Sobs

Bismillah.

Kebelakangan ni, asyik meluas perasaan. Ye perkara tu bukanlah lagi zikr. Walaupun hakikat blog ini bernama Wazakkir. Hihi. Kalau anda tetibe terbuka blog ini kerana saya tahu sedikit sukarelawan sahaja yang buka blog ini ketahuilah post ini mengenai luahan rasa. Again. Dan sejujurnya, biarlah blog ni jadi tempat dilontarkan kesedihan, dan sewajibnya kesedihan itu diadukan kepada Allah. Sebab saya dah rasa memang takkan ada yang akan faham dengan apa yang saya rasa sekarang. I mean, di sini. Acece, sedih tak? Tapi serious sedih ni.

Sesedih muzik instrumental, I am truly missing them.

Sape?

Dqians. Biah dQ. Biah Quran. Biah ukhuwah fillah. Biah ingat mengingatkan. Biah program dQ. Biah tadhiyyah sahabat. Biah tadhiyyah segalanya.

Saya merasa semuanya. Merasa segalanya yang semakin berubah. Merasa kehilangan di jiwa. Merasa kosong tanpa diisi.

Bukanlah hidup diisi tiada pengisian. Banyak je perkara yang baik yang perlu untuk kite approach sendiri, makanya untuk perkara itu datang sendiri ke pangkuan, goodbye je lah. Tapi untuk mencari itu, saya temui kepayahan. Untuk meneroka sendiri, bukan perkara mudah. Untuk berkorban mendapatkan tarbiyyah, sakitnya bertambah.

Saya melihat suasana di sini.

Dan yang paling berbeza di sini adalah manusianya. Eh, bukan semua tempat tu berbeza kerana manusia kah? Haha.

Quran yang perlu saya gagahkan diri untuk sentiasa mengulangnya. Saya akui, saya tidak segagah di dQ dulu. Bukan ada Masjid dQ yang tersergam indah di tepi tasik untuk stay hampir 12 jam di situ.

Sahabat. Sahabat. Saya tak tahu nak express macam mana rasa rindu kat entunna semua. Rindu nak dengar pencerahan live dari sahabat semua. Rindu sangat. Rindu nak berkongsi rasa dan cerita. Rindu menebuk. Rindu segalanya. Hanya Allah yang tahu betapa anda diperlukan semasa diri dihujani ujian. Kadang merasa tak kuat pabila Allah memisahkan kita. Tapi mungkin ada hikmah yang masih Allah sembunyikan, mungkin Allah nak ajar macam mana cara untuk berdikari mencari pengubat jiwa. Ataupun Allah mahu segala masalah diajukan kepadanya. Okay, sedih sangat ni.

Pengorbanan yang besar sangat saya kira. Tak kecil sedikit pun.

Sedih yang menggunung. !

Cuma,

Saya tahu aturan Allah itu sangat cantik. Dan Dia takkan siakan pengorbanan mahupun kesedihan diri ini. Mohon diri ini dikuatkan sehingga ke akhirnya. Takkan lah keputusan istikharah itu, satu perkara yang tidak ada hikmahnya.

Saya tahu saya harus kuat.

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi