سنشد عضدك

Bukan aku mahu merungut,
Namun langkah aku tiada bermaya,
Bukan aku mahu menangis,
Namun tidak mampu aku meleraikan perkara,
Bukan aku mahu meratap,
Namun hadirnya ujian menggetarkan hati

Benar aku mengerti,
Bukan sesakit perasaan Ibrahim ketika diminta disembelihnya Ismail,
Bukan semurungnya Nuh melihat kaummnya sedikit yang beriman,
Atau bukan sesedihnya Muhammad ketika kehilangan keluarga saat mereka rasa diperlukan.
Rasa buntu melatih iman.

Moga di sebalik ujian,
Ada redha di dalam hati.
Sungguh aku buntu memberi nasihat,
Bahkan 'Sabar' itulah yang perlu diertikan semampunya!

Sahabat di sisi,
Terima kasih kerana selalu memberi dorongan dan harapan,
Sungguh sahabat sejati itu,
Sakitlah jasadnya jikalau sakit jasad sahabatnya
Namun tidak aku pinta pengorbanan,
Tapi aku pohon doa, dari hati yang ikhlas.

DemiMu ya Allah,
Moga perjalanan dapat diteruskan,
Walau disapa beribu rintangan.
Kerana aku yakin kepada diriMu jalan aku pulang.

DemiMu ya Allah,
Moga hiba terubat dengan janjiMu,
Biar aku tahu ajaibnya kalamMu,
Dalam mengubati sekeping hati yang duka.

DemiMu ya Allah,
Moga keputusan sentiasa dipandu rahmatMu
Kerana terlampau kerdil aku untuk menentukan,
Mana yang haq dan mana yang batil.

DemiMu ya Allah,
Akan aku terus berjalan.
Untuk syurgaMu.
Namun kuatkan aku selalu,
Kerana aku tidak mampu sendiri, seorang.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi