Belajar Daripada Qudwah


Bismillah

Rasa macam dah lama tak menulis, harapnya hikmah hikmah dalam kehidupan masih bersarang dan terbuku di dalam hati, sebab kita kerap kali lupa akan pelajaran hidup yang pernah singgah dalam kehidupan. Bila fikir balik tentang tahun yang terkebelakang, terlampau banyak perkara yang sudah berubah, dan terlampau banyak pengalaman membentuk kita hari ini. Yang pasti kita semua mengharapkan, setiap perkara yang terjadi membentuk diri yang lebih baik daripada hari sebelumnya. 

Tapi nak menulis ni bukan senang, nak kena ada mood setiap topik dan bila dah stop and decide nak tangguh habislah mood tersebut pergi jauh, jenuh nak mencari idea dan mood yang sama balik - contohnya ; post ni HAHA. Tapi ada satu lagi prinsip kalau dah menulis, sayang tak habiskan dan post ke blog (sebab blog ni mostly jadi rujukan diri sendiri, bukan niat nak bagi orang baca sangat)

Image result for life lesson quotes

Okay back to the main topic.

Kebelakangan ini, saya belajar banyak perkara daripada manusia yang hadir walaupun sangat sekejap dalam hidup. Walaupun hanya berbual seketika, walaupun hanya bersembang melalui media sosial, walaupun kehadiran diri tak pernah diingati oleh manusia tersebut. Saya bersyukur, berhasil belajar daripada qudwah.

Walaupun kita sentiasa diingatkan untuk belajar menjadi qudwah, dakwah bilhal, tapi kita jarang diingatkan untuk belajar daripada qudwah. Walhal betapa banyak manusia yang kita kenali dan kita boleh belajar daripada individu-individu tersebut.

Saya berjumpa ramai doktor yang sangat hebat di hospital universiti. Belajar daripada pakar perubatan yang bagi saya, setiap padanya mempunyai karakter, watak, peribadi dan qudwah yang berlainan untuk diikuti. Mereka bukan manusia sempurna, tetapi setiap perkara baik yang datang daripada mereka wajar dicontohi.

Saya juga percaya tiada perkara yang bersifat ‘kebetulan’ secara total, setiap manusia yang kita temui dalam kehidupan, setiap perkara yang kita lalui pasti mempunyai sebab dan pastinya sudah disusun dan diatur Allah.

Alhamdulillah, walaupun starting clinical year dulu, sangat penakut dengan doktor. Rasa nak menyorok, kalau doktor nak tanya soalan tu, awal-awal lagi duduk paling belakang, dan boleh kira dalam satu tahun tu berapa kali keluarkan suara depan doktor. Tapi alhamdulillah, sekarang dah banyak improve walaupun still lagi tak betul-betul satisfying untuk diri sendiri. Sekarang baru faham betapa nikmatnya dan puasnya boleh jawab soalan doktor dan boleh tanya soalan dekat doktor. Betapa happy bila doktor recognize even tak kenal nama pun. Baru faham dan menghargai ilmu medic.

Dan saya juga percaya, setiap individu yang ditemui, setiap individu yang dikagumi, akan lebih dekat dan terkesan di hati kita melalui direct interaction. Means, kalau adore atau kagum pada seseorang, kalau ada peluang untuk mendekati mereka, walaupun mereka terlihat terlalu jauh darjatnya dengan kita, cubalah cari ruang. Saya banyak belajar perbezaan antara kagum dengan seseorang hanya dari jauh berbanding kagum dan cuba sedaya upaya untuk mendekati mereka. Walaupun mereka bukan recognize, bukan kenal tapi yang penting pada diri kita sendiri. Sebab kesannya akan jauh lebih mendalam.

Image result for inspiring person

Dan seringkali saya berdoa untuk dimudahkan bertemu dengan orang-orang sebegini dan dimudahkan untuk mendekati mereka.


Dr Imran Zainal Abidin - Dr Imran dentist, bukan medical doctor, tapi still banyak terkesan dengan doktor. Kenal Dr Imran time program INSPIRE anjuran JUST, and he is the only one yang grad daripada Jordan among all the panelists. Walaupun yang medical doctor tu Dr Mahyuddin (and budak medic banyak slot dengan Mr Mah) tapi tetap lebih terinspired dengan Dr Imran ni lebih daripada panelist lain, maybe sebab doktor grad Jordan dan pengalaman doktor paling banyak boleh relate. Tapi ye lah, adore dari jauh je (LOL still ingat doktor keluar dewan tu, fuh idolanya doktor ni.. bila lagi boleh dengar nasihat-nasihat dia)

Tapi nak dijadikan cerita, balik daripada INSPIRE (dan masih bersemangat of course HAHA) tiba-tiba Dr Imran request follow dekat Insta. Ya Allah apa lagi sampai ke hujung dunia siasat betul ke ni Dr Imran sebab tak percaya dan sekali lepas dah follow doktor mesej pulak - fuh idola mesej! (rasa nak menangis pun ada HAHA) Maybe sebab Dr Imran tengok komen dekat Dr Mahyuddin punya insta (walaupun dengan harapan Mr Mah notice dengan kami yang JU students ni) Dan start pada tu lah, Dr Imran sangaaaaaaaaaaaat banyak bagi inspirasi either daripada cerita, nasihat, posting insta dan segala cita-cita doktor. Again, terfikir, Allah bukan nak bagi semua benda ni kebetulan, tapi Allah nak suruh belajar something daripada doktor.

Dr Imran bukan macam doktor famous dekat social media tapi segala benda tentang cerita dia, semangat, cita-cita yang sangat tinggi (akademik dan agamanya) mashaAllah alaih. Walaupun macam macam benda yang doktor cerita dan kadang-kadang tu terkedu baca cerita doktor dan rasa tak mampu nak capai pun, tapi seriously it really really inspires me a lot! Terima kasih Dr Imran! Setiap nasihat pun saya masih pegang sampai hari ni. And for sure, terima kasih kepada Allah sebab Dia lah yang merencanakan semuanya. Rasa tak layak dan kerdil sangat nak communicate directly dengan doktor.

Image result for aim high quotes

And sampai sekarang, my latest and currently favourite author: Dr Atul Gawande, Dr Imran yang introduce author ni dan sampai sekarang tengah baca buku-buku dia. Saya anggap semua nasihat daripada Dr Atul, adalah nasihat daripada Dr Imran dan tak lupa betimbun nasihat doktor, saya masih pegang sampai sekarang.

Dr Jihad Ajlouni - mungkin doktor di JUH yang paling aku kagum sepanjang dawam di sini. Doktor paling qudwah dari semua aspek dan semestinya setiap pelajar cuba untuk dekat dengan doktor i.e doktor paling hot. Doktor ada relationship special dengan semua patients, sampaikan pt sanggup tunggu 4-5 tahun waktu pembedahan TKR, THR sebab nak operate dengan doktor walaupun hakikatnya ramai lagi doktor yang boleh buat operation ni. Ilmu doktor hebat, skills doktor dalam surgery hebat, kalau dalam operation walaupun residents doktor ada untuk tolong, tapi basically semua benda doktor buat. Doktor sangat passionate, sangat workaholic, sangat mesra dengan students, dan paling penting sangat beragama. Kalau nak cerita pasal peribadi doktor, mungkin terlampau panjang. 

Tapi waktu first seminar dengan doktor, entah macam mana doktor setiap masa cari, asyik tanya soalan dan panggil nama walaupun hakikatnya dalam seminar tu ada dalam 80 students. Walaupun nampak biasa je, tapi cukup terkesan. Lepas OSCE Ortho, mintak dengan resident doktor untuk attend surgery Dr Jihad. Alhamdulillah, dapat witnessed doktor buat surgery dan dapat explanation dan communicate dengan doktor. Simple, tapi tetap terkesan sebab dapat communicate dan belajar directly daripada Dr (sebab rasa impossible jugak kalau lepas ni nak approach Dr Jihad lagi)

Image result for attitude quotes

Dr Rami Shweyat - doktor daripada Madinah Tibbiyah, doktor OBGYN dan sempat dawam sebulan alhamdulillah dengan doktor. Dr Rami mungkin doktor yang paling rapat connection dengan diri sendiri ni. Dr memang recognize, ingat nama dan boleh dikatakan 'paling disayangi' dalam group HAHA. Sebabnya time tu ahli group semuanya tak perform dan suka sangat ponteng. Dr Rami pun banyak ciri-ciri yang membuatkan orang adore - baik, suka explain, hubungan dia dengan patient, sangat beragama, workaholic yang amat, amanah, tapi satu je - sangat panas baran. Kalau dah mood dia hancur tu, janganlah berani tegur dia, habis keluar ayat ayat yang tidak sedap didengar tu (typical extreme Arabs features HAHA)

Tapi paling best bila doktor memang sangat hargai diri kita time tu - sampaikan habis baca tiga buku; Blueprint, Kaplan dan dossier, dan alhamdulillah pointer OnG paling bagus. Sampaikan Dr suruh terang dekat groupmate Arab, suruh guide kawan Arab ambik history (yang ni kelakar), puji melambung depan doktor doktor lain, suruh Rasyidah senyap dulu bagi orang lain dulu jawab, ya Allah memang heaven lah time tu. Sampaikan doktor cakap dia bagi cuti tapi saya tetap datang sebab semangat sangat nak dawam kan, sekali memang doktor takde HAHA.

And lepas dawam, rasa nak specialize OnG sebab dawam best sangat. Padahal bila fikri fikir balik bukan minat sangat dan tak sesuai sangat pun dengan OnG.

Dr Amjad Bani Hani - mungkin doktor yang paling tinggi darjat dekat JUH kot, sebab doktor sahaja yang specialize cardiothoracic surgery dekat JUH. Doktor muda lagi tapi dia punya achievement dah bermacam, dah banyak sangat masuk berita Dr Amjad ni, sebab surgery dia bukan surgery yang senang-senang.

Haritu dawam surgery dengan doktor dan kena lagi dengan budak Arab yang tak berapa nak perform, jadi for the first time doktor noticed. Pernah dawam dengan doktor fourth year dulu tapi masa tu, macam tikus menyorok belakang kabinet dapur sebab takut dengan doktor. Tapi sebab kali ni tinggal 4 orang je terpaksalah. Dan alhamdulillah, boleh survive dengan doktor, boleh jawab soalan, doktor pun noticed dan boleh tengok CABG yang sangat impressive tuuu. Still lagi tak boleh lupa tengok jantung berdegup dalam rib cage tu subhanallah!

Dr Amjad ni memang ohsem dengan surgical skills dia, wibawa dia as a cardiothoracic surgeon tu memang mashaAllah, dan daripada situ pun banyak belajar dengan doktor.

Dan list doktor yang di atas ni mungkin sebahagian je daripada doktor yang dah banyak bagi inspirasi dekat diri sendiri, still banyak lagi yang tak termention (Dr Toriq, Dr Hana, Dr Kamel Ajlouni,  Dr Waled Maani, Dr Mujalli dan banyakk lagi) termasuklah yang bukan daripada bidang perubatan, sebab ramai lagi guru-guru yang kenal dekat Jordan ni yang banyak bagi inspirasi especially dalam bidang Quran - perlukan next post HAHA.

Tak cerita lagi pasal Dr Imad Hamadneh yang subhanallah sangat impressive kehidupan dia dan keluarganya.

Terfikir, kalau Allah jadikan betapa ramai manusia yang impressive dalam dunia ni dengan peribadi masing-masing, macam manalah impressednya kita kalau betul-betul kenal dengan peribadi Rasulullah SAW. Masih banyak perihal baginda yang kita tidak ambil tahu secara serius sedangkan baginda adalah qudwah terbaik bagi manusia yang pernah Allah ciptakan.

Image result for inspiration

Alhamdulillah, thummal hamdulillah. Sekarang memang sangat berazam nak bina good impression dekat doktor sementara masa yang berbaki di Jordan, sangat berharap dapat bina good relationship dengan doktor, dan nak ambil inspirasi dan manfaat daripada positive vibes semua doktor dekat Jordan. Biarlah orang kata terlebih semangat ke apa, tapi still, nak balik dah kot. Takkan nak balik tanpa ada kelebihan grad daripada Jordan. Saya fikir, dah banyak sangat benda yang merugikan dah buat sepanjang dekat Jordan, dan tak nak sia-siakan peluang yang berbaki yang masih Allah bagi.

Siapa kata Jordan ni kosong dengan manfaat? Doktor dekat sini mungkin akan jadi faktor utama rindukan Jordan satu hari nanti.

Masih membina diri sendiri daripada peribadi orang lain.

Dan berharap sampai satu masanya, boleh menjadi inspirasi bagi orang lain pula.

Nak belajar ambil manfaat dengan segalanya sebelum semuanya terlambat.

Nak ambil semua ilmu yang masih termampu sebelum pulang ke Malaysia.

Dan yang paling penting (above all) jangan pentingkan diri sendiri.

Image result for dont be scared quotes

Doakan saya dan kami semua.

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi