Living Apart Syndrome

Bismillah

It must have been a year since
I was thrown across an ocean far from home
Life is making no sense
Riding in between the highs and lows
Woah, when awake in the morning
You is the first on my mind

Maybe what I miss most
It wasn't made of steel and stones
And maybe what I miss most
It wasn't born of skin and bone
Under the sun, up on the waves
Under three climbs when I'm far away
Maybe what I miss most
And maybe you'll never know

Post terakhir tahun 2018, inshaAllah tahun terakhir berjauhan dengan family. Sejak baca post Ustaz Hasrizal haritu, macam-macam terbayang dalam kepala. Dan selama ni pun dah banyak fikir sorang-sorang, ingatkan benda tu tak wajar difikirkan dan tak normal, rupanya ramai yang jugak yang hadapi masalah yang sama. Entahlah, walaupun, semua benda sudah ditakdirkan Allah, tapi, keputusan-keputusan yang dibuat sebelum ni sangatlah beri kesan pada diri yang sekarang.


Image result for family person

Ia tentang hubungan diri sendiri dengan family dan tentang perjalanan kehidupan yang terlampau lama berjauh dengan mereka. 12 tahun awal kehidupan bersama keluarga, dan lebih sedih lagi, tahun awal kehidupan bukanlah menjadi memori untuk diri sendiri, sebab hakikatnya semua memori itu akan dilupakan kanak-kanak, tapi hari-hari awal tersebutlah yang akan jadi memori pada keluarga sendiri, dan paling banyak jasa daripada ibu ayah kepada kita. Usia pun belum matang, tidak sempat pun mendapat didikan daripada keluarga, di usia 13 tahun, sudah memulakan kehidupan dengan manusia baru dalam kehidupan - kawan-kawan, guru-guru yang sering bersilih ganti, sedangkan keluarga tidak mungkin kita temui penggantinya.

Image result for family matters quote
2006

Lepas habis UPSR, dapat result, memang terikut-ikut dengan budaya orang lain termasuk kawan-kawan yang semuanya nak masuk sekolah asrama penuh, sekolah sains and so on. Jadi first adik beradik yang dapat straight A (UPSR je pun), mak ayah tak banyak ikut kehendak mereka sendiri. Daripada sekolah SMK Sultan Sulaiman, emak mintak tukar ke SMK Padang Midin sebab nak sekolah yang dekat dengan rumah. Tapi disebabkan dapat tawaran Imtiaz walaupun dulu tak tahu pun sekolah jenis apa Imtiaz ni, terus pujuk mak dengan ayah nak pergi ke sekolah ni.

Waktu tu, mak ayah memang pujuk balik tak payah pergi sekolah asrama, sebab tak pernah lagi anak tinggal jauh, dan tak mudah untuk mak dan ayah berenggang dengan anak. Sebab usia yang belum matang, kalau ikutkan memang tak layak lagi nak buat keputusan waktu tu. Tapi mungkin mak ayah tak nak mendesak, jadi diikutkan sahajalah anaknya.

Sepanjang duduk dekat Imtiaz, bukan senang perjalanannya dan sangat banyak ujiannya. Daripada masalah akademik yang teruk, masalah dengan guru tasmi', masalah insomnia, dan macam-macam lagi. Time ni, mak ayahlah yang tak senang duduk. Setiap weekend mesti datang visit, bawak makanan dan macam-macam. Tapi entah, walaupun setiap kali habis tahun sebut nak pindah, akhirnya habis 5 tahun kat sekolah ni.

Betul, Imtiaz banyak bawak perubahan dalam diri, tapi sangat banyak jugak perkara yang kena berkorban. Time tu sebab tak matang sangat, tak tahu apa perasaan mak ayah. Dah memang tak matang lagi tak pernah bincang secara serius, mak dengan ayah punya decision untuk diri sendiri.

Life beyond the window
I'm jealous of the way the black bird flies
Free among the people
Those quarter million stories pass me by
Woah, I awake in the moonlight
You is the last on my mind

And maybe what I miss most
It wasn't made of steel and stones
And maybe what I miss most
It wasn't born of skin and bone
Under the sun, up on the waves
Under three climbs and I'm far away
Maybe what I miss most
And maybe you'll never know

Image result for family matters quote

2011

Lepas habis trial SPM, dapat interview Pensijilan Tahfiz DQ. Alhamdulillah lulus. Program Pensijilan ni bagusnya sebab boleh kemaskan hafalan al-Quran dan boleh secure tempat dekat UIAM.

Biasanya orang duduk rumah lepas SPM ni lama jugak sementara tunggu tawaran universiti dekat Malaysia atau overseas (dalam 6 bulan). Tapi sebab berkeras nak pergi jugak DQ sebab time tu yakin tak boleh dapat overseas pun (tak yakin dengan SPM). Time tu lah baru sedar sikit sebenarnya mak memang tak nak anak duduk jauh dengan dia. DQ ni dekat Selangor je, tak jauh pun daripada Terengganu dan still lagi boleh balik kerap. Tapi waktu hantar dekat DQ, mak menangis sebab dia rasa anak dia makin jauh dengan dia. Time tu takde rasa sangat pun benda ni serius, sebab semangat nak menuntut ilmu (kononnya) tinggi dan fikir macam-macam benda boleh dapat dekat DQ.

So duduklah DQ sampai result SPM keluar. Alhamdulillah, almost unexpected jugak dapat straight A, dan lagi unexpected lagi bila dapat tawaran Medic UIAM. Time tu yang dapat Asasi Medic UIAM ni ada lah dalam 3 orang dekat DQ tu, sebab memang susah nak dapat dan yang dapat ni semua 10A+ dan ke atas. Sampai ada orang curious berapa A+ dapat sampai dapat Medic HAHA (saya 7A+ je btw). Tapi maybe sebab banyak sijil-sijil Imtiaz yang sangatlah poyo sampai international padahal bertanding dekat Terengganu je HAHA, itulah yang dapat Medic kot. Syukur yang amat sangat, dan mak pun gembira sebab dapat kos yang nak ambik time tu wlaaupun dia still tak berapa setuju nak ambik Medic.

Image result for long distance relationship

Lepas sebulan dekat DQ, tiba-tiba dengan tak sangkanya, dapat tawaran Yayasan Terengganu ke Jordan. Time tu excited sangat, dan terus bagitahu mak. Awalnya mak memang sangat berat nak bagi sampai dia menangis, tapi anak dia masih lagi tak faham apa yang dia cuba nak sampaikan.

Dan akhirnya, sampailah aku ke sini, sudah masuk tahun ketujuh. Biasanya pulang ke Malaysia setiap tahun alhamdulillah, tapi tak tipu banyak kekangan nak bersama keluarga, dan kadang-kadang hati kosong walaupun sudah berada di sisi keluarga.

.............................


Bila baca post Ustaz Hasrizal dan tengok komen-komen, sangat takut akan lalui life cycle yang sama. Masuk asrama umur 13, then pergi universiti (kalau dapat overseas lagi parah), then kahwin dan bina life baru bersama orang baru.

Tanpa sedar, hati jadi kering. Tak sensitif dengan hubungan keluarga. Call ? Cuma nak ambik hati emak dan ayah padahal hakikatnya mungkin hanya sikit rindu kepada keluarga yang terbit, cuma sikit masalah yang dikongsi, hanya hal yang remeh-temeh dikosngsikan, mak dan ayah elak bercerita tentang masalah family sebab takut kita yang resah dan risau. Masalah serius ? Bagi diri sendiri, kawan-kawan yang alami perkara yang sama lebih memahami daripada keluarga.

Sepanjang duduk dekat Jordan, atuk dan nenek sebelah emak (yang sangat rapat dengan diri sendiri) diambil Allah. Time tu, mak ayah rahsiakan beberapa hari sebab tak nak kita risau. Nenek sebelah ayah pun meninggal waktu dekat Jordan. Kakak yang sakit teruk dan dijaga mak dan ayah, dan time tu mereka sangat memerlukan diri ni. Bila fikir balik, terlampau banyak dah perkara yang berkaitan dengan keluarga, terlepas ataupun terabai, asbabnya adalah tinggal terlampau jauh kerana menuntut ilmu.

Image result for sad family quotes

Pernah sembang dengan kawan Arab, dia sebut kagum dengan budak-budak Malaysia yang dah berenggang dengan family since umur 18 tahun. Tapi bila cakap dekat dia, saya dah lama duduk boarding school sejak 13 tahun, lagilah dia terkejut. Budaya masyarakat Arab sendri pun begitulah, bukan senang nak lepaskan ahli keluarga pergi belajar jauh esp luar daripada negara. Bila dah kahwin, barulah start duduk asing dengan family means puaslah duduk dengan family dan bonding dengan family almost 20 tahun plus plus tu dah betul-betul develop.

Bila satu musibah berlaku dekat keluarga, memang rasa sedih, tapi kemudian akan disibukkan kembali dengan urusan kehidupan sendiri di sini. Padahal mungkin, keluarga sangat memerlukan kita even as a support system.

Mungkin disebabkan tinggalkan keluarga di umur yang belum matang, jadi tak cukup sensitif dan senang je nak buat keputusan nak pergi belajar jauh-jauh. Sebenarnya takut perasaan tak sensitif ni terbawak-bawak sampai dah balik Malaysia nanti. Atau mungkin keluarga sendiri pun dah lali dengan muka yang tak pernah lekat dekat rumah. Setiap hari, esp dekat Jordan ni, ada bedan yang nak diselesaikan, jadi makin sibuk dengan urusan diri sendiri, tambah lagi, waktu Malaysia yang tak sama dengan sini.

And to make things worse, bidang yang dipilih sangat menuntut masa, dan sangatlah membuatkan seseorang tiada masa dengan family, apatah lagi kalau suatu hari nanti dah berkeluarga.

Walaupun tak boleh dinafikan, ramai je orang yang dibesarkan dalam keluarga sendiri, tapi bonding tetap tak kuat, dan yang yang duduk berjauhan dengan family tapi bonding dengan family tetap kuat.

Mungkin ada sesuatu yang disimpan mak dan ayah, tapi tidak pernah diberitahu dan diceritakan kepada kita. Mungkin ada selaut kesedihan, ataupun sudah banyak airmata yang tumpah kerana keputusan kita yang tidak matang, atau kita yang sentiasa jauh daripada mereka. Mungkin mereka mahu memanggil kita pulang, disaat segalanya terasa sempit. Tetapi, merekalah juga ibu dan ayah yang sentiasa menahan perasaan demi kebahagiaan kita. Mungkin bagi mereka perasaan itu tidak penting, berbanding cita-cita kita dan masa depan kita.

I'm not a family person, even I try so hard to be one. I may or may not regret on my past but I could do nothing of it, and I'm so afraid of what future holds because of the characters I've built in myself.

Image result for home is where the heart is

Sangat berharap, bila dah balik Malaysia nanti, betul-betul boleh berbakti dekat keluarga sebelum masuk housemanship.

Sangat berharap, tak tunjuk sikap hati kering dekat keluarga sendiri, sampai mereka terasa hati.

Sangat berharap, tak disibukkan fikiran dengan urusan kahwin di awal-awal tahun di Malaysia, terasa keperluan untuk menebus masa bersama keluarga sangat besar.

Sangat berharap, hati tenang dengan bersama keluarga.

Sangat berharap, boleh membina keluarga yang kuat hubungannya antara ahli keluarga.

Amin.

I'm sorry, my dear family members...

I remember at the table
All those faces, where did they go?
I imagine what it looks like
When I'm not there
I remember, every summer
But now that years are, just a number
There's no backroots
Time is faster with everything I've left behind
O but maybe what I miss most
It wasn't made of steel and stones
And maybe what I miss most
It wasn't born of skin and bone
Cause under the sun, up on the waves
Under three climbs and I'm far away
Maybe what I miss most
And maybe you'll never know

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi