Sabar Yang Perlu Ada

Bismillah.

Allah sedang berbicara tentang erti sabar dan ikhlas kerana mungkin saya sudah melupakan erti sabar dan ikhlas tersebut.

Tak sangka dan sungguh tak sangka. Banyak ujian yang melanda diri kebelakangan ni. 

If some disaster befalls

Tapi,

Bila fikir balik, mungkin Allah hendakkan kejutkan diri yang dalam keadaan yang selesa supaya lebih mengingati Dia. Allah hendak sedarkan bahawa, dah banyak diri ini terlalai, dah lama tak dapat pengisian, dah lama tak mengulang betul-betul, dah banyak sangat gelak, dah kurang sangat menangis.

Ujian macam datang tak henti-henti, mengalahkan ribut pasir yang selalu la jugak melanda Jordan ni. Sampai berhabuk habis semua barang atas meja. Okay, langgar topik. 

Hari tu, masa fatrah sangat sedih, rasa macam diri terhempap-hempap, tak tahu nak buat macam mana, dan ambil headphone pasang terus Quran. Tersentap bila, ayat ni sekali lagi muncul bila rasa ditimpa ujian.

" Belum tibakah waktunya bagi orang-orang beriman, untuk secara khusyu mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka dan janganlah mereka berbuat seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang yang fasiq " Al-Hadid : 16

Terus tersentap tahap kritikal. Memang macam Allah nak tegur secara direct. Teringat hari tu, time musabaqah. Bila tahu yang nama tak terlist sehari sebelum hari musabaqah tersebut, ayat ni jugaklah yang muncul. Ayat ni seakan menyindir akan jenis manusia yang seperti saya, yang selalu terbabas untuk mengingat Allah tatkala ditimpa ujian. Dan terbabas untuk mengingat Allah sehingga Allah menegur diri sendiri dengan ujian tersebut. Masa musabaqah, to be honest, memang masa tu, niat memang menyimpang. Tettttttttt. :p

Biggest concern

Tapi kali ni, rasa lebih perit, sebab saya rasa macam Allah nak tegur di saat iman dah jatuh merundum. Bila saya fikir, dQ dQ dQ. Saya fikir dQ adalah alat untuk meningkatan iman sedangkan takdir Allah yang sudah menghantar saya ke sini dan untuk memperbetulkan iman sebaik-baiknya. Biarlah apa pun orang nak berfikir, bercerita, atau membuat ketupat sekalipu, biarlah saya tahu bahawa saya ada Allah dan saya perlu tahu bahawa Allah itu selalu hendak untuk saya mengingati-Nya. Aiwaaaaaaaaaaaaaah.

Ayat ini diturunkan kerana, sekumpulan sahabat Rasulullah ketika itu, ketawa dan berseronok, sehingga turunya ayat ini. 

Konteks memgingati Allah itu sangat besar, dan salah satu konsep yang saya lupakan adalah SYUKUR.

Benar, saya memang lupa untuk bersyukur. Untuk ucap alhamdulillah di atas nikmat yang mencurah-curah, yang Allah hadiahkan selama ini.

Saya sibuk mengeluh dengan perkara yang belum cukup, sampaikan terlupa apa yang Allah sajikan di hadapan mata.  Saya masih ada sahabat yang sangat mengerti dan memahami di sini mahupun di dQ yang masih sudi untuk mendengar masalah-masalah hidup.

Teringat kisah Saidina Umar dan seorang pemuda. S. Umar terlihat seorang pemuda yang menangis teresak-esak, lalu ditanyanya mengapa. Rupanya pemuda itu sedang berdoa dalam keadaan yang terdesak-desak, Allahummajalni minal qalil. Lantas S. Umar bertanya siapakah yang sedikit itu, dijawabnya, bukankah Allah menyebut, ' waqalilun min 'ibadiya syakur'?

Argue

Betulllah, manusia sangat sukar untuk bersyukur. :'(

Maka ya Allah, sedarkanlah aku ini selalu, kerana, terlampau kerap untuk aku terlupa.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nahl ayat 18 yang tafsirnya: 
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." 


”Adapun manusia apabila Tuhannya menguji lalu memuliakan-Nya dan diberiNya kesenangan, maka ia berkata: ”Tuhanku telah memuliakanku. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka ia berkata: Tuhanku menghinaku.” (Al-Fajr: 15-16)

Waaa. Ya Allah, jauhilah au dari manusia yang disebut-Mu dalam surah as-Saff. T.T



Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi