Dear Profesor.

Kepada. Pippa Hasbi.

Welcome. :) (haha)

Classmate Ibnu Jarud yang sama-sama 'menghadapi' Ustaz Faez dan Ustaz Rasul. Kadang-kadang buat senyum-senyum kambing dan kemudian mintak tasmi' dengan 'budak Ganu' ni. Kadang-kadang tahan gelak tengok Profesor tutup mata sambil muka control tahap gaban. Ustaz jarak sejengkal pon tak sedar bahawa Profesor sudah syahid. Kadang-kadang, mengada-ngada nak tebuk orang (i.Allah pasni takde, Musabaqah sudah berakhir) Teringat ayat Mirae, jangan ditebuk nanti tak pasal-pasal kite yang kembang ni meletup, tak pasal-pasal boleh jadi Miss World.

Classmate 12G3. Yang selalu tunjuk jalan untuk ke kelas lepas habis kelas tasmi' sebab 'budak Ganu' ni tak pernah belajar nak cari kelas sendiri. Tak lupa juga,yang sentiasa marah-marah macam singa betina time kelas English sebab suruh 'budak Ganu' buat ayat sendiri. Ketahuilah profesor, 'budak Ganu' tidak takut kepada Profesor melainkan apabila menghadapi ayat-ayat buku Profesor tersebut. Profesor, bila Profesor nak buat buku ? I.Allah, 'budak Ganu' orang first yang akan membeli buku tersebut. Jadi Profesor, 'budak Ganu' harap, Profesor jangan jadi macam singa betina time kelas English ye. Ketahuilah, 'budak Ganu' ni tak pernah khatam mana-mana novel English macam berjilid-jilid Twilight yang tebalnya macam impossible untuk 'budak Ganu' habiskan walau suku kot. Dan jangan pernah berani suruh 'budak Ganu' baca ye.

Penghuni D319 yang selalu diziarah time perut menyanyi-nyanyi. Pembekal roti yang setia bersama MasyiMiroe yang selalu menjadi supplier biskut Captain Munch terutama, kordial sarsi, Nescafe, Milo, kerepek dan bermcam jenis lagi. 'Budak Ganu' tahu datang bilik, bawak toaster sambil tergedik-gedik mintak makanan. Pastu, bakar roti sampai orang dekat bilik basuh meleleh-leleh air liur.

Selalu bersama-sama i'tikaf di Masjid dQ. Kadang-kadang sampai pukul 12 malam baru balik walaupun hakikatnya kadang-kadang tertidur then menyesal tak mengaji time tu.Namun, hakikatnya, tak pernah nak ambik iktibar dari kejadian, i.Allah, di hari kemudian, tidur itu berulang lagi.

So, Profesor,

Inilah blog yang takde orang nak jenguk tu.
Blog yang kerap kali ditukar linknya sebab takde orang kesah pon kalau tukar [wakaka]
Ini semua kerana masyarakat Terengganu yang tidak mecintai bidang penulisan ini, terutama budak-budak Imtiaz [hehehe]

Pape pun,

Terima kasih kerana menjadi sahabat merangkap guru BI saya.
Dan bukan satu sendaan, kamu adalah kawan yang saya tidak dapat lupakan.
Dan antara kawan yang saya letupkan kisahnya kepada family saya.
I owe you a lot friend :)
Macam gedik je ayat ni. Just practicing english maybe. wakaka




Sincerely,

Budak Ganu.

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi