Monday, March 19, 2012

Inspiration.

' Kita merancang, tapi perancangan Allah lebih baik daripada perancangan kita'

Memang. Kita hidup dan terus hidup. Terus merancang apa yang kita akan lakukan selepas ini dan selepas itu. Tapi hakikatnya hanya Allah yang boleh merealisasikan perancangan tersebut. Hanya Dia Yang Maha Berkuasa. Dia menentukan segalanya walaupun bendanya sebesar zarah sekalipun.

Dan perancangan hidup saya jelas sekali tiada dalam list perkara impian yang saya rancang sejak dulu lagi. Betapa kecilnya, perancangan saya dengan perancangan Allah. Betapa indahnya perancangan Allah itu sendiri.

Dari seorang pelajar sekolah rendah yang tak tahu apa-apa tentang agama, yang anti sekolah agama, tapi lihatlah perancangan Allah itu sendiri. Allah menghantar saya ke sebuah sekolah yang saya sendiri tidak memgetahui bahawa ia sebuah sekolah agama. Bukan sekadar agama, malah tahfiz. Kalau direnungkan balik, betullah. Imtiaz sahaja sekolah agama yang namanya memang tiada simbolik agama tersebut. Mana ada, perkataan Agama pun, Maahad ke. Cuma masa tu, saya tahu Imtiaz sekolah SBP. Itu sahaja.

Dan, tak cukup dengan Imtiaz, Darul Quran pula menjadi satu daripada perancangan yang Allah bagi kat saya. Saya menemui sesuatu yang tidak saya sangka di Darul Quran. Keputusan untuk masuk dQ memang tepat. Walaupun dah istikharah banyak kali sebelum keputusan dQ keluar dan tak de la nak masuk mimpi ke, hati tergerak ke. Tapi, bila dah niat keputusan interview dQ tu adalah keputusan istikharah, masuk lah jugak ke dQ nye. Seriously masa join program kat dQ, memang hati rasa tak ikhlas semacam. Tapi, lama-lama tu, saya mula sedar kepentingannya sendiri.

Life is a test

Apa yang saya belajar dekat dQ, mengajar saya untuk berubah ke lebih baik secara saya sendiri tidak sedar. Banyak Allah bagi didikan yang menggetarkan jiwa !. Saya belajar untuk bersyukur untuk segala nikmat yang, hanya Allah je tahu keindahannya.

Saya belajar untuk menjadi huffaz yang lebih baik dan menjaga al-Quran di sini. Dan untuk pertama kali, saya dapat jaga Quran dengan ok di rumah sebab dekat Imtiaz tak pernah rasa macam ni walaupun saya menghafal Quran yang sama, kalam Allah yang sama. Saya belajar menghargai orang yang telah berbuat baik kepada diri ini walaupun hakikatnya, diri ni tak pernah pun buat baik kat orang. Saya belajar sesuatu yang berharga dengan sahabat-sahabat yang saya rasa tak mungkin saya jumpa kat tempat lain. Sahabat-sahabat yang betul-betul ikhlas dengan al-Quran. Ketahuilah sahabat, saya tidak mampu mendescribe anda dengan kata-kata saya. Dan juga, walaupun dah sebelas orang guru yang saya tasmi' dekat Imtiaz, inilah kali pertama saya berguru dengan guru yang saya rasa memang tak mampu nak balas budinya.

Allah buka pintu rezeki tanpa saya sedar rupanya. Betullah, Dia selalu mendengar doa hamba-hambaNya kan.

Dan jelaslah, saya sudah tersasar jauh dengan apa yang seorang huffaz tu patut lakukan tanpa saya sedar sebenarnya. Bukan senang nak hafal dan ingat. Dan yang penting sekali beramal pula dengannya.



Every moment


Allah,

Terima kasih untuk segalanya. Segalanya yang telah Kau atur menjadi begitu indah !. Bantu aku untuk terus menjadi penjaga kalam-Mu. Bantu aku terus hidup dalam kehidupan yang penuh dengan kejutan demi kejutan ini. Bantu aku terus kuat! Tabah!

Bantu juga untuk natijah aku dan sahabat-sahabat esok hari . .

Dan kepada-Mu lah dikembalikan semua pujian. Alhamdulillah.




p/s : Semangat bukak laptop awal-awal pagi sebab nak draftkan entry malam tadi. Entry tu buat time feeling sangat sampai ayat ntah pape. Hehe. Tapi tetibe je admin earimlagnes sudah mengomen awal-awal lagi/pagi. Macam sayang nak draft sebab sangatlah jarang blog ini menerima sebarang komen. Harap maklum ye. Btw, admin earimlagnes, anda telah dianugerahkan Allah dengan sesuatu yang tak semua orang ada tau. So, use it wisely ye. Sentuh hati kami-kami ini ye :)


~ awal, bagus ^__^

2 comments:

  1. Eeee syidoh tak sesuai langsung guna aku! Pegi edit balik post ni, edit balik. HAHA

    ReplyDelete
  2. Heh. Memang nok edit pon!. Hehe. Pape pun, Thanks sahabat ^__^

    ReplyDelete