Something Awkward
Bismillah.
Something extremely awkward sebab tak pernah mention dekat
siapa-siapa except seorang dua yang sangat rapat, apatah lagi menulis, sampai
nak sebut pun awkward. Sebab rasa macam sangat ramai teman-teman yang sudah
menamatkan zaman bujang, ada yang yang sudah ada dua tiga orang cahaya mata,
tiba tiba rasa triggered untuk fikir dan lebih ekstrem adalah menulis. (walaupun
di halaman tanpa pembaca HAHA)
Awkward macam pun, it is one of the most
important decision in life, perhaps the most important ? Life partner adalah
orang yang akan menghabiskan hampir lebih separuh daripada umur kita
bersamanya, itupun kalau umur panjang. Bukan gatal, apatah lagi gelenya? (HAHA)
Tapi macam mana kita lari, tak mahu fikir, tak mahu bercakap, pasti at last,
kita perlu mengambil satu langkah kedepan, kerana umur kita dan kehidupan kita
yang makin bertambah dan berterusan.

Pernah baca satu artikel yang Dr Yasir Qadhi tulis, pesannya
untuk mereka yang berumur 20, daripada seorang yang berumur 40. Ada beliau
sebut, tiada keputusan yang lebih penting yang beliau pernah buat dalam
lingkungan umur itu selain daripada memilih life partner. Ya, selain daripada
memilih tempat pengajian, memilih bidang, memilih kerjaya, memilih teman hidup
adalah perkara terpenting yang pernah kita ambil dalam kehidupan. Memilih
seorang teman yang kita bakal menghadapi kehidupan baru yang lebih mencabar, memulakan
hidup berdikari, untuk hadapi ujian hidup bersama, membina keluarga,
sehinggalah dia yang bakal juga mendorong kita untuk menentukan iman kita dan
nasib kita di akhirat kelak.
Pilihan yang besar bukan ? Maka apa salahnya kita sedikit
berhati-hati memilih ?
Itu antara nasihat Dr Yasir, tidak salah memilih. Ia satu
pilihan besar yang perlu kita buat. Agamanya, keturunannya, rupanya dan juga
status ekonominya. Paling penting adalah agamanya, tapi tidak bermaksud
kriteria lain langsung tidak diambil kira. Tapi, bukan juga untuk terlalu
memilih sehingga menidakkan semua pilihan yang ada.
Benar, setiap manusia itu lain pula ujiannya. Sangat ramai
bertemu dengan orang-orang yang diuji dengan soal jodoh.
Ada yang rasa diri tak laku, tiada yang berkenan. Ada mereka
yang terlampau ramai datang bertanya, tapi semua tidak sesuai baginya, malah
sehingga mendatangkan rasa bersalah yang teramat sangat. Ada yang diuji
ditengah perhubungan. Ada yang masih ragu dengan pilihan. Ada yang ditolak. Dan
ada yang dimudahkan sehingga ke hari pernikahan (bukan cerita bab lepas nikah)
Jadi bila aku fikir fikir balik, benarlah jodoh ini rahsia
dan rezeki Allah. Kita manusia hanya mampu berdoa dan berusaha semampu yang
boleh sahaja. Tidak kiralah betapa kita admire dan suka dekat seseorang, betapa
kita jaga hubungan time dah ‘ikat’, it never works kalau Allah takdirkan tiada
jodoh. As simple as that.


Nak jugak cakap pasal sendiri (do expect some/a lot of
confession) HAHA.
Bila duduk dekat overseas ni, memang boleh dikatakan banyak
jugak dikelingi orang yang kahwin awal, dapat anak awal. Alhamdulillah, bila
tengok orang membina keluarga, tak pernah rasa triggered juga nak kahwin awal.
Sebab kahwin awal pun ada ujian yang tersendiri yang boleh dikatakan lebih
hebat daripada orang single. Ye lah, makin banyak tanggungjawab (again bukan
nak bercakap soal hidup lepas kahwin).
Tapi, seriously, terasa sangat diuji dengan ujian yang satu
ini. Ujian bila ramai lelaki yang acah approach dengan tidak serius.
Waktu baru sampai Jordan, jangan cakaplah betapa takut
dengan lelaki sebab baru keluar DQ lah kononnya HAHA. Tapi waktu itulah juga
diuji dengan lelaki-lelaki yang suka approach. Yang suka mesej mesej (tanya
tengah buat apa, wish birthday, tanya khabar), yang tanya soalan pelik-pelik,
yang bagi hadiah, yang tiba-tiba orang gosipkan, yang tulis benda pelik pelik
dekat status, twitter, tambah lagi aktif berpersatuan tu macam macam reaksi ada
time tu. Tapi yang aneh, tiada seorang pun yang approach the appropriate way.
Tak boleh nak cerita perasaan waktu tu. Boleh jadi terperasan atau syok sendiri
tapi sikap lelaki-lelaki ni boleh tahan mengada-ngada dan tidak patut.
Kalau nak cerita waktu itu betapa berkeceramuknya perasaan,
hanya Allah yang tahu. Rasa betul betul diuji. Sampai pernah menangis-nangis
sebab rasa orang approach serius sangat dan kita jadi serius tapi at last
kecewa yang amat sangat. Tapi it’s okay, alhamdulillah, I didn’t get PTSD okay
gurau. Sedih sekejap then I came back stronger eceh.
Disebabkan peristiwa-peristiwa tersebut, seriously rasa
sangat ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Hati ini terlampau fragile,
jadi kenalah perkasakan sedikit. Dan lepas tu, kalau ada orang yang mesej,
berlakon macam tiada apa-apa pun. Kosongkan minda, tidak perlu rasa apa-apa
dengan tindakan manusia-manusia ni. Sangka baik dan jalan terus, tak perlu nak
hanyut teringat, terfikir, banyakkanlah guna otak dan minda daripada hati.
Sibukkan diri dengan macam-macam perkara lain yang lebih penting.
Dan alhamdulillah it really works for me. Ye lah, selain
kita jadi makin matang menguruskan perasaan, fikir benda yang lagi penting
selain perasaan yang datang dan pergi ni, urusan study yang bermacam, cara kita
kendalikan situasi pun penting. Walaupun still lagi tak faham kenapa lelaki
buat macam ni, sengaja suka-suka ke, test market ke, try try dulu ke, atau
perempuan tu yang syok sendiri ke. Sebab rasanya ramai je perempuan lain yang
alami situasi yang sama.


*****
Teringat seorang senior pernah cakap time nak promosikan
UBM.
Orang lelaki makin di atas, makin menonjol, makin terkenal,
makin mahal dirinya, tapi bagi orang perempuan, situasinya adalah
sebaliknya.
Berhenti kejap tangan tengah highlight buku. Terkejut juga
keluar dari mulut senior yang sangat dihormati. Tapi mungkin ada benarnya
kata-kata itu.
Bukan nak cakap dekat diri sendiri, wallahi jauh sekali.
Tapi mungkin bila dikaitkan dengan status diri yang terlampau superficial(yang
nampak di luaran sahaja) begitulah mungkin diri ini di mata orang lain. Walhal
betapa banyak lagi sikap diri yang disembunyikan daripada umum, betapa banyak
aib yang dihijab di pandangan manusia. Entahlah bagi aku walaupun hebat mana
pun dan takut didekati pun perempuan tersebut, dia masih seorang perempuan.
Serendah mana pun, setinggi mana pun achievement perempuan tersebut, sikapnya
akan ditentukan akhlaknya, bukan achievementnya. Kalau dia seorang yang baik,
maka begitu juga sikapnya.

Okay this is SO RANDOM walaupun still dalam topik yang sama
HAHA.
Finally, again, jodoh adalah rahsia dan rezeki Allah. Kalau
dulu selalu terfikir nak cari orang yang hebat, berkepimpinan, tinggi ilmu and
the list goes on.. Tapi sekarang, biarlah sekadar yang sesuai dengan diri
sendiri. Yang memahami, yang banyak persamaan, yang elok akhlaknya, yang baik
kepada ahli keluarganya.
Soal jodoh, mungkin bukan soal bagaimana sampainya kita
kepada orang yang tepat. Tetapi sejauh mana kesabaran kita melalui tempoh
‘menunggu’ tersebut, dan percaya dengan setiap ketetapan daripada-Nya.
InshaAllah, jika ada jodohnya bertemulah kita dengan dia pada saat yang tepat
di dalam perkiraan-Nya. Walaupun tidak lupa manusia pun perlu berusaha.
Finally, this is so not me, tapi still lagi gedik nak
menulis. Kena hide link daripada insta bio until the next post HAHA. Walaupun
random dan mengarut rasa nak sampaikan dalam bentuk tulisan walaupun dalam blog
yang tidak berpengunjung.
Moga kita dipertemukan dengan orang yang tepat, pada masa
yang tepat dan di tempat yang tepat. Ameen.


MOHON JANGAN MUNTAH.
hahaha tetiba rasa nk menyinggah eh ad post baru. tak muntah lagi aih, gelak sikit2 je. ayat last tu :')
ReplyDeleteHahaha terkejut tiba tiba ada comment 😂 selamatlah awak yang tak lama lagi, teruskan tawakkal kepada Nya :)
DeleteLovessss sangatt hahaaa
ReplyDelete