The End

Bismillah.

Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus menghabiskan satu sem daripada 18 sem dalam kuliyyah perubatan ini, hari ni, dah berakhir sem satu tersebut. Walaupun setelah merasa agak perit menempuh sem 1 ni, ketahuilah hari hari selepas ini sudah pasti lebih lebih lagi mencabar dan memeritkan.

Tangan lama tidak digunakan untuk menaip sebegini rupa. Kering idea.

Dan lebih kurang 6 bulan di sini, alhamdulillah, bukan sikit juga saya kira benda yang dapat dikutip. Walaupun keadaan tidaklah setenang ketika saya mengumpul roh-roh semangat ketika di dQ dahulu, tapi saya sedar Allah telah mengeluarkan saya dari tempat tersebut untuk saya belajar perkara yang sangat berharga iaitu, 'erti hidup'.

Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun. Al-Mu'min : 82

Dari pengembaraan ini, saya berharap agar, saya dapat belajar banyak perkara. Supaya dapat menyedarkan diri bahawa apalah sangat yang ada pada diri ini, sedangkan dahulu orang yang dilaknat Allah itu jauh-jauh-jauh lebih hebat daripada saya, ataupun kita. Yang membezakan kita semua, adalah taqwa semata-mata.


Silibus Medic

Alhamdulillah, one of the big reason why Allah puts me here. Ditakdirkan, medic Malaysia itu memang agak sukar kalau nak dibandingkan dengan sini. Nak kena hafal satu buku Campbell siap dengan istilah tose tose lose lose gly gly phyl phyl tu. Mengarut. Memang satu kemustahilan bagi saya, bahkan istilah saintifik phylum pun tak mampu nak dihafal, inikan nak buat essay pasal semua benda tu, bidduni soalan support. Even dah dapat Medic UIA,  itu bukanlah satu jalan yang selamat untuk saya mencapai cita-cita yang asal ini. Tapi kat sini alhamdulillah, 6 tahun insyaAllah perjuangan ini bakal tamat.

Dan alhamdulillah, SEM 1 membuka ruang untuk saya melapangkan diri dengan perkara yang lain selain sibuk dengan urusan belajar sahaja. Entah bila Rasyidah belajar untuk menjadi orang yang study last minute yang teramat.

laceflower:

Knowledge is power :) #bookmarks #AlQuran #hadith (Taken with Instagram)

Qur'an

Dan target selain Medic di Jordan ni. Alhamdulillah, walaupun tak boleh nak spend masa setengah hari dengan Qur'an setiap hari, tapi alhamdulillah betulkan bacaan, peluang tasmi' semula, peluang belajar Kaedah Nur'aniah. Dan insyaAllah akan menyusul, peluang untuk dapat sanad ghaibi dari Sheikh Huzaifah. InsyaAllah InsyaAllah!

Memang tak tipu kadang-kadang semangat mujahadah menjaga Qur'an kadang luntur, pudar dan segala-galanyalah, tapi, dengan segala peluang di sini, berjaya menyembuhkan sedikit demi sedikit, semangat tersebut.

Doakan, supaya semua ini tak sia-sia. Doakan saya mempunyai itqan yang cukup kuat untuk berhasil ambil sanad ghibi daripada Sheikh. Doakan, doakan !

Arab

Walaupun golongan ini seringkali terhalang komunikasinya dek kerana bahasa, tapi with experiences we learn. Melihat golongan yang begitu ddekat sekali dengan bumi turunnya Nabi Allah, kadang terbit rasa kagum terhadap mereka.

Menemui Ummu Ubaidah, Ummu Fadhi, Sheikh Huzaifah, Sheikh Solah, classmates di Jami'ah, Batool dan yang lain memang satu perkara yang tak pernah saya expect dalam hidup saya. Namun, Allah memang pandai menyusun segalanya. Dari mereka, saya belajar melihat kesolehan mereka, belajar betap kuatnya mereka dan itqan mereka terhadap hablun minallah wa hablun minannas.

Menjejak tanah Syam yang disinya adalah Palestin dan Syria ini, membuatkan perjuangan dan pengorbanan mereka terasa dekat dengan diri. Berbual sendiri dengan mereka, mendengar sendiri cerita dari mereka, kadang terasa malu akan tabahnya mereka, dan lemahnya kita.

Melihat warga Syria yang kian lama, kian ramai di Jordan, makin pilu hati, memikirkan betapa besarnya ujian yang telah Allah timpakan kepada mereka. Tapi mereka, walaupun dengan hati resah tetaptabah meneruskan perjuangan, tetap utuh membawa anak anak mereka walaupun dalam badai syita' yang sejuk teramat.

Pilu, melihat anak-anak Syria yang trauma dengan manusia sekeliling. Bahkan melihat kami pun, mereka trauma. Menangis kerana trauma memikirkan rejim Basyar Asad la'natullah.

Ujian.

Hidup di sini, mengajar perkara yang menguji keimanan. Menguji ketaqwaan. Menguji kekuatan tadhiyyah.

Untuk memimpin sahabat-sahabat ke arah kebaikan, untuk mengorbankan masa untuk pelbagai perkara, untuk bermujahadah, untuk hidup dalam syita' yang mencabar. Seriously, dari sini baru belajar bersyukur untuk tinggal di bumi iklim khatulistiwa. *sigh. Nak betarung study dalam sejuk, cadar elektrik kadang guna boleh sakit sakit belakang. Salin nota pun tangan sejuk.  Dan paling sedih untuk bangun qiam. Bila tarik hirom je dah macam kena renjatan elektrik tahap 3. Dan untuk menyentuh air seperti ais yang cair, pun satu ujian.

Tapi apalah, kalau nak berbanding jiran-joran sebelah yang kuatnya tahap maksima. Pelarian Syria di Mukhayyam Za'tari, tidurnya hanya di dalah khemah, selimutnya adalah sejadah. Dengan salji yang turun mencurah curah, ditambah pula dengan banjir, masyaAllah. Kuatnya mereka.

Alhamdulillah, bertambahnya kesedaran untuk meninfaq. Kerana kesusahan mereka yang memang nampak depan mata je, alhamdulillah tangan jadi lebih ringan, hati menjadi kurang kesah melihat duit. Memikirkan mereka, yang beribu kali jauh susahnya hidup, berbanding kita.

Dan benar, wa qalilun min 'ibadiyassyakur.

Juga mengagumi sahabat-sahabat datangnya private, berbanding budak Medic yang dibekalkan dengan pinjaman berbelas ribu khas untuk elaun hidup sahaja. Belajar untuk merasa berada di tempat mereka, merasa susahnya untuk berjimat, dan mencukupkan duit yang tidak cukup tersebut. Respect korang lah!


“O feet of patience, keep going, for what remains is only a little. Remember the sweetness of worship, then the bitterness of striving will become easier for you.”
— Ibn Qayyim al-Jawziyyah

Dan anda, SAHABAT.

Bereenam kita di sini, berenam tahun di sini, moga hasilnya bukan sedikit. Moga kita berjaya menjadi mereka yang berjaya menempuh segala halangan dalam perjuangan ini. Moga hati kita sentiasa dikuatkan untuk menuju Allah selalu.

Semoga jika ada sesuatu yang menimpa salah seorang dari kita, kita semua turut sama merasakannya, dan ikatan ukhuwah ini akan semakin utuh dari hari ke hari. Semoga setiap suka duka boleh dikongsi bersama,  semoga setiap perkara lagha dapat kita jauhi, sama menegur antara satu sama lain satu amalan kita dan segalanya.

Kerana ukhuwah ini rugi untuk di spendkan di dunia sahaja, tanpa kita bawa ia ke akhirat.


Tapi,  tipu kalau saya cakap seronok lagi di sini dari di sana. Justeru, to be honest, Malaysia lebih seronok berbanding Jordan, cuma saya perlu ingat untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Allah bagi selama ini.

Bukankah, lain syakartum, laazidannakum. :)

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi