La Taghdab, La Taghdab !

Bismillah

"Wein Nur ?" (Mana Nur?)

"Na'am Duktur" (Saya Dr)

"Ijiitil youm ? Leish ghabti imbarih ?" (Dah datang harini ? Kenapa ponteng semalam?)

"Kuntu maridoh Duktur, ma'ii uzuur" (Saya sakit Dr, saya ada MC)

"Haati ashuf" (Bagi kat saya, saya tengok)

Alhamdulillah haritu dah kurang sangat sakit berbanding semalam. Datang kelas balik dengan yakin sebab ada MC dan semangat nak mulakan rotation baru tanpa nak kena tahan sakit dah. Tapi bila Dr Saddam Hussein (memang betul nama dia btw) buka MC, dia cakap MC ni daripada private clinic dan dia tak terima tanpa baca report yang Dr tu tulis. I went to an endodontist and need to pay JD 10 for the check up also for that MC but ended up kena marah dengan Dr.

Image result for word porn

Habis hilang mood nak belajar sebab kena marah, sampai tak terkawal tarik muka dalam seminar, Dr Saddam tegur lagi awak marah dengan saya ke. Bila masuk klinik tak cukup lagi, dia marah dan jerkah tak tentu pasal. Semua benda nak marah sampaikan jalan tepi klinik dia pun dia marah, satu group dengan Melayu pun dia nak marah (even bukan kami yang pilih nak duduk sekali pun). Sampai kesudah dia marah.

...................

Cerita dia start dengan sakit yang biasa dan buat selesa tak makan jadi pergi klinik gigi. Sekali dia cek, cakap restoration tu dah lama dan ada gap ke apa entah last sekali dia buang bubuh temporary filling and asked to wait for 2 weeks before final restoration, tapi kalau still sakit kena datang balik kena buat RCT. Nak pendekkan cerita, sebab ni bukan cerita pasal gigi, finally I agreed to proceed with RCT. Lepas first appointment, subhanallah sakit dia tu sampai tak henti-henti air mata ni mengalir.

Start waktu tu kat kelas ENT, dan rotation ni sangat terkenal dengan Dr Tareq Mahafzah yang sangat strict dengan orang ponteng, tengah seminar dan tiba- tiba sakit datang. Makan panadol pun tak jalan, dan nasib badan ada IgE hypersensitivity ni, allergic dengan semua jenis NSAIDs. So pendek cerita kena tahan sakit yang amat sangat.

Time tu, rasa stress yang teramat sangat sebab sakit, tak boleh fokus, tak boleh ponteng (pergi student clinic nak ambil MC pun, katanya tak boleh siap kena gelakkan), exam final dekat pun tak boleh study, material rotation pun tak habis, maka teruklah sangat jawab mini OSCE, appointment RCT yang tak habis lagi dan macam-macam.

And sebab benda yang bukan salah siapa-siapa pun ni, tiba-tiba rasa nak marah dengan semua, esp housemates. Balik rumah tak tegur orang, tarik muka, duduk atas katil je tahan sakit. And I believed semua orang dalam rumah tu rasa nak marah dengan diri sendiri sebab tiba-tiba emosi tanpa sebab HAHA.

Image result for angry

Dan waktu tu perasanlah, threshold marah ni makin rendah. Benda kecil pun nak jadikan besar, benda yang bukan salah orang tu pun, nak salahkan semua. Dan bila rasa nak marah tu, cubalah diamkan diri tak nak cakap dengan sapa sapa sebab takut nanti terlepas marah dekat orang lain yang tak bersalah HAHA. Pastu bila marah jugak nak orang lain faham yang kita tengah marah tak payah tegur tak payah tanya. Entahla logik dia dekat mana.

Teringat hadith ke-16 Arba'in Nawawi yang pernah baca dengan sahabat-sahabat :


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ  [رواه البخاري]

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam: (Wahai Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Ia menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah. (Riwayat Bukhari )

Benda yang simple untuk kita berpesan, tapi susah nak amalkan. 

Diriwayatkan dari Sulaiman bin Shurad Radhiyallahu ‘Anhu, ia berkata:


كُنْتُ جَالِسًا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجُلَانِ يَسْتَبَّانِ فَأَحَدُهُمَا احْمَرَّ وَجْهُهُ وَانْتَفَخَتْ أَوْدَاجُهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ

“Saat aku duduk-duduk bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ada dua orang saling memaki (adu mulut). Salah seorang dari keduanya memerah mukanya dan menegang urat lehernya. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Sungguh aku tahu ada satu kalimat kalau ia ucapkan maka akan hilang apa yang ada padanya, kalau saja ia membaca:

أعوذُ بالله مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ

“A’udzu Billahi Minasy Syarithanir Rajiim (Aku berlindung kepada Allah dari syaitan terkutuk)”, pasti hilang apa yang ada padanya.” (HR. Bukhari & Muslim)

Ketahuilah bahawa marah itu sumbernya adalah syaitan, dan kita sebagai seorang mukmin, perlulah mencuba sedaya upaya untuk mengatasi marah tersebut.

................................

Hari esoknya lepas kena marah dengan Dr Saddam, siapkan last appointment RCT dan mintak lagi MC daripada klinik univeristi sebab still lagi nak yakinkan doktor tak bersalah. Dan sebab Dr marah teruk sangat haritu wallahi kecik hati sangat-sangat sampai tak berdaya nak mintak maaf dengan doktor (antaranya sebab geram dan marah dengan doktor jugak. Ya Allah dengan doktor pun boleh buat macam ni lagi) 

Masuk je operation theater, terus Dr Saddam datang.

"Enti lazem tuktubi tenin ziyadah history, yakni arba'ah, ashan ghibti" (Awak kena tulis 2 history lebih, tulis 4 history sebab ponteng)

Oh ternyatalah masih tak hilang marahnya doktor. Waktu tu terus mintak maaf, bagi MC, terang dekat doktor balik. Rupanya doktor masih tak terima alasan sakit tu, even dah bagi MC yang dia nak. Tapi at last, Dr pesan jangan buat dah lepas ni, belajar elok-elok sebab dah datang dari jauh etc etc dan akhirnya dia tak suruh tulis history lebih.

So konlusinya dia maafkan. Alhamdulillah.

Department Urology ni, ada 3 orang consultant. Tapi daripada 3 orang, 2 orang super malignant, sorang lagi definitely benign HAHA. 

Image result for ‫مسالك بولية‬‎

First time dawam dengan Dr Saddam, subhanallah tak pernah tengok doktor pakar layan residents bawah dia macam tu. Tak kena sikit kena marah, salah sikit kena jerkah. Dan hasil dia, dawam Urology yang tak berapa nak tough pun, lahirkan residents yang nampak stress, tak layan, tak terang dekat students, kurang berkualiti bila bagi seminar, tak tepat masa, banyak je dia punya kebaikan tapi jauh beza dengan residents Ortho contohnya kalau nak dibandingkan.

Bila dawam dengan Dr. Mujalli pulak, subhanallah. Pengajar yang sangat baik, sangat responsible dengan kerja residents dan patients tapi dia punya asobi (garang) tu memang tahap tak tahu nak cakap apa. Kalau dalam operation terketar-ketar tangan resident tu dah la buat cystoscopy sebab dia bagi instructions dengan garangnya dan semua benda yang ok bagi dia tak kena kecuali dia puas hati. Orangnya hebat, tapi garang, cepat marah dan tak pernah senyum.

Duduk klinik dengan resident dia, resident bagi report tak kena taste dia habis dia marah resident tu depan patient. Last sekali resident dia pun bad mood dan bengang, asalnya elok ajar student sampai dengan patient pun dia bad mood.

Marah ni, kadang-kadang macam berjangkit. Dia bagi mudarat besar, kalau tak pada kita, pada orang lain jugak. Bila dawam Urology ni, macam Allah nak tunjuk direct dekat diri sendiri apa kesan kalau kita marah dekat orang, rasa sedar macam mana kalau sifat marah ni bawak sampai ke dah kerja nanti. Macam mana kalau dapat pengajar yang malignant macam doktor-doktor ni dan kena marah setiap hari walaupun tak buat salah.

Dan kuncinya kita pun kena pandai belajar sabar dan control marah, kalau dalam situasi macam ni kita pun nak marah, lagi rumitlah situasinya.

Lepas resident tu kena marah dengan Dr Mujalli, patient tu pesan,

"Sabarlah, awak sedih dengan dia pun, dia tetap guru yang bagi ilmu dekat awak"

Duduk dalam masyarakat Arab ni, kadang-kadang kita pun nak jadi terikut dengan perangai dia yang cepat marah tambah-tambah lagi Arab ni suka sangat buat perangai ikut suka dia dan kita tak suka dengan perangai dia tu jadi kita nak marah. Padahal bila kita terikut dengan dia dan nak marah dekat Arab ni kita tak untung apa-apa pun. Marah ni sangat memenatkan emosi dan mental sendiri.

Teringat first habit Stephen Covey senaraikan dalam 7 Habits of Highly Effective People. Be Proactive.

Habit 1: Be Proactive is about taking responsibility for your life. You can't keep blaming everything on your parents or grandparents. Proactive people recognize that they are "response-able." They don't blame genetics, circumstances, conditions, or conditioning for their behavior. They know they choose their behavior. Reactive people, on the other hand, are often affected by their physical environment. They find external sources to blame for their behavior. If the weather is good, they feel good. If it isn't, it affects their attitude and performance, and they blame the weather. All of these external forces act as stimuli that we respond to. Between the stimulus and the response is your greatest power--you have the freedom to choose your response. One of the most important things you choose is what you say. Your language is a good indicator of how you see yourself. A proactive person uses proactive language--I can, I will, I prefer, etc. A reactive person uses reactive language--I can't, I have to, if only. Reactive people believe they are not responsible for what they say and do--they have no choice.

Instead of reacting to or worrying about conditions over which they have little or no control, proactive people focus their time and energy on things they can control. The problems, challenges, and opportunities we face fall into two areas--Circle of Concern and Circle of Influence.


Proactive people focus their efforts on their Circle of Influence. They work on the things they can do something about: health, children, problems at work. Reactive people focus their efforts in the Circle of Concern--things over which they have little or no control: the national debt, terrorism, the weather. Gaining an awareness of the areas in which we expend our energies in is a giant step in becoming proactive.

Dengan kata mudah, being able to be a productive person also means that you are able to control your emotion, finds a solution to get away from your problem instead of blaming the person and the situation.

Pengajaran dia, kena belajar tenangkan diri sendiri kalau rasa nak marah, kena belajar control mood dan emosi dalam apapun keadaan, jangan cepat melatah, jangan cepat keluar dari mulut bengang dengan orang, benda-benda negatif yang rugikan diri kita sendiri.

Okay, sempat lagi tulis even tengah study untuk final. Kalau ada orang baca tolong doakan saya dan kawan-kawan !

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi