Something Awkward


Bismillah.

Something extremely awkward sebab tak pernah mention dekat siapa-siapa except seorang dua yang sangat rapat, apatah lagi menulis, sampai nak sebut pun awkward. Sebab rasa macam sangat ramai teman-teman yang sudah menamatkan zaman bujang, ada yang yang sudah ada dua tiga orang cahaya mata, tiba tiba rasa triggered untuk fikir dan lebih ekstrem adalah menulis. (walaupun di halaman tanpa pembaca HAHA)

Awkward macam  pun, it is one of the most important decision in life, perhaps the most important ? Life partner adalah orang yang akan menghabiskan hampir lebih separuh daripada umur kita bersamanya, itupun kalau umur panjang. Bukan gatal, apatah lagi gelenya? (HAHA) Tapi macam mana kita lari, tak mahu fikir, tak mahu bercakap, pasti at last, kita perlu mengambil satu langkah kedepan, kerana umur kita dan kehidupan kita yang makin bertambah dan berterusan.

Image result for couple cartoon 

Pernah baca satu artikel yang Dr Yasir Qadhi tulis, pesannya untuk mereka yang berumur 20, daripada seorang yang berumur 40. Ada beliau sebut, tiada keputusan yang lebih penting yang beliau pernah buat dalam lingkungan umur itu selain daripada memilih life partner. Ya, selain daripada memilih tempat pengajian, memilih bidang, memilih kerjaya, memilih teman hidup adalah perkara terpenting yang pernah kita ambil dalam kehidupan. Memilih seorang teman yang kita bakal menghadapi kehidupan baru yang lebih mencabar, memulakan hidup berdikari, untuk hadapi ujian hidup bersama, membina keluarga, sehinggalah dia yang bakal juga mendorong kita untuk menentukan iman kita dan nasib kita di akhirat kelak.

Pilihan yang besar bukan ? Maka apa salahnya kita sedikit berhati-hati memilih ? 

Itu antara nasihat Dr Yasir, tidak salah memilih. Ia satu pilihan besar yang perlu kita buat. Agamanya, keturunannya, rupanya dan juga status ekonominya. Paling penting adalah agamanya, tapi tidak bermaksud kriteria lain langsung tidak diambil kira. Tapi, bukan juga untuk terlalu memilih sehingga menidakkan semua pilihan yang ada. 

Benar, setiap manusia itu lain pula ujiannya. Sangat ramai bertemu dengan orang-orang yang diuji dengan soal jodoh. 

Ada yang rasa diri tak laku, tiada yang berkenan. Ada mereka yang terlampau ramai datang bertanya, tapi semua tidak sesuai baginya, malah sehingga mendatangkan rasa bersalah yang teramat sangat. Ada yang diuji ditengah perhubungan. Ada yang masih ragu dengan pilihan. Ada yang ditolak. Dan ada yang dimudahkan sehingga ke hari pernikahan (bukan cerita bab lepas nikah)

Jadi bila aku fikir fikir balik, benarlah jodoh ini rahsia dan rezeki Allah. Kita manusia hanya mampu berdoa dan berusaha semampu yang boleh sahaja. Tidak kiralah betapa kita admire dan suka dekat seseorang, betapa kita jaga hubungan time dah ‘ikat’, it never works kalau Allah takdirkan tiada jodoh. As simple as that. 

Image result for you complete me

Nak jugak cakap pasal sendiri (do expect some/a lot of confession) HAHA.

Bila duduk dekat overseas ni, memang boleh dikatakan banyak jugak dikelingi orang yang kahwin awal, dapat anak awal. Alhamdulillah, bila tengok orang membina keluarga, tak pernah rasa triggered juga nak kahwin awal. Sebab kahwin awal pun ada ujian yang tersendiri yang boleh dikatakan lebih hebat daripada orang single. Ye lah, makin banyak tanggungjawab (again bukan nak bercakap soal hidup lepas kahwin). 

Tapi, seriously, terasa sangat diuji dengan ujian yang satu ini. Ujian bila ramai lelaki yang acah approach dengan tidak serius.

Waktu baru sampai Jordan, jangan cakaplah betapa takut dengan lelaki sebab baru keluar DQ lah kononnya HAHA. Tapi waktu itulah juga diuji dengan lelaki-lelaki yang suka approach. Yang suka mesej mesej (tanya tengah buat apa, wish birthday, tanya khabar), yang tanya soalan pelik-pelik, yang bagi hadiah, yang tiba-tiba orang gosipkan, yang tulis benda pelik pelik dekat status, twitter, tambah lagi aktif berpersatuan tu macam macam reaksi ada time tu. Tapi yang aneh, tiada seorang pun yang approach the appropriate way. Tak boleh nak cerita perasaan waktu tu. Boleh jadi terperasan atau syok sendiri tapi sikap lelaki-lelaki ni boleh tahan mengada-ngada dan tidak patut. 

Kalau nak cerita waktu itu betapa berkeceramuknya perasaan, hanya Allah yang tahu. Rasa betul betul diuji. Sampai pernah menangis-nangis sebab rasa orang approach serius sangat dan kita jadi serius tapi at last kecewa yang amat sangat. Tapi it’s okay, alhamdulillah, I didn’t get PTSD okay gurau. Sedih sekejap then I came back stronger eceh.

Disebabkan peristiwa-peristiwa tersebut, seriously rasa sangat ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Hati ini terlampau fragile, jadi kenalah perkasakan sedikit. Dan lepas tu, kalau ada orang yang mesej, berlakon macam tiada apa-apa pun. Kosongkan minda, tidak perlu rasa apa-apa dengan tindakan manusia-manusia ni. Sangka baik dan jalan terus, tak perlu nak hanyut teringat, terfikir, banyakkanlah guna otak dan minda daripada hati. Sibukkan diri dengan macam-macam perkara lain yang lebih penting.

Dan alhamdulillah it really works for me. Ye lah, selain kita jadi makin matang menguruskan perasaan, fikir benda yang lagi penting selain perasaan yang datang dan pergi ni, urusan study yang bermacam, cara kita kendalikan situasi pun penting. Walaupun still lagi tak faham kenapa lelaki buat macam ni, sengaja suka-suka ke, test market ke, try try dulu ke, atau perempuan tu yang syok sendiri ke. Sebab rasanya ramai je perempuan lain yang alami situasi yang sama.

Image result for quotes

*****

Teringat seorang senior pernah cakap time nak promosikan UBM.

Orang lelaki makin di atas, makin menonjol, makin terkenal, makin mahal dirinya, tapi bagi orang perempuan,  situasinya adalah sebaliknya.

Berhenti kejap tangan tengah highlight buku. Terkejut juga keluar dari mulut senior yang sangat dihormati. Tapi mungkin ada benarnya kata-kata itu.

Bukan nak cakap dekat diri sendiri, wallahi jauh sekali. Tapi mungkin bila dikaitkan dengan status diri yang terlampau superficial(yang nampak di luaran sahaja) begitulah mungkin diri ini di mata orang lain. Walhal betapa banyak lagi sikap diri yang disembunyikan daripada umum, betapa banyak aib yang dihijab di pandangan manusia. Entahlah bagi aku walaupun hebat mana pun dan takut didekati pun perempuan tersebut, dia masih seorang perempuan. Serendah mana pun, setinggi mana pun achievement perempuan tersebut, sikapnya akan ditentukan akhlaknya, bukan achievementnya. Kalau dia seorang yang baik, maka begitu juga sikapnya.

Image result for porn quotes

Okay this is SO RANDOM walaupun still dalam topik yang sama HAHA.

Finally, again, jodoh adalah rahsia dan rezeki Allah. Kalau dulu selalu terfikir nak cari orang yang hebat, berkepimpinan, tinggi ilmu and the list goes on.. Tapi sekarang, biarlah sekadar yang sesuai dengan diri sendiri. Yang memahami, yang banyak persamaan, yang elok akhlaknya, yang baik kepada ahli keluarganya.

Soal jodoh, mungkin bukan soal bagaimana sampainya kita kepada orang yang tepat. Tetapi sejauh mana kesabaran kita melalui tempoh ‘menunggu’ tersebut, dan percaya dengan setiap ketetapan daripada-Nya. InshaAllah, jika ada jodohnya bertemulah kita dengan dia pada saat yang tepat di dalam perkiraan-Nya. Walaupun tidak lupa manusia pun perlu berusaha.

Finally, this is so not me, tapi still lagi gedik nak menulis. Kena hide link daripada insta bio until the next post HAHA. Walaupun random dan mengarut rasa nak sampaikan dalam bentuk tulisan walaupun dalam blog yang tidak berpengunjung.

Moga kita dipertemukan dengan orang yang tepat, pada masa yang tepat dan di tempat yang tepat. Ameen.

Image result for awkward meme

MOHON JANGAN MUNTAH.

Comments

  1. hahaha tetiba rasa nk menyinggah eh ad post baru. tak muntah lagi aih, gelak sikit2 je. ayat last tu :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha terkejut tiba tiba ada comment 😂 selamatlah awak yang tak lama lagi, teruskan tawakkal kepada Nya :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi