Sekalung Penghargaan

Bismillah.

First and foremost, mintak maaf tadi tak dapat nak teman potong kek. Malulah banyak sangat camera snap gambar. Haha. Saya sentiasa bersyukur sebab sepanjang birthday, kalian sangat memahami dan tak suruh potong kek sorang sorang dan amik gambar. Ohh terima kasih.

Post ni mungkin agak jiwang dan make sure awak menghayatinya orait. Nasib baik esok takde dawam kalau tak malu nak jumpa.

Dan secondly, terima kasih. Terima kasih for making my days. Dulu time saya mula keluar dQ, takde lain dalam hati ni selain penyesalan. Sebab dah tinggalkan tempat yang saya anggap cukup sakti untuk membina iman yang compang camping. Dah istikharah, dah banyak doa. Tapi last sekali saya ikut je kehendak hati pilih Jordan. Dan masa tu saya tetap rasa yang pilihan saya waktu mungkin salah, iaitu pilih Jordan. Haih.

Until then, sampai Jordan, saya terkejut nampak seorang yang macam agak familiar. Haa budak ni la yang kasi aku gula time nak buat teh dengan Mira Faihah dulu. Ingat tak dorm makan saya? Haha. Epik gile.

Dan budak itu adalah Adibah Syakirah Mohd Kamil. Tak pernah tahu pun budak ni nak datang Jordan kan, siap boleh sama Uni lagi, siap sama tajaan lagi, siap sama takhassus lagi. Tapi, dia ni macam aku ke yang rasa hidup ni dah rotate 360 darjah lepas keluar dQ ?

Dah setelah sekian lama mengharungi badai, maka saya terfikir bahawa Alllah telah menjawab doa saya melalui awak. Dan yang lain juga. Tak mungkin saya lupakan doa saya waktu kat dQ dulu. Doa yang diaminkan dalam keadaan teresak esak macam budak hingusan mintak lolipop besar.

Ya, walaupun sebab gula je saya kenal Adibah dulu, tapi sekarang *Adibah gula dah jadi begitu bermakna dalam hidup saya. Terima kasih. Sebab hadir menyenangkan urusan disini. Cari talaqqi, cari kehidupan, cari kebersamaan dengan yang lain, cari jalan pengurusan terbaik, cari jalan hidup bermasyarakat, cari kelas lebih, dan cari cari yang sebagainya.

Sebab saya rasa alhamdulillah, Allah sangat penyayang, sangat mendengar doa, sebab dah hantar sahabat sahabat yang sangat menguatkan diri di sini. Ya, Allah itu sangat berhikmah dalam perancanganNya kan? Saya tak rasa saya akan dapat peluang yang sama macam sekarang kalau tanpa awak.

Terima kasih. Toce. Aligato. Kamsahamnida. Wah pandainya sayaaa.

Sebab sangat banyak tolong. Banyak sangat.

Thirdly,  mintak maaf lagi sekali. Sebab mungkin dah banyak buat silap dengan awok even awok dah banyak tolong saya sangat sangat. Maaf. Ape tu, bianne ? Wah pandaaaai.

Mintak maaf sebab tak pandai jadi sahabat yang baik. Mintak maaf sebab banyak sakitkan hati, kot? Mintak maaf sebab banyak bawak penyakit hati, eh? Mintak maaf kadang kadang tak mampu nak jadi penyelesai masalah terbaik. Mintak maaf sebab tak mampu menjadi pendengar yang baik. Mintak maaf sebab sebab sebab yang lainnya.

Bianne unni.....

Semoga perjalanan kita 6 tahun insyaAllah kat sini tak memberi makna yang sedikit. Sangat sangat diharapkan. Semoga kita sentiasa dan selalu belajar lagi untuk memaknakan hidup dan usia yang berbaki. Semoga makin banyak peluang yang diberi Allah, dapat kita grab tanpa sia sia. Semoga kita terus diberi kekuatan oleh Allah untuk mengharungi hari hari yang mendatang, especially for the upcoming unexpected days.

Janjilah. InsyaAllah moga terus kita membangun persahabatan dan ukhuwah ini hingga ke syurga. Moga kita menjadi orang yang dinanungi arasy Allah kerana membina ukhuwah kerana Allah. Doakanlah.

Dan awok Dibosh,

Semoga terus cemerlang, semoga terus kuat dan menguatkan, semoga terus memberi makna buat tiap insan, semoga dapat khatam 30 juzu Quran kat sini, dan maaf sebab tak dapat jadi pendorong yang tegar. Semoga jadi doktor yang femes menyampaikan dakwah, semoga terus menerus membina kesolehan diri, semoga beroleh kebaikan dunia akhirat, semoga dapat zaujj dari Malaysia ehemehem yang soleh, semoga beroleh redha Allah, beroleh syurgaNya.

Dibosh,

Happy birthday, sanah helwah, sengel cuka hamnida(betol?). Penat tau tahan dari tadi tak wish wish. Haha. Rasa bersalah semacam je time salam pun tak wish.

Moga saya jadi orang legal last yang wish.

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi