Thursday, October 4, 2012

Ini Luahan Rasa : Saya Sayang UJ !

Bismillah.

" Akak suke duk kat sini tau, sebab kat sinilah ajar akak macam mana kuatnya pergantungan kita pada Allah. Kat sini, ramai yang akak jumpe, termasuk pengalaman diri akak sendiri. Ujian yang kadang-kadang tak terfikir dek akal, sampaikan memang takde harapan lain selain Allah. Makanya, tawakkal kepada Allah tu menjadi luar biasa. Ingat kita berada di bumi ni, Allah nak bagi ujian biasa-biasa ke? Ni ujian bumi Syam, dan kadang yang tak terasa diuji kerana nikmat yang tak putus-pustus, hakikatnya lebih hebat lagi ujian bila diri melupakan Allah "

Okay, post ini adalah post yang sedih.

Walaupun keputusan sebenar tak keluar dan tak tahu la lagi nasib macam mana sekarang tapi rasa macam tak tertahan nak meluahkan apa yang dirasa.

Bermacam ujian yang telah didatangkan Allah semasa berada di sini, tapi rasanya inilah yang paling memeritkan. Rasa yang tak dapat nak diluah dengan kata-kata, rasa yang Allah sahaja yang mengerti.

Duwalii. Mawazi. Duwali. Mawazi. Duwali RM 400k, mawazi RM200k. Dan sekarang yang bersinar adalah duwali meskipun hati masih memberi mawazi setimbun harapan. Dan YT pulak yang mengindahkan lagi cerita dengan ketidaksetujuan untuk menambah duit pinjaman kami. Dan sekarang, tinggallah 3 pilihan, pindah JUST iaitu perkara yang paling tidak diinginkan, sambung UJ dengan keadaan duit yang semput amat, ataupun masih ada harapan yang tersisa bagi mendesak EMJ memujuk UJ.

Dan seriously, hati sudah terikat kepada UJ. Dalam keadaan yang kami sudah mula membentuk biah indah inilah, ujian sebegini menimpa.

Fate

Meninggalkan bumi Amman yang sangat ohsem ini bukanlah perkara yang mudah. Lecturer yang sangat menghargai Malaysian di sini, yang sanggup menukar bahasa dalam kelas secara total saya kira dalam bahasa Inggeris. Dr Imad yang pandai berbahasa Melayu, sanggup bagi no phone kepada kami yang satu-satunya kelompok pelajar yang diberinya no phone. Dan pendek kata doktor-doktor yang sangat menyeronokkan di sini.

Kami pelajar Malaysia yang bertittlekan takhassus Medic dan Dentist pertama yang menjejak bumi Amman. Warga Arab yang sangat teruja dan excited melihat kami, dan juga kami yang teruja dan lagilah excited melihat mereka. Mereka juga yang sangat banyak membantu kami, bagi buku free, tunjuk jalan ke mana-mana sahaja, ada yang siap offer makanan sedang kami study atas rumput, ada yang hulur salam tanya khabar. Ada yang menegur dengan bahasa Melayu dan bermacam lagi. Seriously warga di sini ohsem!

Kami yang juga membentuk biah di sini. Yang berdikari mencari jalan ke tempat kuliyah, berdikari mencari buku, berdikari menegur Arab, berdikari membuat tabiat Melayu, berdikari mencari dan membekal makanan dan berdikari atas segalanya. Perintis yang sudah menyelesakan diri dengan persekitaran ini enggan pergi dari sini !

Sistem pengajaran, lecturer, kelas, dan semuanya yang saya kira berkualiti sangat.

Juga warga Malaysia di sini, dan warga Ibtisam ini. Babah. Muhammad. Ahmad. Abdullah. Bayan. Yusef. Kanak kanak riang yang sentiasa membuat bising dan sanggup mengajar vocab Arab.

Dan yang rasa lagi sedih, talaqqi yang baru sahaja nak mula. Bukan senang mencari sheikh bertauliah seperti di Amman ni. Bukan senang nak istiqamah tasmi ' semula Quran yang dah mula nak dilupakan oleh minda ini. Bukan senang peroleh ilmu yang melimpah ruah di sini.

Kasyamsi lidunya, baru je nak mengorak langkah, dah pun nak undurkan diri.

Amman ini nadi ilmu Jordan. Sia-sia tinggalkan darul Quran dan medic UIA kalau sekadar Medic Jordan yang didambakan. Bukan Medic ni saja. Tapi ilmu yang berada di ardhul kinanah ini!

Saya tidak bersyukurkah?


No difficulty

Mungkin betul saya tidak bersyukur tapi ini soal ini masa depan dunia akhirat. Kalau boleh digarap lebih banyak erti hidup di sini, sungguh saya fikir betullah Amman ini akan menjadi tempat berlangsungnya episod hidup ini.

Sungguh, mereka yang tidak merasa itu tidak akan mengerti. :'( Sedangkan yang merasa menjerit-jerit hatinya.

Ya Allah, sungguh, betul kami dalam fatrah tawakkal yang teramat. Dan kami yakin, bahawa Engkau akan menghadiahkan jalan keluar dan solusi dalam kemelut ini. Hanya mampu berdoa, meminta supaya segalanya dimudahkan.

Jalan ini, hanya Allah yang mengerti. Mengerti bagaimana kehidupan ini diaturkan, sedang kami yang tidak mengerti langsung tentang apa yang akan mengejutkan kami di pertengahan jalan ini.

, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)

Sungguh, aku tidak mengerti apa yang bakal terjadi nanti T__T

” Verily in the remembrance of Allah do hearts find rest ” (13:28)

2 comments:

  1. Semoga Allah melapangkan anda, ukhti~
    Selamat mempelanjari ilmu kehidupan.

    (:

    ReplyDelete
  2. Amin , amin, amin !
    Semoga doa dari bumi kinanah Mesir sampai ke bumi kinanah Jordan ^^

    ReplyDelete