Saturday, March 30, 2013

Quranku dan Jordan

Bismillah.

Alhamdulillah, hari ni, berakhir exam Physiology, midterm. Midterm je pun. Eh midterm pun satu kepuasan tau. Berapa hari jadi kelawar duk study physio. Ye lah tu nak cover lepas setiap lecture, tapi last sekali.. Angan-angan je lah. Tapi ni bukannya nak cakap pasal physio yang agak peningkan otak tu.

Entry ni untuk pengalaman bersama Quran di Jordan yang tak sampai setahun, dan jugak sempena dah tamat Kaedah Nuraniah di Markaz Tarteel. Macam nak buat majlis keraian apa pulak.

instaislam:

If we loved Allah subhanahu wa ta’ala truly, nothing can break our hearts.

Love Allah, and you will need no one but him.

Let’s raise our hands and make dua
“O Allah we are your slaves, we love you, we ask you to guide us and help us to please you.” #Allah Subhanahu wa ta’ala #Islam #religion #Quran #MyProphetMuhammad peace be upon him #Prophet #love #dua #Innerpeace #relationship #lord #life #believe #faith #trust #Submission #reallove #believer #ILoveAllahSubhanah #IslamicQuotes #Muslims #MuslimSurvivalKit #instaislam #iphoneasia #instamood #instadaily #instaislam #OneUmmah #TheLastReligion #TheRightPath

Alhamdulillah, walaupun dulu matlamat asal melangkah dengan langkahan pertama ke Markaz Tarteel adalah dengan segunung harapan untuk terus talaqqi dengan sheikh. Tapi perancangan Allah itu indah. Dipertemukan dengan Ummu Ubaidah, dan ditawarkan untuk ikut Kaedah Nuraniah. Ummu Ubaidah bagitahu, Kaedah Nuraniah adalah untuk betulkan makhraj dan segala bagai.

' alif, baa, taa, thaa, .... '

' hamzah fathah 'a', hamzah kasrah 'i' 'a' 'i' hamzah dhammah 'u' a i u '

Mula-mula ikut Kaedah Nuraniah ni, memang su'uzhon sungguh la. Rasa macam balik baca Iqra' waktu zaman poyo-poyo dulu. Tapi bila dah lama ikut, baru rasa dan sedar kepentingan Kaedah Nuraniah ni. Satu-satu makhraj huruf dibetulkan, dan memang meliputi semua hukum tajwid, termasuk ghunnah, mad, syaddah, huruf sakin dan sewaktu dengannya. Kalau dulu ingat semua ni sama je, tapi jangkaan itu meleset sama sekali. Contohnya, ghunnah. Hukum ghunnah, bila dah berjumpa dengan huruf-huruf yang selepasnya itu, tak sama. Contoh yang paling jelas, huruf ق dan ك. Kalau kita tengok balik huruf ni sebenarnya makhraj dia terletak di hujung lidah. So ghunnah dia keluar melalui hidung sahaja berbanding huruf lain yang keluar melalui hidung dan mulut. Eh faham ke? Dan sangat banyak lagi perkara yang lain yang dibetulkan, huruf sakin, ada banyak kategori, ada yang panjang, pertengahan dan pendek. Semua kena baca lain kadarnya.

Alhamdulillah, akhirnya berakhirlah sifat 'berlagak sudah reti' dan alhamdulillah, kami dah selamat dapat Syahadah Kaedah Nuraniah dari Markaz Furqan, Arab Saudi. Dan bagi tepuk sikit untuk saudari Adibah Syakirah yang dapat highest among kami dan budak Arab lain. 95 tuu. Clap clap clap. Almaklumlah LAPEM. Ok, merapu.

Buku Kaedah Nuraniah.
Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan peluang untuk kami belajar walaupun rasa ego itu pernah wujud. Astaghfirullah.

Dan kadang-kadang Ummu Ubaidah, ataupun Sheikh Huzaifah al-Khalidi, dengar jugak bacaan kitorang. Tapi, satu ayat tu, kena tegur hampir 5 kali tu biasalah. Allah, sangat cetek ilmu.

Alhamdulillah lagi, dah dapat tempat untuk dapat sanad ghaibiah, dari Fathimah Hamdan, walaupun terpaksa ulang-alik ke Abdali setiap hari Sabtu even hari tu, memang nak berehat. Moga Allah kira, sebagai pahala.

Disebabkan dah dapat tempat untuk sanad ghaibiah, kami dah ada planning nak stop je tasmi dengan Ummu Fadhi. Sebab kadang rasa tak tertanggung dengan banyaknya aktiviti. Ceh cakap jela alasan.

“There are two blessings which many people lose: (They are) Health and free time for doing good.” 
Bukhari
Submitted by guidanceforyoursoul

Tapi perancangan Allah itu lagilah super hebat. Walaupun kami dah decide untuk buat majlis ala-ala perpisahan dengan Ummu Fadhi, siap bawak makaroni dan cupcake bagai, tapi tiba-tiba tertukar plan.

Masuk je rumah Ummu Fadhi hari tu, berseri-seri muka Ummu Fadhi. Almaklumlah 2 minggu tak jumpa. Rindu lettew. Pastu lepas salam-salam, dia tak habis-habis cakap dia rindu kami semua. Rasa tertembak sedikit sedangkan kami hadir untuk menyatakan 'goodbye'.

Sebelum tasmi', Ummu Fadhi ajak solat dengan dia. Dan waktu tu, sangat tersentuh time sebelum solat.  Ummu Fadhi tadah tangan, berdoa untuk keseamatan kami dunia dan akhirat, macam biasa orang doa. Tapi tiba-tiba.

" Ya Allah, rahmatikanlah mereka semua ini ya Allah "

Lepapp.Macam kasar sangat je. Ummu Fadhi tiba-tiba tepuk saya dan Adibah kat sebelah, kemudian angkat tangan balik dan sambung doanya.

" Ya Allah, Kau peliharakanlah mereka, selamatkanlah mereka untuk sampai dan pulang ke negara mereka, bagi mereka kejayaan dalam pelajaran mereka, jagakanlah keluarga mereka di sana ya Allah "

Allah, rasa macam nak meleleh je air mata waktu tu. Pastu disambung pulak dengan doa-doa yang lain. Allah sayunya.

Akhirnya, kami decide untuk tak berhenti tasmi' dengan beliau. Tapi dikurangkan dari 2 kali seminggu kepada 1 kali seminggu. Bukan senang nak jumpa orang yang sebaik itu.

Masa nak balik pulak, bila dah cerita semua dekat Ummu Fadhi, wajah dia agak berubah, lepas tu, tiba-tiba Ummu Fadhi kata :

ولكن أريد ان أراكم
Dush.
Nasib baik kami dah decide untuk tak stop, kalau tak, tak tahu lah nak jawab apa bila Ummu Fadhi dah cakap macam tu.

idayumumtaz:

Ibn Ata’allah Iskandari

Alhamdulillah, Allah cukup membentangkan peluang untuk terus bersemangat dan beristiqamah dengan Quran walaupun dah keluar daripada bi'ah itu sekarang. Ditambah lagi dengan musabaqah yang lagilah menambahkan semangat untuk mengulang al-Quran. Tapi sejujurnya, hammasah Quran tu memang makin hilang. Jujur dan telus. Kalau dulu ke mana-mana pun boleh bawak Quran tu, sekarang kadang-kadang je. Pergi jami'ah pun, kadang je bawak Quran. Itulah aku, terlampau sangat terlalu cepat tereffect dengan suasana. Langusng tidak pandai bertindak merubah suasana. Memang sukar, untuk terus menjaga Quran bila dah berpisah dengan suasana tersebut. Suasana tasmi' suasana mengaji di sana sini, suasana bawak Quran ke mana-mana. Dan banyak lagi. Ya Allah, rindunya :'(

Mereka yang masih di bawak redup dan enaknya bayang bi'ah Quran, hargailah, dan bersedialah untuk menghadapi rintangan yang pastinya akan muncul selepas ini. Confirm. Tapi untunglah buat sahabat yang di dQ. Ada program, ada sahabat-sahabat yang sangat rajin mengingatkan untuk istiqamah dengan al-Quran.

Rasyidah selalu mencari alasan, kan ?

p/s : sampai sekarang tak tahu lagi sapalah gerangan yang berhati mulia bagi Quran ni. Tertanya-tanya. Iklan, sape tahu bagitahu. Haha. Terima kasih sangat2 walaupun dah jumpa Quran merah tu sebenarnya.

Lewat dah. Mentang-mentang Physio dah habis. Anat menanti lah.

Sweileh, Amman.
Jordan

2 comments:

  1. acikkk!ya Allah,sgat tersentap baca posts(ada S tu maksudnya byak.eheh :p) sgat tabik acik n cik Diba juga.allah Allah ,korg sgat hebat & betapa beruntungnya korg dpat pgalaman blajar kat negara org.btulkan bacaan,musabaqah etc :') tiba2 rsa tringin nak join korg kat sana.acik,serius skrg macam confused.doakan alang yg terbaik.doakan alang wlau kat mna pn dpat istiqamah dgan alquran,in fact lebih istiqamah dari dekat DQ.allahumma ameen :')

    ReplyDelete
  2. eh alang, apa ni tabik2. orang tak istiqamah dengan Quran macam diye. kadang2 bila peluang tu depan mata, tapi kesedaran dan hammassah takde tak gune jugak alang. mohon doakan acik dengan dibah dan shbt y lain selalu. eheh, confused kenapa ni ? nak mai Jordan? ke nak UIA? ke nak UK? haha. orang genius macam alang mmg susah nak buat pilihan. buatlah istikharah alang, cari keputusan terbaik, insyaAllah kat mana2 pun kat bumi Allah jugak kita berpijak. Allah y sama dgn kita selalu. cuma sejauh mana kita bumikan Allah dalam hati kita. Haha. ceramah bagai, segan ngan budak dQ nih. all the best alang. jgn lupa doas ( ada S ) tau !!

    ReplyDelete