Wednesday, March 13, 2013

Unexpected.

Bismillah.

Ujian. Satu kalimat yang tak asing lagi untuk semua orang utarakan. Kalimat yang sangat biasa menjadi tajuk, untuk para penceramah berbuih mulut menyebutnya.



Dan banyak lagi ayat Quran, hadih, kata-kata yang menjadi pengubat dikala, ujian menghempap kepala.


"Aku takjub dengan perihal orang yang beriman.. Semuanya ada kebaikan.. Tidak ada suatu kebaikan pun kecuali ianya untuk orang yang beriman.. Apabila diberikan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur.. Maka itu baik baginya.. Apabila diuji dengan suatu ujian, dia akan bersabar.. Maka itu juga baik baginya.." Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

 "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

 Namun, benarlah, yang sangat diperlukan ketika ujian terasa menimpa-nimpa itu adalah, itqan dengan Allah. Tanpa percaya, keimanan yang begitu utuh dengan kuat, ujian yang ditimpa terasa sesuatu penyeksaan yang amat sangat, terasa tidak mampu untuk ditanggung, dan berbagai lagi. Benarlah, seperti disebut Rasulullah dalam hadith di atas, orang yang ajaib itu, orang mukmin. Orang bukan mukmin, bukan orang yang ajaib. Hanya orang yang ajaib sahaja yang mampu tersenyum tatkala ditimpa ujian. Hanya orang ajaib yang boleh berhusnu zhon, tersenyum dengan semua ketentuan yang memeritkan. 


Tapi, kita manusia. Saya, manusia.



Pernah tak terasa ditimpa ujian sampai rasa tak mampu nak tanggung ujian tersebut?

Al kisahnya, baru baru ni.

Lepas hilang beg dan segala macam barang berharga dalam beg tu, terus block kad kad ATM yang ada dalam beg. Pastu esoknya terus mengembara buat laporan polis jami'ah. Pergi sini pergi sana. Hari tu pulak panas terik. Balik rumah, terus rasa semacam, semcam nak demam. Pastu, memang demam. Demam pulak, bukan demam biasa. Demam sampai tak boleh bangun. Rasa nak pecah kepala. Tak mampu nak buat apa-apa. Rasa memang sangat susahkan kawan-kawan yang lain. Pastu, tertinggal banyak lecture yang berat-berat. Phone hilang, tak boleh nak contact langsung. Kena pulak jadi AJK program. Rasa tak menjalankan amanah langsung. Pastu dengan duit pulak yang kering. Akaun Maybank2u yang kena block. Tak boleh buka selagi tak balik Malaysia. Terpaksa pinjam duit kawan-kawan yang lain. Terkejut jugak dengan berita CekNgoh yang telah kembali ke rahmatullah. Subhanallah.

Time tu, tak tahulah nak cakap macam mana. Air mata pun dah jadi murah semacam. Baca ayat la yukalifullah pun dah tersekat-sekat sebab tahan menangis. Entahlah, time tu memang rasa nak cari je pintu Doraemon nak balik Malaysia. Waktu Skype dengan mak, sedaya upaya dah tahan dari menangis. Tapi, last sekali memang tak boleh.

" Dah pasal tu je, nak sedih?"

"........"

" Yang orang Palestin sebelah Syidah yang setiap hari kena bom tu, yang tentera kita yang baru dihantar ke Lahad Datu tu, yang ada anak kecil-kecil lagi tu, tak ke lagi sedih.. Syidah hilang TAC number pun nak sedih..Takpelah mak usahalah nak bagi duit kat Syidah. Mak doalah kat Syidah. Mak pergilah Maybank nanti. Syidah belajarlah betul-betul.Cuba cakap dengan mak ujian apa lagi??"

Dush. Sejak bila mak pandai mensentapkan orang ni?

Wasbir. Wama sobruka illa billah. Bila terbaca ayat ni, hanya Allah tahu tahap kesentapan tu. Dan bersabarlah. Dan tiadalah kesabaran itu kecuali engkau memintanya daripada Allah. Pendek kata, waktu tu, semua benda jadi sangat sedih, sampaikan tak reti bersyukur dengan nikmat. Nampak perkara negatif sahaja. Allah, manusia..

Al wajibat aktharu minal auqat. Terasa kata-kata al-Banna itu hari ni, terlampau menjadi kenyataan.

Anatomy. Embryology. Physiology. Organic Chemistry. Dan subjek ikhtiyari yang lain. Sedia menunggu giliran untuk ditelaah. Ditambah pula, banyak lecture notes yang tertinggal, dan lectures yang tertinggal. Semakin menyentapkan pedal.



"Rasyidah, awak nak masuk Musabaqah Hashimiah?"

"Errrr."

"Awak masuk ye, 15 juzu'"

Dari dua musabaqah, kepada tiga Musabaqah. Termasuk juga hari Sabtu yang dikorbankan untuk ulang alik ke Abdali untuk tasmi' bersanad. Dan Isnin dan Rabu untuk Kaedah Nuraniah dan Ummu Fadhi.

"Rasyidah, awak dilantik jadi Timbalan Bendahari Agung"

"Timbalan Bendahari Agung??" [speechless]

Dan taklifat yang diberi tanpa disangka-sangka. Taklifat yang tak pernah diminta.

Subhanallah. Lepas ujian yang bertimpa, datang pula amanah yang unexpected sungguh. Sedang saya bukan seorang pengurus masa yang baik lagi cemerlang, nak bahagikan masa untuk sesuatu yang boleh tahan susahnya.

Subhanallah. Masa yang digunakan Allah untuk bersumpah. Rugi semua kita, kecuali mereka yang beramal soleh, berpesan kepada haq, dan berpesan kepada sabar. Akhirnya, masa yang aku selalu leka bersamanya, kini menjadi cabaran yang teramat besar. Unexpected. Moga dengan amanah amanah ni, Allah hendak mengajar supaya aku lebih menghargai erti masa, juga tidak membuang masa yang diahadiahkan Allah ini.

Ya Allah, masa itu milik-Mu wahai Allah. Sungguh aku bermohon supaya Engkau memberi aku kekuatan untuk pandai menggunakan masa itu dengan sebaikbaiknya.



Mempunyai ibu yang sangat prihatin, sangat baik itu, adalah anugerah yang teramat berharga, kiranya daripada Allah. Terharu tidak terkata, bila tahu mak sanggup bangun malam-malam, sanggup solat hajat tak henti untuk anaknya sorang yang jauh berbatu-batu ni. Ya Allah, tak cukup dengan kasih sayang Engkau, datang pula kasih sayang emak yang sangat melimpah ruah. Walaupun Syidah tak mampu dan reti nak ekpresikan even melalui Skype, ketahuilah bahawa sebenarnya Syidah sangat sangatlah terharu dengan apa yang dah mak buat :') Terima kasih mak, ! Terima kasih Allah !

Menjadi hamba Alllah, memegang jawatan sebagai khalifah, bukan perkara yang sesimple ABC. Jalannnya sangat panjang. Perlukan kekuatan unstoppable. Mengalahkan battery Energizer yang last longer. Jalannya kadang berliku, tanpa sebarang signboard yang mengingatkan. Jujurnya, bila dihadiahkan ujian, dibebankan amanah, kadang diri merasa tidak cukup kuat. Namun itulah lumrah kehidupan. Jalan yang tak pernah dibentangkan di hadapan mata kita sejauh mana cabaran dan likunya.

Seriously, bila ditimpa sesuatu, kata-kata, pengisian dan segala bagai, bukan senang nak diaplikasikan dalam kehidupan, ke dalam realiti. So, beware of your words. Sekuat mana keyakinan kita bahawa kita seorang yang kuat, namun takkan terbukti, selagi mana bebanan tidak jatuh ke bahu sendiri.

Allah, masih panjangkah lagi umur aku untuk melaksanakan amanah sebagai hamba dan khalifah-Mu yang menggunung ini.?

Allah, aku mahu islahkan diri ini, serentak dengan menyeru yang lain, sepertiman kata-kata Sheikh Mustapha Masyhur.

sulemankayat:

Abdullah ibn Umar reported: The Messenger of Allah, peace and blessings be upon him, took hold of my shoulder and said:
“Be in the world as though you were a stranger or a wayfarer.”
[Bukhari]

2 comments:

  1. Syidoh >_<, sangat terharu baca pengalaman syidoh. Alhamdulillah, Allah uji syidoh secara praktikal kat dunia. Mungkin dengan cara tu, syidoh akan terlepas daripada menjadi golongan 'kabura maqtan indallah an taqulu ma la taf'alun' Allah sayang syidoh. :)

    Kte kat sini macam terlalai :'( Hidup penuh kesenangan, jarang dapat ujian musibah yang betul2 menguji iman. Mungkin sebab Allah tahu, kalau kte yg ada kat tempat syidoh, maybe dah hilang dah husnuzzhon kte kat Allah. Mungkin Allah uji kte dengan kesenangan supaya dapat latih kte supaya sentiasa ingat kat DIA bila kte bukan dalam kondisi susah dan memerlukan. Tapi hakikatnya ujian kesenangan ni lebih menggugah iman, serius. >_<

    Walaupun kita dua dalam kondisi berbeza, hakikatnya kita dua sama-sama sedang diuji. Jadi, jangan lupa doakan kte sekali.

    P/S: Kdg2 orang yang kita tak sangka yg akan jadi wasilah Allah bagi tarbiyah kan? Watak mak syidoh sama cam ayah kte. :P

    ReplyDelete
  2. Mirae, ujian tu menguji. Kadang ujian tu menguji sampai tak larat hah. Dok cakap je pasal sabar bagai. Tapi kena tampar lalat pun dah tumbang.

    Untunglah Mirae masih di sana, sedut macam2 benda bermanfaat kat sana. Huhu. kadang rasa rugi Mirae, tak manfaatkan betul2 masa kat sana dulu. Rasa rindu nak duduk suasana tenang dan aman macam dulu. T__T. Tapi hakikatnya takkan selamanya kita boleh duduk kat tempat macam tu kan ? So jangan lupa utk doakan sy tau :( saya tahu keadaan iman mmg tunggang langgang skrg :'(

    Jwpn P/S : Haha . Teringat jugk sbnrnya kat Pilot Shuib. :p

    ReplyDelete