Sibuk dengan al-Quran ?

Allah datangkan satu-satu ujian itu untuk mereka yang benar-benar dapat menghadapinya. Bukan sembarangan orang apabila diuji dengan ujian yang kadang-kadang meremukkan hati.

Usai Program MANTOP tempoh hari, hati saya sarat syukur kepada Allah atas nikmat yang telah dikurniakan-Nya selama ini. Dan paling menyentuh, kisah pengalaman orang yang hafal al-Quran dengan payahnya tapi masih istiqamah dengan al-Quran sampai ke penghujungnya.

Dan suka saya menceritakan pengalaman akak ni,.
Beliau menceritakan,

Usai berprogram dengan jayanya, maka bermulalah perjalanan seorang mahasiswi Darul Quran untuk menghafaz al-Quran. Dan untuk akak ni, bukanlah senang beliau menghafal satu mukasurat al-Quran, apatah lagi nak hantar modal 2 maqra' sehari.

Akak ni bercerita, 2 jam pun belum tentu dia dapat menghabiskan satu mukasurat dengan lancar. Jadi, 2 jam kali 5 mukasurat, 10 jam. Sedangkan di Darul Quran, pelbagai program dianjurkan dan untuk seorang yang tidak mengorbankan masa untuk bersama al-Quran, masa hanya ada lebih kurang 3-4 jam untuk cari modal. Mana nak tambah 6 jam lagi.

ya Allah, bukan mudah ujian ni.

Dan nak ditambah lagi, akak ni seorang pelajar yang sangat cemerlang dalam SPM. 10A+ 1A. Dan, mengejutkan lagi, beliau tidak meminta biasiswa JPA kerana bimbang hati akan goyah kalau dapat tawaran nanti.

Katanya "Buat apa sibuk dengan overseas, sedangkan Quran sekarang pun kita tak boleh pegang"

Kuatnya kepercayaan beliau pada Allah takkan saya sangkal. Percayanya pada janji Allah, Subhanallah !

'Wa man yataqqillaha yajallahu makhraja'

Ustaz tasmi' pun, hilang keyakinan pada akak ni, kerana sering dia tasmi' tak lancar. Tak cukup dengan tu, beliau terima surat tawaran berhenti belajar di Darul Quran. MasyaAllah!.

Tapi, berkat usaha yang sangat gigih. Bantuan rakan-rakan yang selalu bagi dorongan, turun naik pejabat Pengarah untuk minta disambungkan pengajiannya, akhirnya walaupun dengan penat lelah akak ni berjaya menghafal al-Quran.




Paling saya kagum, akak ni tak menangis langsung masa beliau ceritakan kisah ujian beliau. Tapi, dia menangis bila dia menceritakan bagaimana pertolongan Allah itu datang bila dia dah betul-betul 'down'. Contohnya, masa hari keputusan Dur, tiba-tiba nama akak ni takde. Dia betul-betul positif, tak pernah fikir yang bukan-bukan bila susahnya dia nak hafal al-Quran, contohnya, aku bukan dalam bidang ni kot, banyak dosa kot. Akak ni jugak, kuat sungguh teguhnya dia berpegang pada janji Allah, stay up malam-malam kerana al-Quran, solat sunatnya selalu.

Saya pilih beliau sebab saya rasa saya takkan mampu andainya Allah timpakan ujian ni bagi saya.

Ya, di Darul Quran, memang saya jumpa mereka-mereka yang betul-betul istiqamah dengan al-Quran walaupun mereka ini sakit untuk mendapatkannya. Saya kenal kawan saya ni, tidur pukul 3.00 bangun pukul 4.30. MasyaAllah. Sungguh kata IMTIAZ dulu, tak pernah orang struggle dengan al-Quran macam ni. Saya di Darul Quran pun, tak pernah korbankan tidur tahap ni.

Ingat Hadih yang Mirae bagitahu.

"Sesungguhnya, aku, al-Quran akan datang kepadamu dalam keadaan yang termengah-mengah kerana akulah dahulu yang kamu baca sehingga diri kamu penat, sehingga kamu korbankan waktu rehatmu demi aku"

Jadi, jangan pernah kenal erti putus asa dengan al-Quran.

Sungguh, kesakitan dunia ni apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat.

ya Allah, redhakanlah.


Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi