian dari akhawat jemaah ini"
Seriously lepas tu saya dapat belon saya sendiri. Okay abaikan.



Namun saya bersyukur, kerana dipertemukan dengan akak-akak yang tinggi sungguh semangat dakwahnya. Saya kagum dengan akak-akak, seriyesli, even saya terpaksa tolak apa yang akak hujahkan itu. Ketahuilah akak, akak tak pernah gagal dan rugi langsung. Alhamdulillah dengan usaha akak itu, saya sedar betapa pentingnya dakwah dan tarbiyah dalam hidup. Dan membuatkan saya rasa ingin diikat dengan sesuatu yang mebolehahkan saya lebih stable dengan landasan dakwah dan tarbiyah ini. Juga dengan usaha akak, mebuatkan saya rajin untuk mengoogle perkara yang saya tak rasa saya nak google pun sebelum ni.

Tarbiyah kamu memang mantap, saya akuinya. Tapi dek kerana fikrah politik kamu, saya rela tidak bersama kamu. Kerana saya tidak mahu saya juga berfikrah seperti kamu semua.

Sayajuga tak mampu tamak dalam memperolehi tarbiyah. Saya tak nak saya seorang yang merasa dan faham akan keindahan tarbiyah itu. Saya juga tidak mahu persahabatan saya dengan teman-teman, tidak seistimewa persahabatan akahwat dalam jemaah, seperti yang akak bagitahu tempoh hari.



Tapi lepas sedar akan hakikat semua ini, saya harap usaha yang akan saya buat ini akan tidak sia-sia. Tidak salah, dan juga berjaya. Moga ibu-ibu di sini sudi memberikan ilmu yang mereka ada, sudi untuk meluangkan masa bersama kami, untuk tarbiyah yang kami cari. Semoga kami akan sentiasa membawa hati-hati kami dalam mendapatkan tarbiyah. Semoga fikrah kami adalah fikrah yang haq, bukan fikrah yang bathil.

Namun saya tahu, jalan ini bukan senang, bahkan agak payah. Dan insyaAllah, saya tahu bagaimana penyelesaian seterusnya jika jalan yang saya ambil ini, tidak dapat betul-betul menangani masalah ini.



Ya Allah,

Sesungguhnya aku rindu, tarbiyah yang dahulu, tarbiyah yang neutral, bukan tarbiyah yang pelu disirrkan, kerana menjaga permasalahan lain. Rindu tarbiyah yang diperolehi sama-rata walaupun kita berikhtilaf dalam berfikrah. Rindu tarbiyah yang aku dapat setiap masa, bukan pabila duduk dalam bulatan gembira itu sahaja. Bahkan tarbiyah yang disedut dari sekeliling. Tarbiyah yang sentiasa istiqamah, kerana bi'ah solehah tersebut. Kenapa perlu berpecah-pecah begini, wahai umat Islam?

Ya Allah,

Moga segala tindakan ini, bukan tindakan melulu, bukan juga tindakan yang bathil. Moga Allah meredhai setiap tindakan ini. Moga juga Dia sentiasa petunjuk yang benar, kerana selalu sahaja terasa berbelah bahagi tatkala mengambil keputusan.

islamsymphony:

The most beautiful thing is that He knows what you are about to tell Him and yet He still listens.
 - Aa’idh Al Karni عائض القرني

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi