My Last Teen

Bismillah.

*play nasyid kat bawah tu. Heh.

Dah banyak hari berlalu semenjak 28 November 2013 yang lalu. Tangan pun dah kaku, idea pun dah kering. Tapi ternyata coretan dalam blog usang ni kadang-kadang mengimbau sangat-sangat cerita-cerita dulu. Dan membuat diri sendiri menilai tentang kematangan diri.

Alhamdulillah, Allah dah meminjamkan nyawa selama 19 tahun. Last teen. Belas yang terakhir, sebelum masuk angka 2 kat depan. Weh bukan tua, mecuid cik Dibosh kata.

Semakin aku menjalani hidup, semakin aku memahami hakikat kehidupan yang bukan sia-sia, dan semakin aku belajar bagaimana aku perlu terus berusaha, untuk memaknakan, HIDUP. 

Test

Berbaktilah dalam menjalani usia, kerana manusia yang paling baik itu adalah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia. Diberi nyawa aku oleh Allah, bermaknakah buat manusia lain? Sudah aku manfaatkankah akan kudrat, tenaga, akal fikiran yang diberi buat diberi manfaatnya kepada manusia? Allahu, terlampau banyak lagi masa yang dibazirkan, terlampau banyak tenaga yang dibuang, dengan kerja yang tiada faedah.

Dan semakin aku meniti hari kehidupan, semakin banyak duri dan onak yang aku tempuhi, dan semakin kuat aku rasa benteng yang telah aku binakan. Walau kadang, sedang aku membina benteng ada semangat yang patah, ada air mata yang menitis dan ada hati yang luluh. Tapi selagi mana aku percaya bahawa Allah akan tetap ada di sisi aku, selagi itulah, aku paksa diri supaya menguatkan langkah, menghadapi, dan jalan terus.

Trust

Semakin juga aku pelajari bahawa hidup ini hanya untuk Allah. Walaupun niat terlampau kerap kali tersasar, meracun diri, tapi kadang iman datang menyapa, "untuk Allah kah?". Ya, tersasar, itulah manusia, dan itulah aku. Kadang terlampau banyak dugaan dan cabaran datang menimpa, kaki maju melangkah, namun niat di hati entah terbang ke mana.

"Niat ni macang alamat lah kite kate. Kalu mu nok tulih surat, pahtu mu tulih mollek, iah teppi birra ye, pahtu mu letok dalang sapol surat come come, pahtu mu gam kemmah. Pahtu mu pun tulih alamat. Pahtu mu salloh tulih alamat, mu tamboh nombor 5 belakang poskod. Pahtu sapa dok surat mu? Dok sapa starang. Macang tu ah niat. Kalu mu salloh siket gak, dok sapa amalan mu tu ke Allah"  -Ustaz penceramah Bengkel Huffaz-

.................................................

Aku istighfar. Istighfar Rasyidah, istighfar. Tapi malangnya istighfar itu hanya sikit berbekas di hati, hanya sedikit over-acting daripada sang lidah dan mulut. Mata dah boleh kalau nak panggil plumber, bocor teruk. Aku istighfar lagi. Terkejut akan berita itu. Rasa baru semalam, jumpa Ayohki. Atuk yang sangat banyak berjasa pada diri, sangat penyayang, sangat baik. Hari tu time call mak, mak cakap tak henti-henti Ayohki panggil Syidah dari Jordan. Nampak Hanis pun kata Syidah. Rupanya ada makna. Panggilan isyarat bahawa dia mahu pergi.

Allah knows best

Aku renung icon chat Amazon Jordan yang berlampu hijau lip-lap lip-lap. Baru sebulan lepas, dah selamat order tiket daripada Amazon Jordan, sebab nak balik Malaysia bulan 1 ni. Tapi siapalah aku, MANUSIA. Tak sangka di sebalik perancagan aku yang aku rasa agak luar biasa, tapi ada perancangan Allah Yang Maha Hebat. Aku istighfar lagi, menarik nafas. Rasyidah, husnuzhon dengan Allah itu amat penting. Husnuzhon, husnuzhon. Ada hikmah tu. Ada hikmah tu.

Cakap senang ah.

Ya, bukan senang hendak membumikan kata. Bila mana kita tersentap dengan satu satu nasihat, tapi bila ujian datang mendadak, kadang segala nasihat seakan tiada bermakna. Tapi bila mana keyakinan dengan Allah kuat, datanglah sehabat mana pun ujian, tapi pasti hubungan kita dengan Allah itulah yang akan membuatkan jiwa kita redha, menegringkan air mata yang tersisa, juga membaiki kelodak jiwa.

Aku tutup telinga. Tutup wifi. Tak angkat call. Sebab lagi banyak aku fikir lagi kusut aku jadi.

"Mak, mintak maaf, nanti lepas habis exam Syidah call"

Lepas dengar perkhabaran gembira daripada Kak Irah, aku bertahmid di dalam hati. Allah lebih sayangkan Ayohki. Lebih tahu penderitaan yang ditanggung Ayohki. Dan Allah sudah memanggil Ayohki ke rahmatNya. Ya, dari Allah. And it is the best, sebab takdir tu dari Dia.

Tenanglah. Semoga berbahagia engkau di sana. Aku perlu banyak lagi persediaan, sebelum siap siaga untuk bertemuNya. Yang pasti satu, kita semua akan pergi juga. Bezanya hanya waktu.

Di kematangan ini, aku sedar semakin banyak Allah menghantar sang makhluk bernama ujian, supaya kematangan berjalan seiring bersama kekuatan.

Trial

........................................

Nasib baik Allah tampar kau masa mid ni, kalau Allah tampar masa niha'ie?

Tak sikit sungguh materials kena hadam. Ok fine maaf dah berapa kali sebut benda ni dalam blog usang ni. Tapi lepas mid baru ni, aku sedar banyak lagi perkara yang aku tak korbankan. Banyak lagi hal yang aku siakan. Banyak lagi kata-kata yang tak aku bumikan. Banyak lagi tanggungjawab yang aku sendiri hilang amanah terhadapnya. Sigh 1 liter.

Syidah, ok tak sebenarnya? 

Ya, soalan tu pun aku sendiri ajukan pada diri sendiri. Boleh ke? Bukan aku mengeluh akan amanah, tapi risau keadaan diri yang mungkin tidak mampu menggalas. Tapi bila muhasabah balik, yes, you did not have enough reasons. Kerja aku mungkin benar memerlukan masa, tapi aku sendiri tidak pandai memanfaatkan masa yang masih banyak berbaki. Alasan tak kukuh. Aku nak belajar, macam mana nak urus masa sebaiknya. Sebab aku fikir ini peluang. Untuk Allah latih aku secukupnya.

Aku muhasabah waktu yang telah aku gunakan. Waktu yang sikit, tanggungjawab yang banyak, muhasabah yang kurang, sedar yang kejap ada kejap tak, pengurusan yang lembap sangat. Dan engkau mahu mengeluh dengan apa yang telah engkau capai?

Tak layak, tak layak.

Do your best

Alhamdulillah, tak pernah disesali akan tanggungjawab yang diri sendiri sudi menggalasnya, walau kadang terasa terpikul beban di atas bahu. Tapi selagi mana diri sendiri tidak berpuas hati dengan cara diri sendiri menguruskan waktu dan amalan, selagi itu masih ada peluang untuk melakukan yang lebih baik daripada sekarang. Dan aku akan terus mencuba, insyaAllah.


Allah tu, walaupun Dia tahu semua apa yang kau lalui tahu penderitaan kau, tapi still Dia boleh dengar semua perkara yang engkau nak adu.

Sayangnya Nabi Yakqub kepada Nabi Yusuf. Kerana rekaaan cerita yang dibawa oleh adik beradik Nabi Yusuf itu, akhirnya buta Nabi Yakqub. Tapi Nabi Yakqub tak punya sesiapa di saat kesedihannya sungguh memuncak. Tiada siapa yang faham ketika itu. Tiada siapa yang mengerti bagaimana perasaannya ketika kehilangan sang anak tercinta, Nabi Yusuf. Namun kata Nabi Yakqub dengan tabah :

“Dia (Ya’qub) menjawab: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (QS Yusuf: 86)

Walaupun kadang-kadang kita perlukan orang di sisi untuk kita mengadu, tapi yang lebih mengetahui tentang segala rasa yang tersimpan adalah Allah. Manusia kadang belum cukup memahami.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku.” [QS Al Baqarah: 186]'

Allah itu, Maha Mengetahui isi hati manusia. Maha Memahami segala rasa yang ada dalam hati manusia. Tahu segala permintaan manusia di dalam hati, yang tidak diungkapkan. Tapi disuruhnya juga untuk mengadu dan berdoa kepada-Nya. Kerana pada doa terselit ketenangan, dan juga satu ibadah lagi kepada Allah, iaitu ibadah husnuzhon kepada Allah. Berbaik sangka bahawa Dia akan mengabulkan pemintaan kita.

Ketika Nabi Sulaiman meminta supaya diberi kerajaan yang tiada tandingan, dianugerahkan kepadanya kenabian, dan sungguh, sebuah kerajaan yang tiada tolok bandingannya.

Selagi mana Allah ada, selagi itu kekuatan masih boleh dibina walaupun dengan segenap kesedihan dan kegelapan yang dirasa itu.

Aku ketuk pintu dengan menggunung harapan,
semasa orang lain sedang tidur nyenyak
Aku merayu padaMu sepanjnag malam,
Akan penderitaan yang aku tanggung

Aku bermadah Kamu adalah tumpuanku
bila saja bala menimpa
Engkau tempat aku bertaut

Aku mengadu padaMu beraneka penderitaan
Kamu tentu tahu sepenuhnya,
Kesabaranku sudah mula luntur,
daya tenagaku mula lemah

Sekarang padaMu aku menadah tangan dengan penuh hina,
Oh Zat yang memang layak sepenuhnya untuk diatadah

Justeru pohonlah Ya Rabbi
jangnlah biar tadahanku tidak terisi
Limpah kurniaanMu seluas lautan
akn memumuaskan siap saja yang menghirupnya.



Dan untuk sekelian kalinya, pohonlah pada Dia. Kerana Dia Maha Mengetahui, Maha Penyayang dan Pengasih.

Trust Allah

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi