Housemanship - A New Chapter

 Bismillah

Harini rasa kena jugak tulis entry pasal housemanship setelah sekian lama blog ni takde post baru, visitors tu memang dah lama takde tapi posts dalam ni semuanya tak lain tak bukan, untuk aku jugak. Aku jugak yang akan bukak dan baca baca balik semua benda yang aku tulis untuk pengajaran buat diri nanti. Walaupun ada je journal yang jarang-jarang sekali jugak nak tulis HAHA.

So even aku ada satu benda lain yang panting jugak untuk dicerita. Lets begin with this first. Sebab yang ni aku gagahkan diri jugak untuk tulis time fatrah tagging yang masih tak berakhir.

Tagging

So basically tagging ni adalah worst phase in housemanship kot. Time tagging ni lah orang kata kau kena belajar semua perkara. Yes betul dah tu tapi physical dengan emotional stress tu bagi aku sangatlah overwhelming. Tagging period ni 2 weeks, and dalam 2 weeks tu working hours dia adalah 7am - 10 pm to be exact, tapi disebabkan kita adalah houseman, kena datang lagi awal untuk review patient and kena balik lagi lambat untuk join round sampai habis. 

Maybe nasib aku tak berapa nak baik, third posting terawal aku dapat posting yang biasa orang dapat last- last, Paeds then Surgical then Ortho. Time aku dalam tagging, mostly aku jumpa senior yang dah 6th posting dan akulah insan yang terkebil-kebil tak tahu apa-apa dalam tu. Surgical tagging was the worst. Tapi aku percaya ada hikmah disebalik semuanya. Mana tahu kot-kot Allah nak bagi aku chance untuk ambik exam whatsoever which is in my plan, inshaAllah.

Mungkin sebab dah terikut sangat dengan perangai Arab, aku boleh dikatakan HO yang kategori malas, tapi bukan lipak eh. Dalam tagging kita kena jadi proactive sebenarnya. Cari benda nak belajar basically, kena aktif bertanya and so on yang mana tak tertanam dalam diri, astaghfirullah. Tapi sebenarnya sebab penat fizikal rasa malas sangat nak proaktif. Nak bertanya dengan keadaan ilmu yang sikit, tak baca apa-apa langsung lagilah rasa tak seronok. 

Apa yang aku nak ingatkan diri aku sendiri dalam post ni adalah :

1. Yes tagging ni stress. Aku nak ingatkan diri aku yang aku pernah stress dan negative thoughts tu pernah datang tapi alhamdulillah it gets better by next posting. Negative thoughts masa surgical dengan neonates paling teruk kot. Time tu aku menangis memang kaw kaw punya. Dalam kereta bercucuran air mata, sejadah basah, nak tidur pun mengalir air mata sampai tidur lambat padahal esok kerja. Yes and you did passed all of that. Pernah kena marah, kena jerit sampai satu ward dengar, sampai patients sendiri yang pujuk, time nak ambik darah patient sebab patient nasihatkan sampai bergenang air mata. Kena marah dalam passover neonates depan MOs, specialists lain sampaikan malu nak tunjuk muka seharian sebab peresent mengarut and the list goes on. 

But remember Rasyidah, all these painful things are the ones that build you today. 

Aku belajar to take it easy and to forgive your self. Sebenarnya each time yang kita kena marah, memang akan ada orang yang pandang rendah, tapi forget all those things. Jangan fikir sangat pasal orang and all those little things yang sebenarnya orang lain tak ingat pun. Think about yourself first. You are personally hurt by all those heartbreaking words, then you are torturing yourself again, blaming yourself because of what already happened. You cannot change those things. Stop blaming and accept those kebodohan at the beginning. Know that you will grow day by day and you will not forever being called HO yang tak competent until the end of posting. 

You will get better. You will gain those knowledge. You will know how to present smoothly. You will be noticed by MOs and specialists as the competent and HO yang boleh diharap. But all this needs times Rasyidah. Remember that you will never grow without all these painful experiences.

2. Belajar how to gives your body its right. memang tagging adalah period yang memang tak cukup tidur pun. Tapi duduk kata Ortho ni boleh tidur banyak kot. Even annoying dengan treasure hunt logbook yang tak berkesudahan.

Entah maybe yang ni tak semua yang orang ada mindset macam aku kot. Kena pandai mintak izin untuk balik, pandai cari masa untuk rehat, masa untuk makan. Jangan korbankan masa ni untuk fokus sangat kepada kerja. Treat yourself well. Cukup makan, cukup tidur, bukan cukup tidurlah just make sure kalau ada masa untuk tidur jangan korbankan untuk buat benda- benda lain. You already sacrificed too much doing all the works. Buy things that make you happy too. Mungkin makanan atau apa-apalah. Personally benda-benda ni buat aku gembira dan lupakan pasal housemanship yang berat nih.

3. Jaga solat. Jaga ibadah. 

Jangan abaikan please benda ni, solat ni lagi penting dari segala kerja yang kau attend except kalau patient collapse lah takkan nak tinggalkan patient kan. Aku sebenarnya perasan ramai HOs yang tak anggap benda ni benda yang besar. Kerja ambik darah, document patient ni jauh sekali keciknya dengan solat yang sebesar-besar benda yang kau kena buat dalam hidup. 

Solat pulak bukan solat ambik syarat. Jadikanlah solat ni sebagai tempat rehat lepas seharian kau penat kerja. Aku pun masih bertatih dalam solat ni. Solat awal waktu, solat khusyuk, kalau ada masa tu solatlah sunat. Buat bersungguh-sungguh macam mana kau bersungguh sangat buat kerja tu. Kadang-kadang geram jugak dengan diri sendiri kerja boleh buat bersungguh sangat sampai berlari dalam ward tapi solat tak boleh buat pulak. Ye lah, kerja dunia ni kita nampak hasilnya. Nampak people appreciation. Tapi solat bukan nampak kan. Padahal kalau buat betul-betul seriously akan rasa betapa besarnya nikmat dapat ingat Allah setelah penat bekerja. Refresh niat, kenapa berpenat, sebab semua yang kita buat atas dunia ni at last kita buat kerana Dia jugak kan.

So remember Rasyidah. DO NOT EVER EVER AND EVER MISS YOUR PRAYERS DURING HOUSEMANSHIP. Alhamdulillah tak pernah lagi missed prayers ni. Tapi stills struggling untuk solat awal waktu, solat sunat, solat khusyuk, doa bersungguh.

And yes, jangan lupa doa untuk urusan sentiasa dipermudahkan, dan jangan miss tahajjud. Bangun awal untuk pergi kerja boleh tapi nak bangun before subuh untuk just solat tahajjud even dua rakaat punyalah susahkan. So please dear Rasyidah, jadikanlah tahajjud tu yang tak sampai 10 minit tu bekal kekuatan untuk tempuh satu hari yang panjang tu. 

4. Take time to learn

Dulu time buat attachment selalu rasa HO tak dapat jawab soalan tu tak competent but guess what, sekarang Rasyidah dah tak tahu apa-apa pasal Ortho HAHA dan sudah menjadi HO yang tak competent yang diperli seorang medical student dulu HAHA. Dan paling sedih passion tu makin berkurang dan nak belajar pun malas.

But its okay macam biasalah learn to forgive yourself HAHA. 

Tapi yelah rajinkanlah diri untuk study during your freetime kan. Jangan rajin sangat scroll Instagram dengan FB tu okay. 

Okaylah rasa malas nak menulis dah datang HAHA.

Sebenarnya banyak lagi tapi nak menulis banyak time off tagging period ni pun rasa alahai sayangnya masa nak tidur pulak nih HAHA. 

So Rasyidah last but not least, please arrange and schedule your time perfectly okay. Lepas ni please baca buku Ortho then boleh slowly nak cari-cari material untuk parallel pathway okay. Jangan lupa register untuk MRCP punya program tu. 

First post using my new super handsome Macbook Air 2020 - love at first sight sangat ni. Lepas pakai android haritu berbulan, barulah kusedar me and Apple products berpisah tiada gittew. Walaupun sebelum ni dah berazam tak nak Apple tapi yes, I will stick to Apple for my entire life kot. Hope this Macbook could last at least for 10 years ? HAHA.

Okay BYE, don't forget to love yourself okay :)

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi