I Love To Be.

Bismillah.

It's true, this semester was though enough. 5 subjek Medic yang melanda kami semua, tak senang nak cakap senang. Betullah yang Ala dengan Lina cakap hari tu. At least, 3 jam kena spend sehari untuk study. Doesn't include the lectures. Dan Arabs spend 6 jam at least one day. Jam yang cukup mengusarkan kami. Dan aku, nak adapt dari sehari yang spend 1 jam pun tak janji kepada 4 jam sehari. Wah, itu target sebenarnya.

Ada sorang dari kami, dah jadi Arab betul dah. Maklumlah kawan dengan arab je. Kepit dengan buku 5 hours a day. At least. Dan itu membuahkan lagi kebimbangan buat kami selaku empunya diri.

Dan dari kami, ada yang cukup risau dengan situasi semasa. Fokus dengan study. Fokus dengan kelas. And that was good enough. Wondering bila akan dapat semangat semacam mereka.

And me. Masih taraddud lagi. Kerja persatuan, usrah baru, adik-adik, talaqqi, mustami' and so on. Macam mana Rasyidah boleh berseronok dan bersuka ria lagi dengan segala macam perkara, sedang orang lain berhempas pulas dengan Medic?

Over.

Walaupun tak sikit cakap pasal masa, tapi habit yang memang dah dari dulu ni kadang-kadang berus pakai Clorox pun tak hilang. Memang malas campur lalai tu kadang-kadang datang bertenggek di sudut hati dan membuat satu pit stop di situ. Dan jadilah saya manusia yang bertangguh dan rasa senang walau banyak kerja. Hari tu, one more time Allah bagi chance untuk cakap kat depan time forum. Dan one more time merapu atas pentas cakap entah pape + tak serupa bikin. Ya, ya, tahu pesan Allah dalam surah as-Saff tu. Lepas cakap rasa menyesal dan malu sesangat sebab tak dapat nak bumikan sepenuhnya. Rasa berdosa. Tapi bila fikir balik, maybe ni satu peringatan daripada Allah untuk amalkan benda yang dah sebut depan umum tu. Okeh tapi seriyes takleh tengok rakaman tu balik. Rasa nak berguling-guling atas karpet.


Orang cakap, kerja persatuan buat seseorang sibuk dan tak boleh nak cope dengan segala benda. Tapi kan, manusia yang terbaik tu, adalah manusia yang bermanfaat untuk manusia. Dan ayat Allah dalam surah Muhammad, pasal tolong agama Allah tu boleh memotivasikan. Tapi bukannya sesedap rasa buat kerja sampai tak ada usaha untuk study terus. Tapi nak cakap kerja ni tak ganggu langsung study tu memang tipu lah. Dan sebab tu lah, insyaAllah dengan menjadi manusia yang bermanfaat untuk manusia dan tolong agama Allah, Allah akan tolong balik. Bukannya mengharap bantuan yang segera dari langit mencurahkan air untuk menumbuhkan kejayaan. Tapi mengharap air bercampur baja tu tak salahkan? Allahu.

Dan hati, tolonglah cuba kental sikit. Tolong kuat sikit. Tolong sangat. Dah banyk kali terkeluar air mata sebab menangisi hati ini. Entah apa kesudahannya cerita hati ini. Jom cari hati tu di tiga tempat, atau dah layak mintak hati baru? Waaa. Ya Allah, Engkau lebih memahami hati, maka tolonglah aku menyelesaikan masalah hati ini. Nampak masalah kecik tapi lebih besar dari tiramisu gajah. Ok dah shh. 

.................................................................................

Tapi kadang-kadang tak tipu jugak kalau cakap diri ni memang tak pandai lagi menggunakan masa. Ya, masa untuk buat kerja lain tu biarlah. Tapi kalau dah gedik sibukkan diri dengan perkara yang tak berfaedah tu janganlah berangan cakap pandai guna masa. Masa yang Allah bagi 24 jam memang betul cukup untuk manusia. Walaupun Hassan al Banna cakap al wajibat aktharu minal auqat tapi Allah cakap la yukalifullahu nafsan illa wus'aha.

Hadith pertama dalam arba'in nawawi perlu sentiasa beputar ligat di kepala. Supaya matlamat utama tak lost. Memang kekadang mucul bisikan bisikan kejam sang syaitan memputarbelitkan niat di dalam hati. Tapi untuk memastikan amal kita tak sia-sia, haruslah sentiasa tajdid niat sentiasa, bukan sekadar di awal niat. Tapi di pertengahan dan pengakhiran. Kerana sifat hati yang terlampau mudah berbolak balik itu, maka perisai iman perlulah sentiasa mengawal pembolak balikkan itu. Allahu, sia-sianya amal tanpa niat yang lurus dan ikhlas kerana Allah.

"The reward of actions depends upon the intentions and every person will get the reward according to what he has intended.”[Bukhari & Muslim]
Website | Facebook | Twitter

Perlu bijak dalam mencari jalan penyelesaian dan mencari idea. Ni memang seriyes tak senang. Kadang sampai tergaru-garu kepala yang tak gatal. Hebatnya Rasulullah dengan bantuan Allah dahulu. Sehinggakan hati kuffar lembut. Kita nak lembutkan hati muslim pun punyalah payah. Allahu.

Kesimpulannya, sebenarnya banyak kelebihan terjun ke lembah kerja ni. Walaupun tak dapat dinafikan banyak jugak keburukan selain ganggu masa, ganggu hati, ganggu fokus dan sebagainya. Persatuan ni memang medium persediaan untuk terjun ke lembah masyarakat yang sebenar nanti. Melatih diri menjadi seorang yang bijak membuat keputusan, perah otak brainstorm, ajar erti tadhiyyah, erti tajdid, erti 'khawarij' (EH?), erti mujahadah, jadi outspoken dan berani, jaga ukhuwah, urus masa dan banyak lagi perkara menarik yang menanti anda.

Tak sia-sia pun masuk ke dalam hutan kerja ni tapi kena pandai kawal diri dan masa. Kalau anda berada di dalam lembah ni tapi tak bawa perubahan atau kebaikan pun, agak sia-sia lah. Sebab tu kena muhasabah dan senantiasa cek kedudukan kita dalam kerja. Apa manfaat akan adanya kita? Apa usaha nak memperbaiki? Bukan setakat nak jumlah pengelike status di fesbuk mencecah ratusan dek kerana kefemesan anda. Hekhek.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Dua دعا
Website | Facebook | Twitter

And by the way, duduk dalam komuniti yang semacam ini membuatkan kita lebih sedar akan pentingnya pembudayaan ilmu tu sendiri. Persediaan dari segi pembacaan tersangatlah penting. Walaupun saya ni bukan jenis yang suka membaca, tapi sedar jugak akan keperluan tu. Walaupun kadang-kadang sheets dan Minion sungguh menganggu untuk buka buku ataupun PDF. Eshh.

Usaha menjadi lulusan doktor perubatan yang extraordinary. Yup, bercita hingga ke langit ke tujuh, bukan setakat atfomosfera (ejaan?). Seronoknya kalau 6 tahun di sini bukan 6 tahun yang biasa-biasa. Tapi 6 tahun yang penuh dengan pengalaman yang tak boleh dibeli pun. Pengalaman yang dicari sendiri. Pengalaman as a persediaan. Ilmu yang mahu disumbangkan kepada orang lain seberakhirnya perjuangan di sini nanti. Sedang merealisasikan impian yang ditulis di minggu Haluan Siswa time LDK tahun lepas. Teruja lak tengok impian adik-adik ni hari tu. Alhamdulillah, hebat semuanya. Moga tercapai ye adik-adik. Ada hikmah Allah bawak awak semua ke bumi ini. Jadilah muslim yang productive. Yang menyumbang untuk ummat. Biar ada jasanya kita untuk Islam setelah kita telah dikuatkan oleh Islam itu sendiri :')

Sustenance
By Wealthinislam

Marilah kita bekerja, membanting tulang, mengelap peluh kerana Allah.


Comments

  1. salam cik wazakkir. hai hai. lama dah tak usya blog awak yang manis ni. hik
    bukan lupa link, maklumlah laptop kena format, bookmark best2 semua hilang.
    dn untuk cik wazakkiirr, semoga kita berenam terus saling kuat menguatkan dan mendokong antara satu sama lain. ingatkan ana jugak deh bila terlupa dan lalai dan malas dan tak nak study.
    oh dan lagi satu, saya dah tak minat minion rush dah, saya minat 'lari kejar gula'. ni semua peah punya angkara. hik.
    salam penuh kesayangan.selamat berBITE ebelibadi.
    syadiba.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi